Friday, April 30, 2010

MOod Sgt SenaNg

mood sgt2 senang kerana...
sy baLik kpg MinggU nie..
HUyehh....

Batu Gajah......
Ibu merTua Ku..heheh





Tuesday, April 27, 2010

luncH best

Nasi Arab.....sgt2 sedap....
lokasi Food Court Bangi!!
RM 10.00
sy Pg ngan zana & ecah!!

status skrg:: baby sgt2 senang sebb tgh berenang2 dengan nasi Arab!!




Sila TOlong Kiter Blh tak??


ok2..masalah kiter sebenarnya tak der lah besar sgt2..tapi cuma kiter dah cuba buat banyk kali tapi tak jadi...dah rasa sgt2 pnt nak buat dah....

walaupun ader tutoriol dari cik intan..maafkan kiter sebb kiter nie buta it sikit...rasa2 saper yg tahu tu mcm mana nak buat tolong ar ajar kiter...kiter dah mati akal nak buat cam ner..

kepada cik intan maafkan kiter, kiter bukan berniat nak copy blog anda tapi nak jadikan contoh jer...sila klik blog cik intan kiter....... 

masalah kiter yg pertama...

kiter dah lama cuba nak buat 3 collum cam nie tapi nak kekal kan template asal kiter....pnt dah buat tapi tak blh jugak....tapi kalo guna template yg sedia ader blh plak.....

tapi kiter nak background asal kiter....
""
""
""
mcm 3 collum nie..contoh jer tau...


yg kedua nyer...
mcm nie..
""
""
"" 
contoh jer tau..**bukan nak buat sama sebiji cam nie
sila jgn slh fhm nyek...

sy paling suka Kaler PInk & Butterfly......


p/s: tolong kami bantu kami....huhuhuhu....**sian kat kiter tau...




PeMandU yg StiNgy

menyamph giler aku ngan seorang pemandu nie...
giler ar..jlan dia yg bayar tax sorang kot..
kedekut nak mampus...rasa mcm nak langgar jer kete tu..nasib lah aku nie syg kereta..
giler ar...mcm lah ko bawk kete BMW..naza suria Jer kot....

terang2 aku dah bg signal bg lah ar laluan bukan susah pun...
punya lah lama aku bagi signal...makin aku nak masuk makin ko laju..
tahu tak ko tu stingy....bapak ko punya jalan...

yg lagi cilaka ...aku kene HON..Kene HON ok ngan dia....
bodoh betul..mencarut2 aku dlm hati nie....
**tak pasal2 baby aku dgr carutan di pagi hari.....

kalo jalan masuk simpang aku tak kisah lah maybe ko nak rebut parking ker aper ker...
nie kalo jalan tu LURUS ko nak buat cam tu ..amik lesen kat mana??
sekolah memandu sendiri ker??


menci ko rasa nak langgar jer..!!!





Monday, April 26, 2010

TerHaru Nyah..TQ Uncle

first time ader org tulis blog pasal aku....jgn jeles ok**korang ader ker??tak der kan.....heheheh
tq tok uncle....
aku terpilih tok mengisi ruangan uncle otai dalam blog...
baru kenal tadi pg..sebb aku pengunjung/follower yg ker 1300

inilah ruPanya Uncle.......
Nice Blogger & nice Uncle hehehe.....

p/s: rajinlah masuk blog sy nyek.....bg upp trafik....TQ





Pliz GIve Me....


Straight 3 minggu nie..minggu yg sangat2 memenatkan bg aku....
sgt2 tension...
sgt2 tak cukup tido..
semua lah sgt2....
exam..begin!!!

3 minggu nie bermula ar minggu aku pecah kan ruyung dikepala..
memerah otak, membanting keringat....perghhh....

stok coffee, nes mula ar bertimbun di rumah....
sebagai peneman di kala mata ku terkebil2...

.........................

p/s: cepat lah hbs semua ni.....





7 Thing Don't After Meal..

infO kesihatan daRi miz Fieza.....!!!

1*) Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).

2*) Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.


3*) Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.



4*) Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.

5*)   Don't bathe - Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease.  This will weaken the digestive system in our stomach.      
6*) Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.
7*)   Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.  









::HaPPy BesdaY seMua::

hai seMua...cmat Pagi....
hari nie sy nak kongsi pasal tarikh lahir..korang pilih ar mana2 date..n sama kan ngan diri kamu..kalo tak sma jgn slahkan sy tau ..nget2...

-----------------------------------


Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.


6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya...**Oh tidak sy bukan Org caM tu

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda...**nie laki aku pUnya...

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.




