Friday, November 11, 2011

Jumaat yg Indah Diiringi Tarikh yang Indah....11.11.11

Hari nie 11.11.11 ramai org berkata cantiknyer tarikh hari nie..tapi sedarkan kiter secara dasarnya dan hakikat tarikh tu sama dengan tarikh2 yg lain..Yang paling bermakna Indahnya Hari Jumaat.Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

( Riwayat Hadis Muslim)

1 comments:

Post a Comment