Thursday, July 28, 2016

Get ur life

I Regret nothing in my life even if my past was full of hurt or happiness, I still look back n smile Bcoz it made me who i'm today......im proud who i'm

Live only once, so live a good life (^_^)


Thursday, June 23, 2016

APA ITU DIFTERIA

APA ITU DIFTERIA

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.
Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.
Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
Sumber: Blog Ketua Pengarah Kesihatan
22 Jun 2016

*****
pliz parents extra careful about this.......mencegah lagi elok dari mengubati...avoid crowded place  n pliz utk yg antivaksin kami tak marah sebb itu pilihan anda.....cukup sekadar maklumkan kepada kami yg anda antivaksin....

Saturday, December 12, 2015

Resepi donut gebu gebu manis tanpa uli

Assalam semua....

lama giler saya xmasuk sini maklumlah mak2 tgh berpantang....alhamdulilah sy dah selamat melahirkan bayi lelaki ....skrg dh 2 bln dah hehhe...

Hari nie saya nk kongsi cara buat donut tanpa uli....senang bak hang.....

Bahan-bahan

1 paket yis
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula
1 cawan air suam

** campurkan bahan2 semua nie dh biarkan dlm 20 minit...sehingga yis kembang

4 cwan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu majerin

* gaulakn semua bahan2..sehingga jadi sebati dia akan jadi mcm ala2 serbuk roti...means berderai2....

* kemudian campurkan bahan2 kering dgn basah....

*adunan memg akan lembik sikit so jgn tmbh2 tepung ok .....rule gitu 

* tutup rapat adunan selama 1 jam....

*selepas itu tumbuk2 adunan utk buang angin dia ...ibarat melepaskan geram...haha lepas dh tumbuk adunan boleh diterap ikut rupa bentuk memasing suka....dan biarkan 30 minit seblm di goreng....

* utk nk frozenkan pun boleh...masak separa masak dgn api sederhana kemudian...sejukkan...n simpan!☺☺

Selamat mencuba

Thursday, September 17, 2015

Pengemar Ikan Patin Tempoyak (Bangi -Putrajaya)

As'Salam semua.

kali nie kita nak kongsi JJCM buat pengemar ikan patin .
aku sejujurnya kalo suh masak ikan nie memg tak lah........sebb bila tgk rupa n gaya ikan nie mcm kurang hensem sikit.........
tapi benda yg siap dimasak boleh pulak aku makan.........*itu gedik namanya!

THE BEST IKAN PATIN TEMPOYAK *setakat nie lah pada aku
coz nak pg ke PAHANG sana memg jauh lah sesgt hahahah
 
nie rasanya kali ke 3 kitorg pg dalam masa sebulan hahahahah*nampk tak kerajinan masak disitu hahahah 
 
gambar nie aku curi dari sumber googling......

 4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi 

harga dia pada aku sgt berpatutan ........ sepadan dengan jumlah pengambilan makanan jugak lah 
kalo banyk cashlah banyk hahah selalu kitrg makan kat situ below RM  50 jer....

HARGA IKAN PATIN BUAH
RM 24.00

HARGA IKAN PATIN SANGKAR
RM 12.00
 
part mana tu korang boleh pilih.....nak ekor ker....badan ker .kepala ker hahah
 
cam nie semangkuk : ikan patin buah.......
*kitrg suka part ekor tapi masa dtg ekor dah hbs ....kepala pun kepala lah hahahahah

kusyuk sgt jemah nie makan.............. hahahahahahahh







tgk dapat makan nie terus tak pandang kiri kanan...........persetankan apa yg ada......anak menangis pun sanggup bagi tab atau hpn nak suh diam seketika hahahahhah *tapi sebelum tu bagilah dirog makan kenyang2 dulu ........next baru mummy dengan papa dia melantak hahahah........

so most recommended ikan patin tempoyak...tak payah dah pergi sampai ke PAHANG kot2 ada yang mengidam or teringin hahahha...........makan kat sini sudah.......

PASTE IKAN PATIN TEMPOYAK ini pun ada dijual kat sini sekilo RM 30 rgt sahaja kot2 lah saper2 nak masak hehehehe..

