Tuesday, September 27, 2011

Penumpang Bas & Pemandu Bas

Bas! bas aderlah salah satu pengangkutan awam yang paling senang nak dapat kat Putrajaya nie.hampir setiap minit bas akan lalu lalang tanpa henti..Tahniah putrajaya. Bas di Putrajaya dikenali sebagai Nadi Putra yang membawa maksud Nadi Pengerak bagi Org2 Putrajya *eh betul ker. ok abaikan itu semua.

tambang bus di Putrajaya sgt2 lah murah berbanding dengan tempat2 lain RM 0.50 mana nak cari skrg nasi lemak pun paling cikai leh dpat RM 1.50 tu pun telur rebus belah 4 yer. Ok pendek kan cerita Smlm aku kene naIk bus time Balik keje..Sekali sekala jer aku kene naik bus jika ader hal2 tertentu.


Pemandu Bas

Berapa orang yang menghargai pemandu bas, Pemandu bas membawa penumpang setiap hari ke destinasi pihlan meraka. tapi berapa orang yang ucapkan TERIMA KASIH kepada pemandu bus bila turun dari bus."Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang." Bukan susah nak ucapankan terima kasih.tapi terasa berat2 mulut2 Penumpang bas nak ucapkan terima kasih ...Seperti bila dia sebut akan keluar emas seketul dari mulut..

Smlm masa turun, bus penuh dengan Penumpang But ONLY ME yang ucapkan terima kasih kepada Pemandu Bas, tersenyum wajah pemandu bas itu......me Senyum lah balik...im not say in good on that...buat i know how to appreciate people. Ucapan terima kasih secara tak langsung boleh menyejukan hati seseorang.

Ucapkanlah terima kasih kepada org yang berbuat baik pada kita. Tak Susah. 

p/s: sendiri fikir lah yer...........

0 comments:

Post a Comment