Monday, December 31, 2012

SHE WAS THE GIRL

 
 
 
She was a student
She was 23
Her fault some people say because she boarded the wrong bus
And oh yeah
SHE WAS A GIRL
Six men raped her one by one and then used an iron rod to tear her vagina
Small intestine and large intestine came out
They left her to die on the road
Naked
Wounded
Exposed
Devastated
What’s more is that no one even turned to look at her
No one even bothered to throw a shawl on the ill-clad
ill-fated girl
She can never live a normal married life again
She Went into coma five times since 16th December
She was unconscious
Critical and hasn't been able to stop crying
But don’t worry
She wasn't your sister
She wasn't your daughter
But she could be. The brutality has to stop right here guys
These people deserve capital punishment for their heinous
Perverted act
She died yesterday Saturday 28th
December 2012
Rest in Peace♥ and I pray that her killers get the WORST punishment possible
This doesn't only happen in India..
But in every country around the world..
Is this how we treat our women?
It Makes me ashamed to even live on this planet today
 

 

Sleep Style


ini dikatakan abang borek adik rintik 

style always the sama ok.....

zareef n harris.....

bye the way nielah kisah aku penghujung 2012.setakat nie masih dikurniakan anak 2 orang permata hati ulam jantung pisang..........ke 3 insyallah will be the next.........

hari ni 31.12.2012 - hari terakhir 2012 hye esok new year, ini bermaksud new age, new life, new focus, new future...........but NOT NEW HUSBAND hahahahah!!!pitam aku kalo new husband haha setiap tahun bertukar hahah iskkkkkkk mintak dijauhkan lah!

kejap jer rasanya masa berlalu.setiap saat, setiap detik aku lalui dengan penuh suka duka...terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku penghidupan.....Terima Kasih Haji Jamal bin Kasiman (Al-fatihah) dan Hajah Salikah binti Ragil kerana susah payah menghasilkan aku...sesungguhnya aku tahun bukan senang dari air mani untuk dijadikan zuriat (atas izin-Nya)........Syukur ...

PENUTUPAN TAHUN 2012-  Allah tak putus2 mengurniakan rezeki kepada Kami sekeluarga....
Sesungguhnya aku tahu.sebaik2 perancang adalah ALLAH..........Maha Mengetahui segala-galanya....

SYUKUR 2008- Aku berkenalan dengan insan bernama SUHAIMI SAAD yang sudi menjadikan aku teman hidup 

SYUKUR 2009 - Terima kasih dan AKU TERIMA NIKAHNYA!YESS I DOO 11/12/2009 SAH!

SYUKUR 2010 - HELLO I SEE THE WORLD 1/9/2010 - MUHAMMAD ZAREEF ISYRAF

SYUKUR 2011- Hye Im Pregnant Again! 

SYUKUR 2012
 - 4/1/2012 - MUHAMMAD HARRIS AZEEM
- loan approve for house (insyallah it will be soon....amin)
- still study n study n study
- i got scholarship from jpa
- dan semua manis2 bagi tahun 2012........... 

terima kasih n syukur !Alhamdulillah

Friday, December 28, 2012

Alhamdulilah....Terima Kasih Ya Allah


Alhamdulillah.....Terima Kasih Ya Allah

Syukur kerana Engkau permudahkan rezeki untuk ku kali ini....

Baru aku sedar kali pertama aku mohon PINJAMAN BOLEH UBAH ------ AKU GAGAL

rupa-rupanya ALLAH memberikan aku yg lebih indah ........ Terima Kasih......

I GOT SCHOLARSHIP FROM JPA!!!

saper2 yg memohon boleh lah menyemak keputusan anda!!

Happy giler.......!

