Friday, August 26, 2011

selamat hari raya........



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..

DARI 

KAMI SEKELUARGA

-MIZ FIEZA-
-MR AMY-
-LITTLE JUNIOR ZAREEF-
 
-PANDU BERHATI-HATI SEMOGA SELAMAT SAMPAI DI TEMPAT YANG DITUJU.......-


Thursday, August 18, 2011

Another Sad Story About Baby.........



PADANG BESAR: “Sedih, sebak dan sayu. Hanya Tuhan tahu perasaan saya apabila melihat tubuh Nur Iffan yang sudah tidak bernyawa itu. Saya hanya mampu peluk tubuh Nur Iffan yang kecil dan cium dia berkali-kali. Itu semua sudah terlambat kerana dia pergi meninggalkan kami.
“Kedatangan Aidilfitri yang hanya berapa lama lagi ini tidak bermakna buat kami sekeluarga, namun saya reda dengan apa yang terjadi,” kata Ramlah Ibrahim, 27, ibu Mohamad Nur Iffan Md Yussof, tiga bulan, yang meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai kerana tersedak susu ketika tidur.
Tambah menyayat hati, pemergian bayi lelaki yang juga anak bongsu lima beradik itu ketika umat Islam semakin hampir menyambut kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Berdasarkan maklumat, Mohamad Nur Iffan disedari mengalami pendarahan pada hidung jam 3 pagi, sejurus ibunya tersedar daripada tidur di rumah mereka di Taman Sri Tunjung, Beseri, dekat sini.

Terdahulu, Mohamad Nur Iffan dikatakan tidur bersama ibunya selepas diberi susu badan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ramlah hanya menyedari bayinya tidak bernafas selepas dikejutkan anak sulung berusia 12 tahun yang melihat darah bercampur susu mengalir dari hidung bayi itu.
Katanya, dia dan suami, Md Yussof Md Amin, 48, baru bercadang membelikan Mohamad Nur Iffan baju raya kerana sukar berbuat demikian disebabkan tubuh bayi itu agak kecil berikutan lahir tidak cukup bulan.

“Saya masih ingat senyuman yang disertai ketawa riang Nur Iffan ketika dia dimandikan petang semalam (kelmarin), sedangkan sebelum ini dia tidak pernah ketawa sebegitu,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes terbabit yang dibuat bapa mangsa kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut. Bagaimanapun, kita sedang menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa untuk mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dalam kes terbabit,” katanya.



Wednesday, August 17, 2011

kejap je dah 11 Bulan Machi boy

this time berbuka kat mamak........zareef buka paling awal........

aper pandang2.....kitew tak poser lah...

dah besar dah rupanya anak mummy nie......dah nak dekat setahun....

paling tak suka dicium...........meronta2 mcm kene rogol hahahaha........

pejam celik pejam celik..kejp jer machi boy dah nak setahun,,,,,,,,kwan2 mak cik2, nenek2 zareef sekalian nyek di maklumkan 1.9.2011 genap zareef setahun!!!!

perkembangan zareef...

1. suka sgt merajuk maigod cam gegurl lah........
2. bila tak dpt barang yg dia nak....berguling2 kat mana2 jer yg dia rasa ok..
3. gigi setelah 11 bulan lebih baru rasa mcm ader tajam2......selama nie gelak nampk gusi jer...
4. tak lama lagi zareef jadi abg long...lagi 4 bulan jer
5. jalan baru smmpai 4 tapak jer....pastu duduk
6. makan sgt kuat sekali.....susu tak pyh ckp lah........dia lah hero tapi badan kecik jer hahah

rasa tu jerlah ko setakat nie yg lain2 tu biasa lah cam bby yg lain...tapi saya sgt bersyukur kerana dikurniakan seorang cahaya mata yang cukup sempurna bagi melengkapi hidup kami berdua.......terima kasih Ya Allah....Semoga kurniaan mu ini menjadi anak yang berguna di masa akan datang.....amin...

Tuesday, August 16, 2011

i want this for Raya.......where to find......

Could someone help me??

