Wednesday, August 3, 2011

WakLu dia sama kan Skuad Malaysia Mcm Monyet



Nie monyet saper yg tak kenal memg giler lah...aku terbaca surat khabar hari nie .......isteri kepada kapten Singapura boleh dia menghina skuad harimau malaysia terutama kat amirul n safee @hidayah17....aku cari pagi nie terus hilang acc tu hahaha........
she say to safee & amirul skuad harimau malaya ""2 monkey in the pitch!!!! bicycle kick konon !!!!!BOOOOO ""
tulah lain kali ckp jgn sebarang cakap..........pandang2 sikit bila pandang.............wak lu la monkey......







Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.








Senarai komen
 
Nurul Azri
 
jgn mudh mengutuk dn suka mengutuk pemain msia kita..nama je HIDAYAH tp anda xkn mendapat HIDAYAH bl mengutuk org nk2 di bln puasa ni..ingatlh MSIA - SINGAPORE X JAUH MNE PN..klu 1 org mengutuk akn jd lbh buruk nti..utk SAFEE dn AMIRUL teruskn usaha kamu berdua utk mengharumkn nama MSIA..kammi sntiasa menyokong skuad kebangsaan kita..HARIMAU MALAYA TETAP HEBAT..
 
ntah
 
"elok" benar bahasa isteri dia tu.. klu monyet pndai berkata-kata, dia pun taknak guna bahasa "seelok" itu.. status dah isteri org tapi pemikiran mcm budak belum skolah.. org mcm ni tak layak pakai nama Hidayah sbb perangai dah mcm org tak dapat hidayah..
 
nizam...
 
ape yang die tau pasal bola sepak nie... ko xtau pasal bola sepak, ko senyap2 je yee.
 
Mior mohd azlan
 
Singapore hanya berpura-pura ketika perlawanan bola sepak.....
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
 
dd
 
pempuan 2 sedap jer tls pemain malaysia mcm monyet....cb suoh dier msuk padang main bola..ntah2 lebih teruk dr monyet rupe dier tu
 
mohd Swak
 
Tak pa..kpd safee saili n rakan2 serta semua rakyat msia..byk bersbr dgn hinaan yg mereka berkan kpd pemain kita...satu hari nanti giliran mereka pula akan menerima nasib kekalahan..main kelayakan pun bkn mereka pergi jauh..sgt..jumpa tem2 hebat nanti bungkuslh sgpore..masa tu kita booooo dia org..tak malu n tak ada maruah ambil import players..pakai jersey sgpore.
memang berlagak...
 
tukimin rati
 
hidayah pergilah mintak maaf.janganlah kerana kau, hubungan ini menjadi masaalah.laki dia tu pun berilah penjelasan pada bini dia tu.
kodok larut malam
biar allah saje yg membalas perbuatan manusia yg menghina sesame umatNYE...
 
Hasnor Ipoh
 
Dengarnya dah dibuang artikel tu so mana tanda kekesalan dan mohon maaf? kita bukan dok tongkat dunia hidayah oi......renung2kanlah........
 
dak yan nie
 
erm.... sgt mengecewakan...... kenape masih ujud lg sifat org melayu yg sebegini..... same2 la kite doa agar pn. hidayah dibuka kn ati nye utk meminta maaf dan mohon agar perkara sebegini tidak berulang lg......
megumi miniwati
da memnang memg la mcm2 nk ckp..cube kalah..syap la mcm tkus jtuh dlm guni beras..dorang ni mne ad budi bhsa..sbb bkn rakyat m'sia..saman je...!!!!
 
Wiranas
 
Tenang & tak perlu layan kritikan begitu bukan memberi bekas pun. Buat tak tau aja.
 
epal2006@yahoo.com
 
biasanya orang yang tak berakal je yg tak tahu bezakan manusia dengan binatang...harap mereka yg terasa nie kena balik ke bangku sekolah utk belajar perbezaan itu...
 
fadz aziz
 
skill ngan sarkas pon x reti beza ke cik kak oi??? wt malu je kawen ngan player bola kalau xtw bezakan...
 
farizY
 
sudah-sudah le tu, bola je pun,kalau takde bola pun, bukannye mati pun, lebih baik kita fokus kepada beribadah di bulan Ramadhan ni, sejak bile Berita harian sudah jadi akhbar tabloid?
 
megumi miniwati
 
da memnang memg la mcm2 nk ckp..cube kalah..syap la mcm tkus jtuh dlm guni beras..dorang ni mne ad budi bhsa..sbb bkn rakyat m'sia..saman je...!!!!
 