Kalau lah Ia Rezeki aku






 setiap saat aku buka laman web esila nie....setiap detik aku refresh.......

why why why hari nie betul2 meruntun jiwa aku

orang kata kalo ader rezeki tak ke mana kan...tabah jerlah wahai hati......dah sem 5 kot cam tak biasa simpan duit sendiri bayar yuran.......huhuhu tapi ader 5 sem lagi nak hbs kan........wakwakak.harap2 ALLAH SWT permudahkan lah rezeki aku..........

SEMAKAN KEPUTUSAN : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

"""
""
""
""
""

nervous sampai skrg tak kuar lagi....kata 28 Disember huhuhu 

p/s: fiza jgn berharap sgt..karang tak dpt ko jugak yg frust menonggeng !!

Thursday, December 27, 2012

SF Beauty






ok mls nak cerita lagi panjang2......

aku sajer mengedik plus mengada2 nak try this kind of product .......

1 set aku beli RM 90 (set vit E) hahahah

harap2 berbaloi2lah aku beli  

lepas 3 minggu agak2 berkesan baru aku cerita..hahaha.....kalo lepas 3 minggu aku tak cerita faham2 jerlah nyek hahaha.............


p/s: nielah first product kecantikan aku beli hahahah ntah aper2 jer tak per nak merasa bonus....reward for myself hahah.....

Tuesday, December 11, 2012

Today Our 3th Anniversary!!


Dia Imam ku 
Dia Syurga ku 
Dia Racun ku 
Dia Penawar ku 
Dia Ayah kepada Anak-Anak ku...... 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-3
 |Suhaimi dan Norhafizah | 11.12.12|12.12.12 


salam semua.......

pejam celik 3 tahun usia perkahwinan aku.....hye happy anniversary dear.....terasa mcm 30 tahun usia perkahwinan kami....banyak benda suka duka kami kongsi bersama....

terima kasih terima kasih terima kasih dan terima kasih kerana hadir disaat aku gelap.di saat aku sejuk.di saat aku khilaf.di saat aku sesat.di saat aku terumbang ambing..terima kasih sudi menjadikan diri aku yg serba kekurangan menjadi pelengkap dalam hidup mu....terima kasih kerna memilihku sebagai ibu kepada anak-anakmu........terima kasih kerana sudi menjadi imam ku, syurga ku (insyallah)....terima kasih 

aku bersyukur kepada Allah kerana memberi aku peluang menjadi isteri kepada suamiku, ibu kepada anak-anak ku....... dan teman sehidup semati.......syukur Ya Allah atas pemberian-Mu....semoga ikatan ini kekal sehingga ke akhir hayat.............insyallah till jannah......

-----------------

scroll down plizzzzzz.......

''
''
''
'''
'''
'''
'''
'''
'''
''
''

hye dude selamat pengantin baru |belah johor|

pengantin lama !! hahah |perak|
 





p/s: maaf tiada hadiah huhuhu..........tunggu bonus ok lahahaha............

Thursday, November 29, 2012

chicken pop 2....semambu + virless

hari nie hari ke 4  zareef kene chicken pop...nsib lah mamat nie tak banyk meragam .tak der merengek..tak dpat ku bayangkan betapa gatalnyer kene chicken pop nie.....last post aku aku ader ckp pasal petua org lama yg mengunakan daun semambu tok menghilangkan rasa2 miang tu....yer haa akhirnya aku dpt kenal pokok semambu tu cam ner......





see ini lah rupanya pokok semambu.....aku ingtkan pokok nyer renek rupanya tinggi mengalah...memg aku pandag jerlah pokok tu..coz kebetulan aku pergi dengan zareef jer...........hahahah aper lagi call lah papa dia bgthu pokok tu tinggi..........(nampk sgt memasing tak kenal pkok semambu) hahahha ...........so papa dia amik lepas otw dari KLIA ........pg amik dengan kawan2 dia........



sweet kan siap panjat lagi.......hahah nie yg org ckp kerana anak sanggup buat aper sahaja...........!!





daun ni siyusly sgtsgt lah elok tok chicken pop..........slah satu nyer mengurangkan kegatalan dan kemiangan semasa chicken pop tu nak naik..........................