Where to find this?
''
'''
'''
''''
''''
'''''
''''''''''''''
''''''''''''''''
'''''
'''
''''
'''
'''
'''
i want this....................selendeng.... :'(



Monday, August 15, 2011

Pergi Bazar Dpat TUn ......Pergh sayugia Hati.....


pergh pergi bazar dpt Tun.......giler bukan dpt tapi dapat jumpa jer hahaha

Ahd 14.8.2011 aku tak derlah berapa rajin sgt nak masak...hati tu nak mkn luar jer...yerlah mana tak yer..senin tu masuk bonus kan hahahah walaupun tak banyk cam gaji org besar2 tapi ado lah dari tak doh kan........

HATI AKU MEMBUAK2 NAK PG BAZAR....walhal even ku tahun bazar ramadhan ptjya memg org dia ramai giler nak mati......tapi ku pergi jugak........heheheh 

nsib memg baik lah.........SAYA JUMPA IDOLA HATI SY......PM TERBAIK YG PERNH SY ADA!!


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DAN ISTERI 

turun ke bazar ramadhan........aku time tu mcm tergamam lah......blur seketika............aku sempat lambai jer....tapi lambaian aku penuh dengan kasih syang yg teruja..........

nak nak Tun balas lambaian aku plus dengan senyuman yg manis giler......mau luluh jantung aku............PERGH.....BEKAS PM KITER SGT LAH HENSEM, MACHO BILA SENYUM.......

TERIMA KASIH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!!!!


Awak lah idola sy..........


sana sini bonus.............

Alhamdulilah ...hari nie 15.08.2011 bonus dah masuk pun......walaupun hanya 1/2 dari gaji....ok lah dari tak der aper kan??rata- org goverment memg happy giler....

tapi BONUS TAK DER MAKNANYA......

BILA
""
""
""
""
""
""
""
BULAN SEPTEMBER DAH KENE BAYAR YURAN STUDY......KENE TAMBAH LAGI SEPARUH LAGI DUIT BONUS TU....................

TAK SUKA LAH!!!!!

Thursday, August 11, 2011

First Time Buka Poser luar.....last2 magie gak dicari

selamat petang semua.....

jap lagi dah nak buka kan? so aku nak cerita pengalaman aku berbuka semlam.....pergh giler excited lah nak pg makn buka kat luar kan.maklum lah sebelum nie tak pernha buka luar........Mak rajin nok tiap2 hari masak ......hahaha.....

so kiterog choice nak mkn western **padalah tak ngaku memasing tekak jawa.....

COFFEE VILLAGE

aku rasa nama tak tidak asing lagi....nak2 bg kaki pancing sebb belakang tu ader kolam......so far ok lah pemandangan dia santik bila malam.........................TAPI MAKANAN dia........huhuhu...western tak ok kot....

aku order grilled lamb chop + fresh orange both of we order benda yg sama......

LAMB CHOP TU KERAS GILER.............**maybe sebb dia antan awal sgt sebelum buka.....dah rasa mcm mkn kayu



sila abaikan muka yg sememeh serta kelaparan nie............

nie gamba2 sebelum makn..............

KAMI TAK KENYANG OK.........SEBB MAKANAN DIA KERAS...

LAST LAST.....BALIK JER RUMAH ......TERUS KEJAR DAPUR

""
""
""
""
""
""
""
MAGGIE PUN MAGGIE LAH JANJI KENYANG...RUPANYA MAGIE LAGI SEDP DARI MAKANAN BUKA TADI........HAHA

SEDAP TAK TERHINGGA


nota: tak nak mkn situ lagi la.................lalalala

Jika benar....Ya Allah takutnya.......... :(

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..



Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:



Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..



Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

nota: kalo betul.....Ya Allah takutnya......aku masih tak bersedia untuk menghadapinya......sesungguhnya dosa tu terlampau banyk.....Ya Allah..Engkau Ampunkan lah dosa keluarga ku, kawan-kawan ku, dosa ku dan org yang terdekat dengan ku......aminnn

COPY RIGHT : FROM FACEBOOK......

