Saturday, April 24, 2010

Baru seMlm Cerita..Tup..TUp..

dia terkejut aku lagi ar terkejut kan...baru semlm aku post topik perempuan tak blh kawin lebih dari 1..heheh tup tup hari nie surat khabar metro ader lak keluar perempuan kawin lebih dari satu...erm dunia2 ....


meh baca paper sama2 ngan aku....



KUALA LUMPUR: Alangkah terkejut dan sebak hati seorang pemandu teksi sebaik mendapat tahu dia kini `bermadu’ dengan lelaki lain, selepas isterinya menikah satu lagi, minggu lalu.

Isteri berusia 45 tahun yang juga tukang masak di sebuah agensi kerajaan di Bangi, dekat sini, dipercayai menikah kali kedua ketika masih bergelar isteri yang sah kepada pemandu teksi berkenaan, pada 16 April lalu.

Perbuatan wanita itu terbongkar apabila semakan dilakukan pemandu teksi berkenaan, Azman Ahmad, 49, di Pejabat Agama Islam daerah Sepang, baru-baru ini, mendapati dia sudah berkahwin lain.


Menurut Azman, dia ke pejabat agama Sepang, Rabu lalu bertujuan mendapatkan salinan surat perakuan nikahnya kerana surat yang asli dalam simpanan isterinya.

Hatinya terdetik untuk mengetahui tentang isteri yang sudah beberapa bulan tidak dapat dikesan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka dan meminta pegawai di pejabat berkenaan menyemak sama ada isterinya membuat aduan atau sebagainya.

Namun, pemandu teksi itu terperanjat apabila mendapat tahu isterinya kini sudah bersuami baru dan pejabat agama itu mempunyai rekod serta sijil pernikahan wanita itu dengan suami keduanya itu.

“Saya tak sangka dia sanggup seksa saya macam ini, sudahlah saya menderita penyakit kencing manis dan semasa keluar masuk hospital tahun lalu dia tinggalkan saya tanpa dapat dihubungi, kini tergamak dia kahwin lain.

“Sampai hati dia melakukan semua ini terhadap saya selepas 14 tahun kami berkongsi hidup sebagai suami isteri,” katanya.

Menurut Azman, dia adalah suami ketiga wanita itu kerana sebelum ini isterinya sudah dua kali bercerai dan sekarang dia terpaksa pula `bermadu’ dengan suami keempat wanita berkenaan.

Katanya, mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 1996 di negara jiran, tetapi sudah mendaftarkannya di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 7 September 1998.

Azman berkata, perkahwinan mereka memang berdepan sedikit masalah dan sewaktu berulang-alik ke hospital, dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna.

“Isteri seperti tidak boleh terima keadaan itu dan meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kali terakhir berjumpa, dia bersama beberapa ahli keluarganya memaksa saya melafazkan talak dan saya melepaskannya dengan terpaksa.

“Perkara itu berlaku pada 25 Januari lalu, namun ia belum dirujuk kepada Jais untuk tentukan kedudukan kami,” katanya

Azman berharap isterinya segera bertaubat dan mengingati Tuhan serta menginsafi perbuatannya yang salah mengikut ajaran agama itu.

“Biar undang-undang menentukan dan saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa (Jais),” katanya.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Abd Halim Mt Esa, ketika dihubungi mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wanita itu mempunyai sijil nikah dengan suami keempatnya, namun akan menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Abd Halim, wanita berkenaan dipercayai menggunakan surat perceraiannya dengan suami pertama untuk berkahwin dengan suami keempat.


1 comments:

Noor Shakella said...

macam-macam jd dunia skrg :D

Post a Comment