Saturday, April 24, 2010

Bila Mak Buyung Mandi...

seMenjak dua Tiga Menjak nie...aku pun tak tahu ar knp lah AKu paling suka mandi air terjun..hujung minggu kalo ader masa lapang jer..**kalo tak der kelas..

mesti aku hbskan masa ku berendam di air terjun..kalo tak sungai congkak, sungai gabai tak pun sungai tekala..sonok doh kalo mandi air terjun sejuk jer....

yg aku lak kalo dah masuk dlm tu punya lah payah nak naik..hai ya...**tak per tak per pembawakan budak agaknya hehehe.....








sila abaikan aku yg semakin gemuk tu hahahha.....bila aku masuk dlm air..mesti kawasan sekeliling aku air tetba naik..wakak rupanya aku aku berat lah ..bila aku naik jer air tu surut balik hahahha......

so aper lagi hbskan hujung minggu anda dengan aktivit yg berfaedah...

Baru seMlm Cerita..Tup..TUp..

dia terkejut aku lagi ar terkejut kan...baru semlm aku post topik perempuan tak blh kawin lebih dari 1..heheh tup tup hari nie surat khabar metro ader lak keluar perempuan kawin lebih dari satu...erm dunia2 ....


meh baca paper sama2 ngan aku....



KUALA LUMPUR: Alangkah terkejut dan sebak hati seorang pemandu teksi sebaik mendapat tahu dia kini `bermadu’ dengan lelaki lain, selepas isterinya menikah satu lagi, minggu lalu.

Isteri berusia 45 tahun yang juga tukang masak di sebuah agensi kerajaan di Bangi, dekat sini, dipercayai menikah kali kedua ketika masih bergelar isteri yang sah kepada pemandu teksi berkenaan, pada 16 April lalu.

Perbuatan wanita itu terbongkar apabila semakan dilakukan pemandu teksi berkenaan, Azman Ahmad, 49, di Pejabat Agama Islam daerah Sepang, baru-baru ini, mendapati dia sudah berkahwin lain.


Menurut Azman, dia ke pejabat agama Sepang, Rabu lalu bertujuan mendapatkan salinan surat perakuan nikahnya kerana surat yang asli dalam simpanan isterinya.

Hatinya terdetik untuk mengetahui tentang isteri yang sudah beberapa bulan tidak dapat dikesan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka dan meminta pegawai di pejabat berkenaan menyemak sama ada isterinya membuat aduan atau sebagainya.

Namun, pemandu teksi itu terperanjat apabila mendapat tahu isterinya kini sudah bersuami baru dan pejabat agama itu mempunyai rekod serta sijil pernikahan wanita itu dengan suami keduanya itu.

“Saya tak sangka dia sanggup seksa saya macam ini, sudahlah saya menderita penyakit kencing manis dan semasa keluar masuk hospital tahun lalu dia tinggalkan saya tanpa dapat dihubungi, kini tergamak dia kahwin lain.

“Sampai hati dia melakukan semua ini terhadap saya selepas 14 tahun kami berkongsi hidup sebagai suami isteri,” katanya.

Menurut Azman, dia adalah suami ketiga wanita itu kerana sebelum ini isterinya sudah dua kali bercerai dan sekarang dia terpaksa pula `bermadu’ dengan suami keempat wanita berkenaan.

Katanya, mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 1996 di negara jiran, tetapi sudah mendaftarkannya di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 7 September 1998.

Azman berkata, perkahwinan mereka memang berdepan sedikit masalah dan sewaktu berulang-alik ke hospital, dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna.

“Isteri seperti tidak boleh terima keadaan itu dan meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kali terakhir berjumpa, dia bersama beberapa ahli keluarganya memaksa saya melafazkan talak dan saya melepaskannya dengan terpaksa.

“Perkara itu berlaku pada 25 Januari lalu, namun ia belum dirujuk kepada Jais untuk tentukan kedudukan kami,” katanya

Azman berharap isterinya segera bertaubat dan mengingati Tuhan serta menginsafi perbuatannya yang salah mengikut ajaran agama itu.

“Biar undang-undang menentukan dan saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa (Jais),” katanya.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Abd Halim Mt Esa, ketika dihubungi mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wanita itu mempunyai sijil nikah dengan suami keempatnya, namun akan menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Abd Halim, wanita berkenaan dipercayai menggunakan surat perceraiannya dengan suami pertama untuk berkahwin dengan suami keempat.