Tuesday, August 9, 2011

Puding Roti Berkaramel



Semalam aku mencuba nasib buat puding roti berkaramel nie........

so tu lah hasilnya....menjadi der....

sekian terima kasih

nota kaki: mls nak tulis banyk2.......mood herot!!

Monday, August 8, 2011

Kisah Budak Penjual Kuih....Sayu seh

agak sentap kalo cerita pasal dak2 kecik...nak2 aku nie ader seorang anak dan bakal ada lagi seorang anak........kisah budak penjual kuih nie bergitu menyentuh hati dan secara tak langsung menyedarkan kiter kepada rezeki yg halal............

budak penjual kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"
Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
http://carigold.com/portal/forums/images/smilies/happy.gif

COPY RIGHT FROM EMAIL...

Friday, August 5, 2011

tak hbs2 bini si Shahril nie KUTUK MALAYSIA.............phuittttt


tak hbs2 lagi ker wife shahril nie???nie skrg nie aku yg comfius nie.....

SAPER YG MAIN BOLA NIE SEBENARNYA SHAHRIL KER HIDAYAH!!!!!


ek eleh hai aku igt dah hbs dah .........ader lagi tak minah tak sedar2... melayu nie org melayu yg memalukan bangsa sendiri......damn good lah diorang nie........wei igt org malaysia hadap sgt ker???tak reti ckp omputih...........???bodo lak aiiii........

Musim Ker Trend Skrg??

""Kata orang tua-tua, jika bertunang moleknya di rahsiakan takut nanti kahwin tak jadi. Kalau menikah moleklah di heboh-hebohkan kerana perkara yang baik, selain mengisytiharkan si polan  telah di punyai."" cpy this word from zulkhbo
lepas sorang-sorang yg putus tunang??

nota kaki: MUSIM KER?TREND KER? TAK DER JODOH KER?

  kes elia ngan KFCM tu pun tak hbs lah...masing2 tgh berblas kenyataan....nie sorang lagi pulak Ally & Aishah....

yg kes sorang tu dikatakan wujudnya pihak ketigga

yg kes sorang tu lak tiada keserasian....

takut gak skrg nie..mcm musim2 putus tunang lak....nasib lah belum kawin, kalo tak kawin 2 hari dah cerai....lagi Hot der....... 

aper2 pun aku rasa memg semua pernh mengalami proses PERTUNANGAN........tunang wowo.....banyak dugaan, BAIK BERCINTA dari BERTUNANG, cuma kuat tak kuat jerlah dengan dugaan & godaan alam pertunangan ....

**semoga bahagia hendaknya dengan segala keputusan yang dilakukan**

kaki: kes elia ngan KFCM nie mcm iras2 kes mawi world ngan ina lak dulu .....**wingggggg 

Wednesday, August 3, 2011

WakLu dia sama kan Skuad Malaysia Mcm Monyet



Nie monyet saper yg tak kenal memg giler lah...aku terbaca surat khabar hari nie .......isteri kepada kapten Singapura boleh dia menghina skuad harimau malaysia terutama kat amirul n safee @hidayah17....aku cari pagi nie terus hilang acc tu hahaha........
she say to safee & amirul skuad harimau malaya ""2 monkey in the pitch!!!! bicycle kick konon !!!!!BOOOOO ""
tulah lain kali ckp jgn sebarang cakap..........pandang2 sikit bila pandang.............wak lu la monkey......







Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.








Senarai komen
 
Nurul Azri
 
jgn mudh mengutuk dn suka mengutuk pemain msia kita..nama je HIDAYAH tp anda xkn mendapat HIDAYAH bl mengutuk org nk2 di bln puasa ni..ingatlh MSIA - SINGAPORE X JAUH MNE PN..klu 1 org mengutuk akn jd lbh buruk nti..utk SAFEE dn AMIRUL teruskn usaha kamu berdua utk mengharumkn nama MSIA..kammi sntiasa menyokong skuad kebangsaan kita..HARIMAU MALAYA TETAP HEBAT..
 
ntah
 
"elok" benar bahasa isteri dia tu.. klu monyet pndai berkata-kata, dia pun taknak guna bahasa "seelok" itu.. status dah isteri org tapi pemikiran mcm budak belum skolah.. org mcm ni tak layak pakai nama Hidayah sbb perangai dah mcm org tak dapat hidayah..
 
nizam...
 
ape yang die tau pasal bola sepak nie... ko xtau pasal bola sepak, ko senyap2 je yee.
 