Penglima Kinabalu
 
Tahniah kepada pemain Malaysia kerana kesungguhan bermain ketika berlawan dengan pasukan Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Nampaknya pemain kena berusaha dengan lebih gigih lagi kerana kami melihat(orang Sabah bah) semua pemain belum ada ciri-ciri sebagai pemain profesional..macam mana kawal bola pun tak boleh..tingkatkan lagilah usaha kamorang.tq.
 
yann9
 
jgn lah berlagak sangat. Harimau Malaya tetap di hati
 
aisydarwisyz
 
padan mukaa...cakap xpikir tu la akibatnyer..nasib suh mintak maaf jer..kalo kne saman 100 juta..baru ko tau...xsedar diri langsung pnye manusia...
 
dewa cinta
 
~melayu sesama melayu pun nak gaduh. tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita kena tuntut dia minta maaf terbuka seperti mana Chelsea nak kita minta maaf secara terbuka.maruah negara dan pemain-pemain kita adalah penting.jangan bagi diorang pijak kepala.baru menang sikit dah berlagak.jiran tapi bermusuh.jangan ingat dia duduk singapura tu dah boleh berlagak dengan kita.malulah sikit pakai pemain import je pun..
 
john k
 
sabor yoep bior jer deme tu mengata nnt tuhan balas blik
duonemohammed
Semoga diberi hidayah keoada Cik Puan Hidayah Spore...teguran biarlah berkhemah.
 
Dzul
 
Sungguh Biadap!!! Contoh melayu Singapura yg hilang identiti dan tak layak jadi isteri seorang ahli sukan kerana tiada semangat kesukanan dan hatinya lebih buruk dari monyet...
 
Pak Belang
 
Mungkin dia x boleh bezakan mna satu manusia dgn monyet.Kmi kalah dgn bangga,sebab kmi x pkai pemain import.singapore klau x ada pemain import mmg jd lauk pasukan lain kat rantau ASEAN.PROUD TO BE MALAYSIAN....
 
penyokong bola
 
isteri shahril tidak sepatutnya berkata begitu...
 
SAMAD
 
pasukan bola sepak singapura tak kan sampai kemana lepas ni mereka akan kalah...sebab mereka masih menggunakan kelibat kuda tua yang tak akan memberi impak kepada pasukan itu..
 
Dzul Abdullah
 
Contoh melayu Singapura yang hilang identiti... rupa sahaja seperti manusia tapi hatinya lebih buruk dari monyet dan tak layak menjadi isteri seorang ahli sukan kerana tiada semangat kesukanan langsung...
 
dewana
 
KERANA MULUT BADAN BINASA, MINTAK D LANGGAR TODAK LGKAH................
 
khairil
 
buat bersabar je lah safee n amirul..
semoga tuhan membalas balik berlipat2 ganda kpd beliau..
 
Esah Ahmad
 
Itulah pasal.....Singapura mmg tkenal dgn segala kesombongan...x kira apa jua perkara...tu lah sbb penyokong berasa sgt kecewa bila team kita kalah,...kalau menang ari tu....mmg padan muka lah diorang....
 
linda
Name je hidayah tapi x de otak dh mnang tu dh la lg nk ckp pemain negare org..sedar la skit negare ko tu pn menang pasal pemain import klu x, x merase la....
 
ann khairuddin
 
Pepatah Melayu: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa....itulah pengajarannya...
 
Zairina
 
Hidayah dah delete semua yg die dh tweet..tp follower die pun sbanye patut mintak maaf jugak..kata jiran..jgn disebabkan ini..malaysia-singapore tegang pulak..
 
Muhammad Nur Farhan Bin Ahmad
 
Tak sedar diri langsung...... Dah la pakai pemain import byk, lepas tu kutuk plak mcm nie.... Dia perlu meminta maaf dengan semua rakyat malaysia....

3 comments:

Miz Jac said...

serius bengang gak ak bace td (berita online).. ade ke ngate org camtu. die kenela jage tutur n status die sbg isteri kpd kapten singapore (ikon bolasepak)-yg juga merupakan kwn safee. kate2 gitu mnmpkn die x matang. ataupun anti ngan kite.. aihh...

Miz Fieza said...

miz jac: bengang tak bengang lah suka2 jer dia ckp cam tu....tak der budi bahasa betul....agak2 kalo nak ckp pun......

Nazz@Purple said...

mcm bagus sgt je dia ckp cam tukan..kan..ye seharunya minta maaf secara terbuka

Post a Comment