Tuesday, May 17, 2011

RESEPI: Sambal kacang aka sambal sate!





resepi nie aku cilok dari my mom.....

bahan:
1/2 kg kacang tanah
cili kering *nie agak2 lah nak pedas letak lebih
ketumbar & jintan *secukup rasa
udang kering/udang geragau/belancan *pun boleh
2 btg serai**titikkan serai
3 biji bawang putih 
4 biji bawang merah
garam,minyak(untuk menumis), gula, air asam & perasa *secukupnya

cara-cara

  1. Goreng kacang tanah *jgn sampai hangus tau karang tak sedap. lepas dah goreng kalo korang rajin kisar lah kacang tu guna kisar kering..tapi kalo malas boleh campur air kisar jer terus **sama jer
  2. (bahang A) kisar semua bahan2 yg berwarna merah (cili, ketumbar, jintan, bawang putih, bawang merah, udang kering)
  3. tumis bahan A sehingga naik bau..pastu masukan serai yang di titikkan tadi..gaul sebentar...agak2 dah terbit minyak 
  4. selepas itu masukkan kacang tanah yg dikisar..dan tumis sehingga naik minyak..masukkan garam, gula, air asam, perasa (secukupnya) .*sy suka tanak dia lama2 so lagi sedap rasanya......
  5. siap untuk dihidang.............






0 comments:

Post a Comment