Mior mohd azlan
 
Singapore hanya berpura-pura ketika perlawanan bola sepak.....
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
 
dd
 
pempuan 2 sedap jer tls pemain malaysia mcm monyet....cb suoh dier msuk padang main bola..ntah2 lebih teruk dr monyet rupe dier tu
 
mohd Swak
 
Tak pa..kpd safee saili n rakan2 serta semua rakyat msia..byk bersbr dgn hinaan yg mereka berkan kpd pemain kita...satu hari nanti giliran mereka pula akan menerima nasib kekalahan..main kelayakan pun bkn mereka pergi jauh..sgt..jumpa tem2 hebat nanti bungkuslh sgpore..masa tu kita booooo dia org..tak malu n tak ada maruah ambil import players..pakai jersey sgpore.
memang berlagak...
 
tukimin rati
 
hidayah pergilah mintak maaf.janganlah kerana kau, hubungan ini menjadi masaalah.laki dia tu pun berilah penjelasan pada bini dia tu.
kodok larut malam
biar allah saje yg membalas perbuatan manusia yg menghina sesame umatNYE...
 
Hasnor Ipoh
 
Dengarnya dah dibuang artikel tu so mana tanda kekesalan dan mohon maaf? kita bukan dok tongkat dunia hidayah oi......renung2kanlah........
 
dak yan nie
 
erm.... sgt mengecewakan...... kenape masih ujud lg sifat org melayu yg sebegini..... same2 la kite doa agar pn. hidayah dibuka kn ati nye utk meminta maaf dan mohon agar perkara sebegini tidak berulang lg......
megumi miniwati
da memnang memg la mcm2 nk ckp..cube kalah..syap la mcm tkus jtuh dlm guni beras..dorang ni mne ad budi bhsa..sbb bkn rakyat m'sia..saman je...!!!!
 
Wiranas
 
Tenang & tak perlu layan kritikan begitu bukan memberi bekas pun. Buat tak tau aja.
 
epal2006@yahoo.com
 
biasanya orang yang tak berakal je yg tak tahu bezakan manusia dengan binatang...harap mereka yg terasa nie kena balik ke bangku sekolah utk belajar perbezaan itu...
 
fadz aziz
 
skill ngan sarkas pon x reti beza ke cik kak oi??? wt malu je kawen ngan player bola kalau xtw bezakan...
 
farizY
 
sudah-sudah le tu, bola je pun,kalau takde bola pun, bukannye mati pun, lebih baik kita fokus kepada beribadah di bulan Ramadhan ni, sejak bile Berita harian sudah jadi akhbar tabloid?
 
megumi miniwati
 
da memnang memg la mcm2 nk ckp..cube kalah..syap la mcm tkus jtuh dlm guni beras..dorang ni mne ad budi bhsa..sbb bkn rakyat m'sia..saman je...!!!!
 
Penglima Kinabalu
 
Tahniah kepada pemain Malaysia kerana kesungguhan bermain ketika berlawan dengan pasukan Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Nampaknya pemain kena berusaha dengan lebih gigih lagi kerana kami melihat(orang Sabah bah) semua pemain belum ada ciri-ciri sebagai pemain profesional..macam mana kawal bola pun tak boleh..tingkatkan lagilah usaha kamorang.tq.
 
yann9
 
jgn lah berlagak sangat. Harimau Malaya tetap di hati
 
aisydarwisyz
 
padan mukaa...cakap xpikir tu la akibatnyer..nasib suh mintak maaf jer..kalo kne saman 100 juta..baru ko tau...xsedar diri langsung pnye manusia...
 
dewa cinta
 
~melayu sesama melayu pun nak gaduh. tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita kena tuntut dia minta maaf terbuka seperti mana Chelsea nak kita minta maaf secara terbuka.maruah negara dan pemain-pemain kita adalah penting.jangan bagi diorang pijak kepala.baru menang sikit dah berlagak.jiran tapi bermusuh.jangan ingat dia duduk singapura tu dah boleh berlagak dengan kita.malulah sikit pakai pemain import je pun..
 
john k
 
sabor yoep bior jer deme tu mengata nnt tuhan balas blik
duonemohammed
Semoga diberi hidayah keoada Cik Puan Hidayah Spore...teguran biarlah berkhemah.
 
