Friday, March 25, 2011

Kluang Railway StatIon Sah Ada Gelatin BaBi??OMG



JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

p/s: huhuhu sy pernah Makan.........Patut lah sedaP!!!hahaha lepas nie comfom tak makan lagi.......


::Nilai setitik Madu::

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

renung2kan lah.

p/s: tazkirah di pagi jumaat........ajal & maut ditangan tuhan....subanhanallah.......


Thursday, March 24, 2011

terasa........



terasa .....terasa.....terasa......terasa.......terasa

nak jual tudung lah.....

rasa ader org nak beli tak??

Tuesday, March 22, 2011

tudung Oh tuduNg..Bungkusan sy Dah Smapai..huyehhhh

sgt sonok pagi nie...aku dengan girangnya dimana bos aku tak der...banyk pegawai tak der...aper lagi aku lah bos hahaha..............tadi aku taya lah kwn aku yg jaga pos laju...*ecah barang aku ader tak***sekali dia ckp ader norhafizah *** kan???aper lagi gila girang aka excited nak tgk barang !!sekali buka .......sy sgt sgt2 suka...hehehe

sy beli dari MEENA BOUTIQUE HOUSE..........

Pada asalnya sy pakai tudung syira kaler pink.....sekali punya tak sabar..terus tukar kaler biru..nsib lah ader kene gak ngan baju hehehe

poyokan minah nie....excited ngan tudung baru dia hahaha
heheh sy bukan bukan beli satu jer tau...punya lah tamak haloba..sekali 4 aku beli hahah.....merah, purple, kelabu & biru.....

tak lupa jugak sy dpt button ana muslim dari MEENA hehehe....tq....

next time fiza beli lagi ok heheheh
p/s: shoping moping...double triple keseronokkan..!!





menara COndong

sunday lak..kami pergi ker Menara Condong di Teluk Intan....
 
papa: ayg pernh pg menara condong
mummy: tak pernah pergi...menara pun tak tahu kat mana **hahah nampak sgt buta sejarah
papa: nak pergi tak??menara tu kat teluk intan jer...
mummy: aku ok jer..berjalan lah kata kan hahah comfom tersengih2 hahaha
 





 seronok rupanya melawat tempat-tempat bersejarah nie......nak tahu sejarah menara condong google jer....males aku nak story mory panjang2 hahahaha


ini lah tokoh sejarah pada masa akan datang..machi boy sejarah papa n mummy hehehe!!

keriangan berganda!!!

weekend yang sgt2 menyeronokkan kan...double triple  sonok lah....
terima kasih papa sebb sanggup melayan kerenah ku.....melayan nafsu berjalan ku yg kuat bagaikan KLCC....

sabtu lepas 19.3.2011.genting kami terokai buat kali keberapa ntah lupa hahaha.....motif nak release kan tension before final.....

jom layan a few pic...
 perjalanan dimulakan dengan membeli tiket cable car..
kami di dalam cable car....kamu bukan pergi bertiga jer..tapi berlima...bersama pasangan kekwan..
zana dan aidil..**sweet tak


that my machi boy!!!...selamat dia tak meragam sepanjang di genting....machi boy machi boy..untung jadi ko..6 bulan dah jejak kat genting...mummy dulu first time pun umur 19 tahun hahahaha



i love both of them

gedik der gamba nie hahahaha

we a happy family.....amin.....!!


amoi santik pegang machi boy!!



bajet jambu kan mamat nie
dan banyk2 gamba di atas aderlah hasil kegidikan kami...hahahha genting sgt2 sgt2 sgt sejuk sebb plus ngan hujan..sehinggakan banyk permainan dihentikan.....wakaka....sikit2 hujan..sikit hujan .......

tapi sempat lah jugak aku cabar laki aku sok naik benda nie..........super duper best....**aku comfom lah dah try tapi dulu lah ....hahahah

Wednesday, March 16, 2011

knp Wujud perkataan "SYMP"

