Monday, June 21, 2010

seLamat Hari Bapa..Abah....

hari ahad lepas aderlah hari paling bermakn buat aku...
mesti korang tahu kan hari aper??
------------------
seLamat Hari Bapa..Abah...
maafkan adik sebb adik tak wish pun tahun nie...adik wish dari jauh ok...adik harap abah sihat & gembira kat sana..walaupun kiter tak dpt jumpa mcm selalu..mcm selalu adik buat...main pelok2..main WWF ..main ciOm2..tapi adik tak kisah..sebb adik tahu abah ader teman kat sana.....& lagi satu adik tahu yg abah syg sgt adik....huhuhu...**kan dulu2 abah selalu ckp yg abah syg adik.....adik gembira sgt2..walaupun sekejap jer adik dpat rasa...
Abah..adik minta maaf kalo adik ader buat slh kat abah..time tu tak sempt nak mtk maaf ngan abah time tu..sebb rasa sekejap jer...adik minta maaf dlm hati...adik tahu abah dengar..
abah, abah mesti tahu adik dah kawin ngan SuhaiMi saAd...skrg pun adik dah Mengandung dah 27 minggu..abaH dah dpt cucu baru...**hehe walaupun abah dah banyk cucu..mesti kalo abah ada abah syg lebih cucu abah yg nie hahaha**perasan...
abah adik jugak nak mintak maaf..sebb adik tak sempt nak belikan abah aper2..sebb bila adik dah keje..abah pun tak der..adik mintak maaf abah......tak per ..adik belikan & bg kat mak sebagai wakil abah ok...ok lah abah adik tak nak tulis banyk2 nt adik sedih pulak...abah pun tak suka kalo adik sedih2 kan..i love u abah.....
SELAMAT HARI BAPA .....ABAH...

al-fatihah..semoga abah tenang dan ditempatkan ditempat org2 yg beriman amin........
Haji Jamal bin Kasiman...





Is it HARAM....SangGul araB??

Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them**blh tak nak mengaku jugak hehehe.  Bila nak buat benda jahat, laju je. Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

 tak sangka lah ader hadis pasal sanggul nie...so sama2 lah kiter membatalkan niat untuk memakai nyek..........!!sy dah batal kan niat sy.....

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

p/s: huhu...berhenti sebelum terlambt.........



luar Porshe Dlm...........??

nie kategori terlampau2 kreativi...sgt pandai yg bergaya bila membawanya........
saper rasa tak mampu nak beli porshe tu boleh ar tiru cara nie...
Gud Luck.......

selamat MeNcuba.............




Friday, June 18, 2010

Bus terMahal??

ader saper2 nak or teringin nak naik..sila amik tiket ngan sy ok hehe..bus nie dimiliki oleh......
""

""
 Prince Sultan Bin Fahd
President of the Saudi Arabia

sgt cantik Bus nie....mana nak cari???




sunyI giler


hari NIe oFFICe sGT2..sUNYI...
blh dikategorikan sebagai sunYI giler2 punya...
Officemate tak raMAi...aka tak der Langsung
BOs dlm BIlik NI cuti dari rabu MC tak sihat..**bos cepatlah sihat...sy sorang2 dlm bilik nie!!!


perasaan Hari nie***sunyi sepi giler....huhukkss.....







Thursday, June 17, 2010

suSu Haram!! aKa tak Halal

Peringatan: Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah..
Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure
Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.
*SIMILAC*.
Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam Malaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.Susu in pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.




sofaz- Dan Bila Esok


i Rili2 Love This Song!!
------------------------------
di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Wednesday, June 16, 2010

~~HoneyMOOn agAin~~

i love honeymoon...
sgt2 seronok..memg sgt honey lah....
huhuhu........

HoneyMoon kaMi di tengah Bandar Subang 
Hotel HolidaY Villa, Subang
Tq yanYang...

saper kata Hotel Malaysia Tak Best....MenarIK ...

Nie dia pUnya Katil...

nie area Pintu Masuk dia..


tempat Lepak Dia...
Toilet Dia.....hehehe




Nie Pulak Aku heheheh...........**upss terSekSi pulak.....Maafkan sy..masa nI baru 26 Minggu

tapi Kami Pg bukan Berdua taPI BerSembilan Org
**me & Husband*
**My SIs & famIly dia**

Tq for the sPonsor...














66 Thun Power WOW


INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin

Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak.

“Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya.

Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi. - Agensi



tanggUh SeM...

tanGGuh seM??
tanggUh sem aderlah keputusan yg sgt perit aku nak buat...
mcm2 bermain difikiran aku...nak ker tak nak...??
tapi aku terpaksa jugak mengambil keputusan tangguh sem demi kesihatan aku & becoming bby...insyallh...
aku dijangkakan bersalin 17.9.2010....

n aku Punya Final exam antara aKhir bulan 10 atau awal bulaN 11..
bila difikirkan balik aku masih dlm berpantang lagi....so aku mengambil keputusan muktamad akan menangguhkan semester depan...

to My friend aka Classmate *bukan coffemate...
insyallh kiter ader jumpa sem depan..tapi kamu telah menjadi seNior aku huhu..sgt sedih..gud luck!!