Dzul
 
Sungguh Biadap!!! Contoh melayu Singapura yg hilang identiti dan tak layak jadi isteri seorang ahli sukan kerana tiada semangat kesukanan dan hatinya lebih buruk dari monyet...
 
Pak Belang
 
Mungkin dia x boleh bezakan mna satu manusia dgn monyet.Kmi kalah dgn bangga,sebab kmi x pkai pemain import.singapore klau x ada pemain import mmg jd lauk pasukan lain kat rantau ASEAN.PROUD TO BE MALAYSIAN....
 
penyokong bola
 
isteri shahril tidak sepatutnya berkata begitu...
 
SAMAD
 
pasukan bola sepak singapura tak kan sampai kemana lepas ni mereka akan kalah...sebab mereka masih menggunakan kelibat kuda tua yang tak akan memberi impak kepada pasukan itu..
 
Dzul Abdullah
 
Contoh melayu Singapura yang hilang identiti... rupa sahaja seperti manusia tapi hatinya lebih buruk dari monyet dan tak layak menjadi isteri seorang ahli sukan kerana tiada semangat kesukanan langsung...
 
dewana
 
KERANA MULUT BADAN BINASA, MINTAK D LANGGAR TODAK LGKAH................
 
khairil
 
buat bersabar je lah safee n amirul..
semoga tuhan membalas balik berlipat2 ganda kpd beliau..
 
Esah Ahmad
 
Itulah pasal.....Singapura mmg tkenal dgn segala kesombongan...x kira apa jua perkara...tu lah sbb penyokong berasa sgt kecewa bila team kita kalah,...kalau menang ari tu....mmg padan muka lah diorang....
 
linda
Name je hidayah tapi x de otak dh mnang tu dh la lg nk ckp pemain negare org..sedar la skit negare ko tu pn menang pasal pemain import klu x, x merase la....
 
ann khairuddin
 
Pepatah Melayu: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa....itulah pengajarannya...
 
Zairina
 
Hidayah dah delete semua yg die dh tweet..tp follower die pun sbanye patut mintak maaf jugak..kata jiran..jgn disebabkan ini..malaysia-singapore tegang pulak..
 
Muhammad Nur Farhan Bin Ahmad
 
Tak sedar diri langsung...... Dah la pakai pemain import byk, lepas tu kutuk plak mcm nie.... Dia perlu meminta maaf dengan semua rakyat malaysia....

Tuesday, August 2, 2011

Drypers Learn & Love........santik lah......



motif ko nak cerita pasal pampers...dah tak der cerita lah tu hahahhaha......*ader ku kisah..
hehehe...ok2 berbalik pada tajuk di atas tu...drypers learn & love kuarkan design baru..i love lah der...ko santik jer .....nak2 kalo dia pakai suar jarang so nampk design tu wowo nampk seksi anak aku....hahaha

.. JOM LET CHECK THIS OUT....

**
**
**
**
**
**

see kan aku dah ckp comel der..nak nak yg tulis i love mummy....i love papa tak der.....hahah **maaf yer en suhaimi
semlm time shoping pampers...igt nak beli lah barang dapur,..barang2 basah buat masak buka...sekali...........semua barang basah hbs....giler lah org putrajya nie.kuat makan betul....dari ker pasar raya n ke bazar sikit punya ramai org......untung lah saper yg meniaga kat putrajaya nie....hehehe


Debat Pasal Pakaian......panas der...

besar kan gamba tok baca yer....



Sekadar renungan .....copy from......... sila klik sini mazeermohamad.blogspot.com