Friday, April 8, 2011

::hati aku sayu.....air mata tu jatuh.......::

Ya Allah Ya tuhan ku....terima kasih Ya Allah kerna memberikan aku zuriat yg cukup sifat dan sempurna..akan ku jaga ku belai amanat mu dengan sempurna dan sebaik mungkin.......

akan ku didik dia menjadi org yang berguna dan taat kepada suruhan mu Ya Allah.......aku bersyukur kepadamua Ya Allah..kerana ku sedar aku adalah hamba yang hina dan kotor disisi mu kerana dosa-dosa silam ku..............Aku bersyukur Ya Allah...


___________________________

Ya Allah andai ku takdirkan bayi ini hidup dan melihat dunia..ko berikan lah kesembuhan dan kekuatan bagi bayi ini.............aku sayu melihat mata dia yang merintih menahan kesakitan.....

Ya Allah andai ko takdirkan bayi ini hidup hanya seketika..ringankanlah kesakitanya............


JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.




Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.



Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.



Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.



Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.



Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.



0 comments:

Post a Comment