Penat jadi Isteri Nie


Jaga ISTERI memang SUSAH
Jaga ISTERI memang PENAT
Jaga ISTERI memang RIMAS
Jaga ISTERI memang STRESS

Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi SUSAH
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi PENAT
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi RIMAS dan MELEMASKAN
Tapi ISTERI yang jaga ANAK 1001 kali STRESS

Tahu tak kenapa ISTERI MARAH-MARAH?
Tahu tak kenapa ISTERI KUAT MEMBEBEL
Tahu tak kenapa ISTERI KUAT MERAJUK?
Tahu tak kenapa ISTERI MULUT BISING?

Ketahuilah..

Yang marah-marah
Yang membebel-bebel
Yang merajuk
Yang mulut bising

Itulah..
yang memeriahkan RUMAH kamu wahai SUAMI
yang menyedarkan kamu wahai SUAMI
yang banyak membelai kamu wahai SUAMI
yang banyak memeluk kamu wahai SUAMI
dan WANITA itulah yang sanggup BERSUSAH SENANG bersama kamu wahai SUAMI
tanpa mengira betapa terluka dengan cara dan layanan kamu wahai SUAMI

Kerana ISTERI rezekimu bertambah
Kerana ISTERI maka lahirlah zuriatmu
Kerana ISTERI makan pakaimu terjaga
Kerana ISTERI tenang fikiranmu
Kerana ISTERI yang sanggup menerima kamu seadanya😊

Janganlah sakiti hatinya
Ingatlah setiap pengorbanannya
Walau kecil di matamu, namun amat besar di matanya

Setiap airmata yang mengalir untuk suami dan anaknya adalah satu tanda..
Sama ada dia bahagia atau duka

Hargailah ISTERImu seperti IBUmu
Kerana kamu pasti akan tahu betapa berharganya mulut bising yang kerap kamu anggap menjengkelkan,
Saat kamu kehilangannya suatu hari nanti
Dan ketahuilah
Kamu pasti akan merindui... bebelannya...

sumber : Puan ellie

‪#‎hari2hariWANITA‬
‪#‎sharingiscaring‬
‪#‎loveit‬

Tuesday, September 15, 2015

SOKONG - TRULY INFINITY


#hadam
#telan
#kunyah


#ifuhardtofindonebetheone

Tuesday, August 18, 2015

JANGAN AMIK MUDAH KALO HIDUNG ATAU TELINGA ANAK BERBAU

JANGAN AMIK MUDAH KALO HIDUNG ANAK ANDA BERBAU....

Nie pengajran buat aq....hahaha.siyus nie first time buat aku...walaupun aku ada anak sedara lebih kurang 35 org n kitrog tinggal dekat kawasan kampung tak pernah lak jadi kat anak-anak sedara aku hahahaha......


let begin the story 1 weeks seblm tu harris selsema dgn jayanya...igtkan selsema biasa jer....just jumpa doc biasa n bagi ubt selsema cm biasa lah....doc tu pun ckp tak der apa2..selsema biasa. aku pun terus jerlah bagi ubat seperti aturan..

Masuk minggu kedua...dgn selsema xbaik dan mencurah2 dengan jayanya walaupun ubat dah nak habis sebotol lah........n mula timbul satu bau yg sgt mengagumkan, mengharumkan sampai kau boleh muntah hijau, kuning, merah hahahah ......sampai kau boleh melekat lah bau dia tu kat tekak hahahah....

Mlm tu kitrg tergerak hati nk suluh hidung dia... so memg nampk lah ada bendasing..jam 9.30 mlm bawk pg poliklinik I (bkn nama sebnr)..sebb poliklinik A kt presint 15 ramai sgt org...igtkan nk cept keluarkan..last2 jadi semakin rumit benda tu makin ke dalam...ya tuhan.

Last sekali kitrg decide tok refer pakar ent.....sekali....nie hasil dia...kapas tersumbt dihidung





Alhamdulillah berjaya dikeluarkan oleh pakar ent annur bangi...Semoga lepas nie segala bau2 tu hilang...

Terima kasih pakar ent an_nur...

Take note yee..kalo rasa pelik dgn anak anda bawk lah berjumpa yg pakar...tak kisahlah hidung ke telinga ke..atau mana2 part yg kecik2 lubang dia hahaha.....


papa......zareef, harraz & harris





bukan senang nak besarkan anak2.......mcm mana kita susah..macam tulah mak2 kita dulu susah............

#muhammadharrisazemstory
#secondsons