SYMP.......aper yang dimaksudkan dengan SYMP..of course lah "saya yang menurut perintah"
kenpa lah wujud perkataa nie........perkataan nie memg membunuh....killer word.....!ok2 aku admit aku nie PA jer..bukan pengarah.....dan aku admit aku nie memg macam bola diguling ke sana dan ke sini....sikit pun tak kisah.....tapi knapa lah ader hati2 yg busuk..hati2 yang hitam.....yang masih tak puas hati....aku sanggup tinggalkan bos aku...jaga bos besar orang lain.....aku rilaks jer...tapi janganlah samapi kecoh sgt nak email2 bagai ......dia tak sedar ker satu email dia semua org boleh tahu???giler aper?

comfom lah sah giler......dia buat mcm tu tanpa memikirkan perasaan orang lain......pertikaian "saya yang menurut perintah"......so saya jenis yg hanya menurut........i"m Junior but u need to respect me even u Senior.......ko nak org hormat ko..tapi ko tak hormat orang....memg cam ciPan lah orang nak hormat ko..kim slm lah der......samapi bila2 org tak hormat ko...jadi org tu jgn lah sampai menongkat langit..hidup tak kemana kalo hati tu busuk....ko memg tak kisah org kutuk, maki or etc sebb ko dah lali dengan semua tu......**seee nampk sgt org tak suka ko..........

dah lah mls aku nak ckp banyk2...pening paler fikir.....maaf bos sy tinggalkan bos 3 hari....

p/s: boss kalo dpt tukar bawak sy sekali nyek..............sy tak nak dok sini.......

Tuesday, March 15, 2011

Botol oh Botol



guess what??sekarang banyak betul kes bby tersedak susu??
why......becoz one of the reason botol susu yg not free BPA??
aper tu BPA bukan lah badan pertahanan awam ok........

Bisphenol A, commonly abbreviated as BPA, is an organic compound with two phenol functional groups. It is used to make polycarbonate plastic and epoxy resins, along with other applications.

sgt bahaya ok BPA...cuba elakkan dari anak2 anda..........""LET SAVE OUR CHILD"

KNpa tak haram kan jer terus botol yg ader BPA???kenpa nak tgu 2012 baru nak haramkan???ker nak tgu beribu2 lagi baby meninggal??? 

ok lah let think positif ...maybe dia nak bg peluang pada pengilang yg buat botol susu pertingkatkan mutu dia.........

Thursday, March 3, 2011

saya setaraf Angelina Jolie!!

tajuk amik ko tak igt....hebat betul
saya setaraf Angelina Jolie.......**muntah hijau aku baca tajuk nie hahaha.....
tapi bila fikir balik sama jugak lah sikit2 tang jantina..sebb dia perempuan aku pun perempuan..kira setaraf lah tu hahahha...............
korang ader rasa nak tembak aku laju2 tak??

biasalah bila hati tak tenang mula lah melalut tak tentu pasal........ala2 meroyan jugak lah......
tadi aku sajer2 lah gatal tangan....pergi kat pak cik google type nama aku yang terkenal dari dulu hingga kini iaitu *miz fieza* even dah tukar status puan org tetap panggil miz fieza.......***pening.

search : Miz Fieza




gedik kan??**sepah dia laju2........oh pakcik google i love u very strong lah....

I SETARAF NGAN ANGELINA JOLIE DER!!

cuba search by ur name ader tak????

::that My machi Boy::

sekejap jer masa berlalu.......
almost 6 month i bergelar ibu, mummy, mama, umi kepada Machi Boy..

Thanks syg sebab hadir dlm hidup mummy....i love u so strong...











Kegemaran Machi Boy sekarang :Buku & Tali (*aper2 jer janji tali)

dan tak lupa jugak diakhirnya ngan Mummy dia yang poyo giler nie......

machi boy santik tak mummy pg office hari nie!!!!hehehhee