Friday, April 23, 2010

kNPa perEmpuan Tak Blh KawIn banYks

hai you all..............
hari nie tetiba lak aku terfikir kan pasal poligami...ntah aper dlm fikiran aku ntah ...poligami bg lelaki tu biasa..tapi poligami bg perempuan tu tak pnh dgr kan???sebb memg tak ader..melainkan kahwin cerai, n kawin lagi...*tapi nie bukan poligami...ini kategori rezeki merasa banyk hahahha.........***tetet..tutut....

antara sebb2 knp perempuan tidak dibenarkan poligami:-
**ini aku fikir secara logik akal jer...tak der kene mengena ngan hidp atau yg telah meninggal dunia & don't take this to siyus...

1- Nafkah zaHir & baTin- dua-dua nafkah nie bg kaun wanita memg sgt2 terbatas...maybe skrg kalo kategori zahir perempuan banyk mendahului lelaki dlm semua bidang kerja..dah banyk perempuan kaya dah...tapi aper2 pun duit dari lelaki tu perlu even 5 rgt sehari....sebb tu memg tanggungjawab lelaki...dari segi batin plak...sebagai perempuan aku pun memg mengakui nie..perempuan kebanykkan tidak begitu cenderong kepada batin2 nie..disebbkan perempuan ader 9 nafsu...lain kalo lelaki ader 1 nafsu jer.....tu memeg termaktob........


2.Ketua - maksud ketua kat sini...lelaki memg kene jadi ketua keluarga sebagai teras keluarga...tanggungjawab lelaki lebih besar & meluas....dan pemikiran kaum lelaki lebih bernas dari perempuan??**knp??kebanykkan perempuan mengikut emosi & hawa nafsu semata.....

3.Anak - perempuan kalo kahwin ramai kan bingung lak nie anak nie ayah dia mana satu...??**kan dah confius kat situ...nt mulalah wujud adik beradik yg berlainan BIN......kan tak bgus tu??....

4.Mertua - wah knp tetiba mertua pulak kan??hehehe...to take this to serius nyek....i Love my MOther In Law....dari segi mertua lak...tak dinafikan sesetengah menantu ader jugak yg tidak ngam ngan mertua..sehinggakan wjud cerita MERTUA VS MENANTU......dah kalo perempuan banyk laki..tak pening sebb banyk mertua juga....**Ohhhh..can'not...

5.Penyakit - wah kenp penyakit gitu...Kemaluan wanita adalah terbuka..so lagi senang tok dijangkit penyakit...heheheh....**kalo ramai husband...tak mcm2 jenis/size yg masuk hahahhaha........

so moral of story...memeg perempuan tak blh kawin banyk2 mcm lelaki....sekian terima kasih



MenggIla cerIta AdaMaya


cerita nie sgt2 seronok ditonton..pada aku lah sebb pertama pelakon dia best2...& bg pengajaran bg org2 yg dah berkahwin.....siyus....
**tapi aku tak percaya satu jer..dlm cerita nie ader ckp ..gelora perkahwinan akan melanda jika tahun 5/9/13 sepanjang perkahwinan....sejauh mana betul ker tidak ..tu aku tak pasti lah....
cerita nie dilakonkan oleh 'dani, adam, maya'...dani nie EX-bf maya dulu time study...adam & maya dipaksa kahwin oleh keluarga**sweet bercinta lepas kawin......gelora mula melanda bila perkahwinan mereka sampai tahun ker 5, dani telah menceraikan isteri dan bertekad mengahwini Maya (first lover) even just one day...
cerita nie memg wajib ditonton...sebb sgt2 best!!& ala2 cerita I'm Not Single....

...............................................

lirik lagu OSt AdaMaya
Yang terindah - Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



Blog & Lagu2....

Maaf yer kalo entry sy nie menyinggung blog yg ader lagu2..
accualty my personal opinion lah kan...
**sy sgt2 terkejut bila ader lagu kuar once buka blog**
disebbkan saya dgr radio/lagu dioffice...
once kalo buka blog org lain tetiba terkuat....sampaikan bos sy terkejut..huhuhu
**dgr segera sy terus tutup blog tersebut**maaf nyek...



MyEm0.Com

sy mula tersipu2 malu disebbkan selalu ditegur oleh bos"amboi kuat Lagu.." "maafkan sy tak sengaja" wakaka giler malu time tu....




MyEm0.Com

time tu sy kelam kabut cari course nak tutup....maafkan sy nyek..sebb tak sempt nak memlayari blog kamu yg ader lagu..terus TUTUP ...



MyEm0.Com

tapi yg pasti nyer sy syg kamu semua....!!!




Thursday, April 22, 2010

MenJwab Tag DaRI kielala

kielala <<<<===== sy jeles ngan budak nie sebb dia dah rampas kekasih sy..eh bukan2... dia bergambar ngan BFFz sy huhuhu.......