1- Daun dia boleh dikisar n lumur kat badan dia ala2 mcm calamine jugak
2-Daun dia boleh buat mandi (mula ramas2 dlm tab mandi pastu mandikan......tak pun direbus sementra pun ok jugak)
3- Alas tempat tido- yg nie siyusly membantu.....tempat tido dia tu alas dengan daun tu.....so selesa lah dia tdo coz mengurangkan kegatalan.comfom mlm tak merengek.......

tadi ubat secara tradisonal....nie secara doktoran pulak hahaha............so cam biasa pg klinik biasanya dia akan bg ubt2 mcm nie lah


1- calamine nak kurangkan gatal
2- ubat demam comfom budak akan demam nak2 bila mlm tu siap2 bg yer ibu-ibu
3- antiviral - zaroxin suspension *lebih kurng lah ejanyer yg nie sgt membantu tok ceptkan kering chicken pop tu.........n membantu badan melawan segala2 virus tu.......siyus bagus coz dia mengandung acyclovir
4-virless - nie pun memg sgt sgt sgt berkesan tip top coz dia sgt membantu mengeringkan chicken pop tu....yg nie ubat sapu.....








setakat nie..........zareef beransur baik n tunggu nak kering sepenuhnya jer........heheh coz hari nie turun papa pulak jaga..........hahah *gud luck yer lari2 dlm rumh time nak sapu calamine!! haha


Sunday, November 25, 2012

anak aku kene Campak oiii

kain busuk tetap disisi..............

sian ank mummy kene campak jangkit kat taska.nsb lah syg......
mother of chicken poxxx...................




campak atau nama english dia chicken pox..semua org pernah kene.erm anak aku pun baru kene nie....nsb lah fiza oo anta taska kalo jangkit berjangkit itu biasa hahahha sabtu tu cam biasa lah zareef start demam..pastu nampk lah ader tumbuh bintik mcm berair ..........time tu dah agak dah kene campak coz teacher dia bgthu ader budak kene campak..hahah nasib lah labu.tabah jerlah hahaha.......nasib lah zareef tak meragam sgt kene campak nie..ok lah ...

 antara ubat2 yg kene makan......

 1- air kelapa coz nak bg semua campak itu keluar dengan jayanya tanpa segan silu....

2- losyen calamine sentiasa disapu untuk mengelakkan gatal...

3- daun semambu - daun nie ader mcm2 cara yang boleh buat frist ( mandi, sapu, n buat alas tido..........))**esok baru aku nak pg taman warisan kwn aku kata kat taman warisan ader daun nie.....boleh mtk guard tu amik kan daun.......

Wednesday, November 7, 2012

NURSING AT PUBLIC KIM VS GALAKSI

aku rasa ramai yg sedia maklum galaksi episod lepas episod 42 minit ker 20 kalo lihat dari tonton........*maaf aku tak tgk cerita tu sebb pada aku GELAK TAWA KIAH MENYERAM KAN AKU SGT2...........KURANG CIRI KETIMURAN SEBAGAI SEORANG WANITA .....(mls nak coment lebih disitu) isu dlm galaksi lepas memperlekehkan seorang artis NIP(nursing at public) hingga menampakkan asetnya........ nie jujur aku katakan 

TAK KAN ADER IBU/MAMA/MUMMY/BONDA/UMI or etc yang sengaja menayanagkan aset ketika menyusu............ini dikatakan mentality masyarakat malaysia masih rendah mengenai kebaikan susu ibu....i'm the one who support BF of course.....bukan nak angkuh aku riak seperti yg ramai org perkatakan.......bukan jugak tak mampu membeli susu formula...namun aku sedar kebesaran susu ibu yg dikurniakan dari sejak azali lagi....... 

dari GALAKSI ker MIX  ke BLOGGER.......semuanyer (-) negatif minded pasal NIP....

