Thursday, December 22, 2011

BERITA GEMPAK: SBPA DITANGGUHKAN!!

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

----------------

P/S: heheehhee.........nie lah jadinya bila perancangan terlampau tergesa-gesa............(^_^)heheh memasing menjwb.....

------------ ---------

KENYATAAN AKHBAR: PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Hasil daripada pertemuan bersama YAB Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS pada 22 Disember 2011, perbincangan akan diadakan di antara JPA dan CUEPACS esok (23 Disember 2011) bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh CUEPACS.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya


0 comments:

Post a Comment