Myswwet Lover MUm

minggu lepas minggu yg paling menyeronokkan buat aku......
guessssss...what??
my MUm come to Putrajaya....
cerita pasal mak aku nie mak aku lah org paling susah sekali nak tinggalkan kampung halaman dia..nak nak kalo tinggalkan umh kesyangan dia tu....mau tak senang duduk dia.....
biasalah org tua kalo tak nampk tanah kan dia kelam kelibut sikit...nak2 umh aku tingkat 10 perggggh lagi ar dia seram....yerlah mak aku org kpg bukan org bandar pun.......wakakaka...
**love mu MUm**
aku tak der ajak diorg ge mana pun..jejalan sekitar ptjya jer..sebb diorg dtg time keje...*maafkan anakmu...nsib lah aku cuti hari jumaat tu leh ar ajak dia jejaln jauh sikit..tak derlah jauh mana pun sungai gabai jer heheheh......
my LelaKi aka Chenta, aYU, My lIL Brother, ecah & that My mum....**me tgh amik gambar hehehe

that Including Me.....**comel kan sy.....
i Love My MasJId........!!!
nie lah gelagat mak aku...kat umh selalu dia pegang cangkul, parang dll...tiba dtg sini nampk benda nie..hbs semua benda dia cuba hehehe.......**chaiya lah mak.......

**minggu Yg paling sOnok & laJat***





Tuesday, June 15, 2010

KhASiat Buah Kurma....

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan
penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan
pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah."

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa
dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong,
saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah
dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu
memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu
daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil
tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta
oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang
demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina
Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk
menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid
amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan
merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme
badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid
amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang
boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan
rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai
agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur
aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha
suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna,
bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan
manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir


Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan
kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali
Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah
kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali
sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada
sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan
penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)



Monday, June 14, 2010

kenpa org Lin Blh.......

sgt..sgt2..sgt2 geram........
kenaPA org Lain Blh ceK ..tapi BIla turn KU 
teTiba Jadi Cam NIe.......
BenCI lah!!!

"""
""
""
""
 ""
DiaOrang tak Hbs2 Cek Lagi ker......!!!!
bg Lah org LaIn lak Cek...





Thursday, June 10, 2010

cAn-Not , Can - NOt- Diss_pLay

hai..semekon n salam semua....erm hari nie result exam aku kuar..punya lah excited nak tgk...pastu??tetiba nie yg jadi nyek.......
""
""
""
""
""
""
""


trafic jem katanya..........tension........

p/s: kwn2 semua dpt result punya lah gempk.........:(



Wednesday, June 9, 2010

10 June 2010

10 June 2010 
adalah hari yg paling menakutkan buat aku..mengapa2..sebb itulah hari keputusan result exam akan kuar sgt2 menyeramkan....
**wish me Luck ok**
aku tak kisah lah berapa pointer aku dpt..tapi yg penting semua lepas tak der yang carry paper...kalo carry paper terasa mls nak amik paper tu lah.....
cHaiyo fiza HOpe dpt 3.50!!!**hehehe.....



sgt SedaP teLur itu

wah nampk cam sedp jer roti telur nie kan ...
sesapa rasa dah bosan nak buat syle roti bakar yg baru blh buat macm nie...
memamg sedap telur tu............
 wah nampk menarik kan.......selamat mencuba semua!!






i feel so horror now

i feel so horror now..mana lah tak horror kan..bila ader kawan yg emosi mental & fizikal dia terganggu gugat...hai ya aper punya malang dah aku dpt kawn macm tu..payh susah nak tafsir org2 kalo mcm nie..mau pecah kepala mak buyung fikir.....fikiran dia jauh melayang ke arah negatif yg terlampau samapi org tak kata dia pun dia terasa macam kiter terkata-kata dia..aper punya jenis org dah mcm nie hahahha...aku jenis layan jerlah..peduli aper aku selagi tak kacau hidup & rumah tangga aku biar jerlah dia dengan perangai2 dia tu..

payah nak bendung org mcm nie...kalo pc kene virus tahu lah kiter bg antivirus tapi kalo org kene virus ..payhah2...nak2 kalo virus skizoo or pakinson mcm nie....erm......




