Wednesday, January 12, 2011

Another Sad Stoty 2



Bayi mati sesak nafas di rumah pengasuh

KULIM: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang mengalami kesukaran bernafas di rumah pengasuhnya meninggal dunia di Hospital Kulim di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Mohd Salleh, berkata bayi itu, Adruce Armand Dhani dihantar ibunya Norjehan Saunjandi, 35, seorang jurutera kanan kilang ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk dijaga seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
“Kira-kira jam 1 tengah hari suami Norjehan, Amir Faris Abdul Rahim, 34, mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya itu berada di wad Hospital Kulim kerana ‘sakit sedikit’,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, setibanya di hospital pada jam 1.30 petang, Amir Faris mendapat pengesahan daripada doktor bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

Polis kini menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian bayi berkenaan, katanya.

Sementara itu Amir Faris ketika ditemui BERNAMA di rumahnya di Taman Kulim Technocity II, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini berkata, pagi semalam beliau menghantar anak sulungnya Adam Arrayan, 2, ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak di kawasan perumahan itu, manakala isterinya pula menghantar anak kedua mereka ke rumah pengasuh berkenaan sebelum mereka ke tempat kerja di Kilang Silterra, KHTP.

Beliau berkata, ketika dibawa ke rumah pengasuh berkenaan, anaknya tidak menunjukkan keadaan tidak sihat.
Katanya, beliau mendapat dua panggilan telefon tengah hari semalam iaitu satu panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali dan satu lagi daripada pihak hospital memintanya ke hospital kerana anaknya dimasukkan ke wad.

“Saya bertanya kepada pengasuh dan dimaklumkan wanita berkenaan mendapati bayi saya berada dalam keadaan tertiarap di tempat tidur setelah dia keluar dari bilik air,” katanya.

p/s; semua pasal bayi.....

0 comments:

Post a Comment