Tuesday, June 7, 2011

What A LoveLy News From ASTRO!!!!


KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar  RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.

“Untuk hanya  RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.

Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk  Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League,  EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.


p/s: aku suka lah dengan berita nie....terus nak call ASTRO....potong!! ini lah jadinya bila dia memonopoli pasaran..........dunia dunia

0 comments:

Post a Comment