Friday, June 4, 2010

mcM tu ker Nak Naik kan RaTing

saya sekrg sedang menggila nak update blog sebb rasanya dah lama tak update blog nie..jgn kata bersawang..mau kalo itik bertelur pun sempt menetas..punya lah lama tak update...

dah lama aku perhatikan satu surat khabar nie..**nama tak payh lah sebut karang mengaibkan pulak..sgt pelik ok...dah lah rating paling higest sekali skrg nie.....cuma satu jerlah aku cam kurang berkenan sikit tajuk2 yg selalu dijadikan muka depan tu...

kalo musim DERA.....sepanjang bulan kes dera.....kalo musim ROGOL/SEks/BUANG BAYI /daN sewaktu dengannya..asyik tu jer jadi MUKA DEPAN..tapi surat khabar nie MEMG TAK SAH kalo tak der kes yg berkaitan ngan XXX.....agaknya mcm tu kot dia nak naik kan rating ...huhu nampk sgt org zaman skrg nie sgt2 prihatin ker suka BAb2 nie hehehehe.....

Bagilah cerita2 yg boleh di bangga kan ker sekali sekala.......hai ya.....aper2 layan jerlah labu....pembacaan masing masing..

LBS buKan LesbIan ok..Tapi Lagenda Budak setaN...

lagenda budak setan is LBS **bukan lesbian ok...movie menggila yg ader kat pawangan ...aku rasa semua org nak tgk cerita nie..sebb cerita nie adaptasi dari novel Lagenda budak setan...saper tak kenal ngan novel nie..memg meletop2 lah dulu...saper yg tak baca memg rugi....

so program hari nie...aderlah hari datting aku bersama my BOBO....sy akan tgk cerita nie pada jam 8.00 mlm dia Alamanda Ptjaya...Hall2 ok....kira nt saper2 yg ternampk aku tu tegur2 lah nyek...heheheh**wah mcm org kenal aku jer....

aper2 pun dari cerita kawan2 cerita nie memg tacing macing..sila sediakan tisu sebanyak yg mungkin........huhu tak sabar nak tgu malam nie!!!!




Gud Muning.......

gud muning semua........
hari nie hari last berkerja..
saper tak suka jumaat...mesti semua tersenyum lebar...
bila hari isnin dtg tulah hari tok En Bosan....

happy gud muningg.....
           

Thursday, June 3, 2010

Majlis Lenggang Perut.....Ala2 mak Lenggang

so hari nie mak yung nak cerita pasal majlis lenggan perut...erm tak semua rasanya org tahu mcm mana lenggang perut tu....**ko bajet aku tahu ker hahah tolong ar aku tak pnh amik tahu pun....nak dijadikan cerita.selalunya lenggan perut di buat masa 7 bulan....

 **nie gamba hiasan ok....kira aku pun ngan laki aku terpaksa berkemban mcm nie lah masa tu giler malu semua tgk..

last week kan WESAk day...pastu sepanjang aku mengandung nie tak pnh lah buat kenduri doa selamat..so aku buat lah kenduri doa selamat panggil org kampung hari sabtu tu sekali buat kenduri arwah ayah aku....giler penat...time tu aku baru 6 bulan...

pastu family aku pun suruh aku buat sekali lenggang perut..just tok suka2 ...sebb aku nei bukan lah tiap2 bulan lik kpg aku johor...tapi bukan lah aku lupa daratan tak balik kpg..tapi sebb kekangan masa & lain2...

sgt seronok rupanya lenggan perut nie....

1-aku ngan laki aku digandingkan bersama memakai kain kemban..kain batik tau..hahah ..pastu ader 7 org akan mandikan **kira cam ala2 simbah2 kat kiteorg...,,huyeh mandi air bunga sgt wangi..igtkan time nak kawin jer mandi bunga rupanya mengandung pun kene mandi jugak......
2- pas dah siap mandi tu semua aku kene berdiri....pastu mak aku baca lah aper2 yg dirasa perlu..aku pun tak tahu aper..dia suh aku berdiri...longgar kan kain dan lalukan telur ayam kampun dari atas sampai lah dia jatuh ke tanah.....**telur pun pecah....
3-yg ketiga lak laki aku ngan pakai kain kemban tu kene lah belah kelapa ...syarat2 nak belah kelapa tu kene sekali jer....kira guna kan sepenh tenaga zahir dan batin lah hahhaa.....mak aku kata **Nie org dulu2 kata ok jgn percaya sgt..kalo kelapa tu belah dia sama rata maksd *lelaki* kalo senget * gurl* .....time tu laki aku giler bangga sebb dia belah kelapa sama rata..hahhaha
4-aku sgt sonok!!abg2 & akak2 aku kata jgn percya sgt benda nie buat suka2 jer...tapi aper2 pun memg best ..mana nak dpt org mandi kan kiter dah besar2 nie hahahah.......terima kasih semua!!!




Mak Yung 23 Week

heheh nilah sy skrg..gemuk kan sila abaikan ok...
sy tak kisah pun sebb sy bawk dua org dlm nie hahahha...
wah sgt lama rasanya tak update blog...sgt windu lor..hari nie tetiba aku try office aku tak block plak sgt2 lah sonok!!!!terima kasih internet office........






TaZkirah Khamis - Dosa2 & faceBook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/ index.php?option=com_conte nt&task=view&id=546&Itemid =99)


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman