Friday, September 24, 2010

::Jaundis aka DemaM Kuning:

ha kawn2 semua sebelum tu cik gayah nak cerita pasal jaundis aka demam kuning..maklum lah semenjak dua menjak jadi ibu nie tertahu lak aper tu jaundis or demam kuning....

sebelum cik gayah nak bg petua2 yg boleh diguna pakai..cik gayah nak terangkan dulu aper itu jaundis...

-------------
Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

1. Fisiologi jaundis

Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

2. Patologi jaundis

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

o Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').

o G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. (Rujuk senarai makanan,ubatubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi ). (Rujuk senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi)

o Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan

rawatan di hospital.

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

• Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.

• Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

• Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :

• Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.

• Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.

• Bayi anda sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.



Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

• Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

• Peningkatan kekuningan yang cepat

• Bayi anda mengalami G6PD defisiensi

• Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk

• Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu

• Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

• Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.

• Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan

komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik

pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran. Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

--------------
 
meh aku nak kongsi petua-petua yg boleh digunakan....aku rasa korang pun dah biasa ngan petua2 nie...
 
1-Jemur kat matahari pagi tapi jgn lebih kul 10 yg seelok2nya pukul 8-9 pgi..tu paling bagus
 
2- minumkan dengan air anggur hijau atau hitam**nie tok bby berak sebb kuning dikeluarkan melalui pembuangan najis besar or kecik...

3- makan sengkuang cina/sengkuang biasa**ini tok ibu sebb nak bg  banykkan susu badan

4- boleh try jugak mandikan ngan ubat kat kedai cina..org paling *herba cina*

5- nie aku rasa paling2 berkesan mandikan dengan pokok dukung anak....kalo boleh rebus pokok tu ngan akar2 dia sekali

sebenar-benarnya pada aku tak perlu ubat2 nie semua sebb yg paling penting bg lah susu ibu sebanyk yg mungkin.....1 jam sekali..dia tak nak minum pun bg jer paksa.......




2 comments:

armouris said...

lagi info tentang bayi kuning di SIHAT SELALU - Penyakit Bayi Kuning

armouris said...

info tentang bayi kuning di SIHAT SELALU - Penyakit Bayi Kuning

Post a Comment