[1] 3 Names in your inbox cellphone

luvely
ta'a
zana

[2] Your main ringtone?

beYonce - Halo

[3] What U did at 12 last night?

Main peluk2 ngan luvely...hehhehe

[4] Who was the last person[S] U went out with? Where?

my luvely, ge mydin cari beras hahahhh

[5] The color of T-shirt you're wearing now?

Now i wearing baju kurunglah not t-shirt lah....

[6] The last thing you did?

Layan Facebuku jap...

[7] 3 of your everyday favourite items?

my hot cute car kitty
my Lappy
my Necklace

[8] The color of your bedroom

white...

[9] How much money in your wallet now?

tadi bos bg 50rgt + duit sy ader 15.35 sen...jadi 65.35..

[11] Your favourite song?

Gudbye My Lover - James Blunt


[12] What will you do next wekend?

exam...**huhuhu

[13] When was the last time U saw Ur Mum?

last MOnth....sebuln sekali jer jumpa

[14] Where is she now?

Kampung Parit Haji siraj, Johor

[15] When was the last time you talked to your parents?

3 hari yg Lepas heheh

[16] Who is the last person that texted U?

luvely..*taya dia dah bfst lum

[17] Where did U have your dinner lastnight?

Umh sy...**sylah masak

[18] The last suprise you got?

**tak derlah **

[19] Last thing U borrowed from ur friends?

**sy tak pinjam tapi amik tisue dia heheh

[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?

my Sweet StrOng Hubby.....

[21] What do you feel now?

busan*rakan sejenayah tak dtg...

[22] Wanna share with who?

zana!!!knp ko cuti lama..aku kesorangan

[23] Who knows ur secret?

My LuvelY

[24] They keep ur secret?

Of cOUrse

[25] Are you angry with someone?

NOpe...tak baik mrh2...

[26] What do you order at McD?

sPicy MChiken Deluxe....

[27] The last time you felt so sad?

seMlm sebb My Luvely maJok...

[28] What is your wish for tomorrow?

me & my baby & him always happy...

[29] Who will U tag next?

azmi
fetty aka putri aizat
kantois




Wednesday, April 21, 2010

bizi Menggila...

sy sgt2 bizi skrg nie..knp2..??tak pasal2 aku kene jadi penjaga mesin faxs...sgt tension aku rasa mcm nak peluk terus msg faxs dan tido kat situ...
sebb pertama aku kene faxs kan surat dengan jumlah yg beratus2 surat di seluruh malaysia
sebb kedua aku kene berdiri lama sgt2 depan faxs disebbkan kuantiti yg banyk..
sebb ketiga mata aku dah naik berpinar2 sebb tgk nombor2...
.................
sian kan??
......................

walaupun kehulu ke hilir aku bawak buku nie...tapi tak sempat nak baca...
sgt2 tension...ahad dah nak final....
huhuhu.....
**tak perlah mak aku kata tak per janji niat tu yg penting...niat membaca ader tapi time nak baca time tulah banyk keje....
**terima kasih buku sebb teman aku sepanjang hari...

p/s: sy sgt2 penat.............sian bby mama...







PetUa nak JahaNamkan tpn Office

ini aderlah rupa bentuk tpn office aku....
ok lah dari public phone..
yg best nyer dia leh call direct heheh..**so aper lagi...
aku paling tak suka bila wayar tpn berselirat mcm kat bawah tu...===>>>

cara-cara dia mudah sahaja...


ini aderlah rupa wayar yg berselirat tu.....buruk kan??sila abaikan...


1-step pertama pengang gangang tpn ...
2-campak kan gangang tpn tu kebawah supaya wayar tu lurus semula...
3-letak balik gangang tu heheh

**cara ini juga blh digunakan bg pekerja2 yg mls nak jawp call....selain dari nie..cabut terus line tpn tu..terus tak bunyi hehehe...


tgk dah jadi lawa balik......**lawa sikit jer..
....
...
...
..

sekian terima kasih hahah......




Tuesday, April 20, 2010

Diary seOrang Ibu



25 Mei 2009-

Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -

bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8 months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui..

27 Mei 2009-

masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik husna, bwk baik tg karang



28 Mei 2009-

aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009-

berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku think positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009

duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-

still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke tg malim..masih sakit... lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk anta husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-

aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-

sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg (33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....

waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-

aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum ada susu..aku cuba ...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan kebatilan...

4 June 2009-

kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di sana ..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kamiakan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr. pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor operation

5 June 2009-

Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-

Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. .tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti biasa...

7 June 2009-

Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 June 2009-

lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye sayang ibu...bertahan ye...


9 June 2009-

siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...


10 June 2009-

aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena mengalah ye sayang...


11 June 2009-

Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital


12 June 2009-

mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...


13June 2009-

2 more days sayang....bertahan ye


14 June 2009-

aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh tu...packing brg


15 June 2009-

Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN... on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akanbertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-

atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-

masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 ccsusu aku...every 3 hours...

18 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati


19 June 2009-

berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH


20 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!



21 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi kesihata anakku

22 June 2009-

masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44 kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...



23 June 2009-

susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terusmemerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad



24 June 2009-

pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang jaga..senang bersalin...


11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02 (deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil ini...terus dia nangis mcm biasa.... tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia lahir...untuk pemerhatian rapi... aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untukmemakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku...


25 June 2009-

aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

pkl 8 pg-

perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat menghibakan hati ku....menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl 8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...


kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2 mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...


26 June 2009-

pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat ebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...

menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak sanggup dia tinggalkan aku...

tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. bertahan nak...ibu ada teman Qaid

bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam dihatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku, berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2 anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk, mak...mulia sungguh hatimu....


aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibuteman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak mana...asalkan anakku selamat...

ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itudah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makinmembesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...yaallah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lahdi biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...

Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt mengurangkan kekembungan bayiku itu...

aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. .aku terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...


menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..yaALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organanakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm tu...tak sampai hati...

kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku teruspergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. .Ya ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ..ibu sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku sekali???Qaid. .........

aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...

suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... aku redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid disisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. aku begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu






Jom Gelak



Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Citer 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

p/s: heheheh




JPJ oh JPJ..NaIk 333%


--Keratan Akhbar KosMo 20 APril 2010---

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

p/s: berhati2 dijalan raya....kopak wei...






Monday, April 19, 2010

muLut2 Puaka..NIyang Rapik KamPUng seBelah

kisah pasal mulut2 puaka...
tak kisah lah kalo korang nak ckp orang mengandung nie...

sesentap ker??
sensitif ker??
aper2 jerlah..janji korang suka...yg pastinya aku paling PALAT...bila org kaitkan org mengandung ngan semua nie....

even kalo, aku tak mengandung pun aku marah...

""
""
""



perkara yg paling dekat sekali nie..gamba atas nie...KILANG ok..
aper ker bahlol sgt org2 yg ckp perempuan nie kalo anak ramai umpama kilang...**shit man
igt senang aper nak bersalin..igt tekan ON/OFF dia leh kuar suka hati....
org yg ckp tu tak fikir ker??**agaknya dia bukan keluar dari kilang yg dimaksudkan kot...keluar dari tabung uji....

tolong ar kalo setakat nak ckp aku nie emo..tak kisah...nak ckp aku nie mulut longkang tak kisah..tapi bila ader org ckp mcm nie..even bukan ngan aku..aku cukp2 marah...!!!dgr tak aku cukup marah....

so kalo nak ckp jgn ckp depan aku....**%^^^&4

""
""
""

nie lagi satu hal..aku nak TEKANKAN disini....
ibu mengandung/ibu hamil
ayat yg sesuai digunakan ialah BERSALIN SAHAJA...
bukan MENETAS/MENGERAM/BERTELUR dll...
aper ko igt nt yg keluar nie ANAK ITIK/ANAK AYAM ker??
guna lah bahasa yg sedap sikit...dah kalo tak der ayat nak ckp..dah tak pyh ckp buat sakit hati jer....kalo rasa nak gurau benda2 tak payah ok..
tak kisah lah nak ckp aku tak leh gurau ker..dok surau ker..
aku memg tak suka!..yg lain2 ko fikir sendiri knp..

p/s: lu fikir lah sendiri...........




Thursday, April 15, 2010

TandUk iBlis..Wallahualam...

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Maklumat ini dari Ustas Harun Din, beliau bacakan artikel tentang fakta bahawa planer marikh (planet yang dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan september lepas. ini menunjukkan bahawa palnet yang berhampiran denga planet marikh jugak akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadilah kejadian matahari akan timbul dari arah barat yang juga merupakan tanda-tanda besar kiamat. Pada masa itu jugalah pintu taubah akan ditutup......kata para astronomi palent, bumi hanya menunggu masa sahaja. .....wallahu a'lam

Sejauh mana kebenarannya..kita tidak akan mengetahuinya.hayati dan renungkan lah..bumi kiter semakin tua......