 Give “Breast” To Your Child  
There is no freedom of choice for humans if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice, but an obligation to the choice,
Give your child the freedom of choice

ini jujur mentality masyarakat dimalaysia skrg.....

ekoran dari itu...salah seorang ahli KIM yang mewakili seramai 32K lantang mengutarakan pendapat/komen bernas ke LAMAN RASMI GALAKSI.....tahniah!!



mudah bukan dunia skrg........... komen hingga mendapt hit sebanyk 1434 like and comment sebanyk 236 komen yang menyokong pernyataan di atas...........*GEGAR GALAKSI SEKETIKA HINGGA MENG"HIDE" KAN POST INI...........hits like hampir sama dengan like ke page galaksi

 namun jawapan dari ABG NAS (penerbit GALAKSI) masih kurang memuaskan hati semua pihak......terlajak perahu boleh diundur....terlajak kata buruk padahnyer.........

nie lah jawapan dia..................*mcm tak memenuhi soalan yg di taya kan?

 ----------------------------------------------
Salam semua.

Terima kasih atas maklumbalas anda terhadap Galaksi siaran Jumaat 2hb Nov '12 lepas. Setelah saya meneliti komen tersebut serta mengkaji secara terperinci kandungan siaran tersebut, saya dapati berlaku sedikit salah persepsi dari satu pihak terhadap laporan berkaitan penyusuan anak oleh seorang artis berkenaan (demi utk menjaga aib artis berkenaan tak perlulah kami sebut nama beliau).

Untuk maklumat semua, kami menerima satu aduan dari seorang orang awam yang mengadu kepada kami melahirkan rasa kesal dengan sikap seorang artis yang sedang menyusukan anaknya 'sehingga menampakkan asetnya'. Aduan itu disampaikan kepada co-host Galaksi iaitu Rock Kiah Propa, lalu Rock Kiah melaporkan menerusi panggilan telefon kepada host Galaksi iaitu Ikhwan & wartawan Sya di studio ketika itu.

Perlu difahami bahawa laporan tersebut sama sekali BUKAN menyindir, menghina, atau apa sahaja tindakan negatif mengenai perlakuan menyusukan anak, tapi menegur sikap orang tersebut yang seolah sengaja 'menampakkan aset'nya kepada orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan itu. Bukankah itu kurang manis?.

Moral dari aduan / paparan itu ialah menyusukan anak walau di mana sahaja bukan suatu perbuatan tak bermoral malah ianya suatu perbuatan mulia. Tapi seeloknya biarlah dilakukan dalam keadaan yang agak terlindung. Kalau pun terpaksa di kawasan ada orang lain, eloknya tutuplah dengan baju atau kain tudung atau seumpamanya agar tidak mengganggu penglihatan orang lain. Itu lebih sopan bukan?. Maklumlah moden macam mana pun kita tetap orang timur.

Mengenai reaksi wajah host yang dikatakan seolah geli atau beraksi jengkel terhadap aduan / laporan itu, reaksi itu sebenarnya tidak ujud. Apa yang terpapar dari reaksi wajah spontan Sya & Ikhwan bila mendengar laporan menerusi panggilan telefon dari Rock Kiah ketika itu ialah reaksi mereka juga kurang bersetuju dan terasa malu dengan perlakuan kurang manis itu. Sekali lagi diingatkan, bukan kurang setuju perbuatan orang itu menyusukan bayinya (breast feeding) tapi kurang setuju bila dia seolah sengaja mendedahkan asetnya sampaikan boleh terlihat oleh si pengadu. Memanglah si pengadu itu juga perempuan, tapi bukankah lebih elok atau manis jika berlindung dari penglihatan walau oleh kaum sejenis?.

Kekeliruan berlaku bila paparan yang membawa mesej 'jangan menyusukan anak sampaikan terdedah aset kepada orang ramai', telah disalah tafsirkan sebagai 'jangan menyusukan anak (breast feeding) kerana perbuatan itu seolah jijik' atau seumpamanya. Kekeliruan ini jadi tambah hangat bila dipaparkan di sini lalu disambut oleh beberapa pihak lain yang sebenarnya tidak menonton, tidak tahu terperinci, cuma tahu samaada dari mulut ke mulut atau cuma menerusi membaca komen ini di sini lalu terus turut bersuara. Sudah tentu ini mengundang kekalutan bukan?. Kekalutan inilah yang perlu kita jernihkan semula.

Jika diteliti semula pada tiap bait ayat oleh samaada Kak Rock Kiah, Ikhwan atau pun Sya ketika paparan itu, langsung tidak ada walau sebaris ayat atau perkataan yang berunsur penghinaan pada breast feeding atau seumpamanya, malah laporan itu disudahi dengan nasihat / teguran supaya perkara 'mendedahkan aset' ini tidak berlaku lagi atau dilakukan oleh orang lain. Tak salahkan kalau kita saling menegur atau mengingati?.

Sebagai penerbit Galaksi utk tahun 2011, 2012 dan seterusnya 2013, saya mahukan Galaksi muncul sebagai sebuah program yang walau sensasi (untuk kepentingan 'rating' program serta memenuhi citarasa penonton) tapi sentiasa menyalurkan teguran & pandangan baik secara tidak langsung, malah sentiasa memberi ruang dan peluang pada kalangan penggiat seni utk meluahkan apa yang kurang selesa dalam karier mereka & persada seni tempatan. Semua ini dilakukan dalam keadaan yang tidak begitu ketara, cuma boleh disedari bagi mereka yang benar teliti sahaja. Itulah apa di sebalik kesensasian Galaksi.

Mengenai saranan satu pihak agar kami meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini, saya pula merasakan jika sekiranya benar berlaku kami menghina penyusuan bayi (seperti yang dikatakan), atau ada ayat atau perkataan atau perlakuan dari kami yang sahih ke arah itu umpamanya, memang sudah sewajarnyalah kami memohon maaf secara terbuka. Kami sedia berbuat demikian jika benar ini berlaku. Tapi hakikatnya kami langsung tiada nawaitu atau niat ke arah itu, langsung tidak menghina (seperti yg dikatakan), tidak mengejek atau menyebut ayat atau perkataan atau membuat sebarang perlakuan yang menggambarkan demikian. Apa yang berlaku cuma salah tafsiran atau salah persepsi satu pihak terhadap apa yang dia fahami mengikut pemikiran dia.

Apa pun, saya tetap merasakan bersalaman untuk merapatkan silaturahim sesama kita adalah sesuatu yang baik. Semoga kekliruan atau kesilapan tafsiran ini tidak berulang demi kebaikan kita bersama.

Terima kasih kerana menonton dan memberikan maklumbalas kepada Galaksi. Jadikan Galaksi sebuah program infotaimen tempatan yang walau sensasi & kontroversi tapi menjana persada seni kita.

Yang ikhlas :
NAS AHMAD
Penerbit / Wartawan Galaksi.
---------------------------------------------------------
 

Musim Lempeng Durian Katanya!!

lempeng durian atau nama up to date nyer CREPE durian.......sekarang kan org tengh mengila crepe durian...crepe durian...... mhl harganya 5 cinonet tu jer dah RM 10.00 ....tapi bila difikirkan boleh jadi mhl coz barang2 dia mhl jugak especially durian n whiping cream tu..........buat dia senang tapi leceh*cam ner tu hahaha 

 yang pasti benda wajib yang ader harus lah durian...
dah nama crepe durian..haruslah ader durian 

FIRST TRIAL ok lah......80% ok cuma durian sikit sgt coz zareef dah sapu hbs durian..selamat sempt sorokkan sikit huhuhu......

resepi aku curi dari : MASAM MANIS 

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

agak comot coz aku tiada seni punya orang...sekadar ingin merasa sajer......bungkus cam ner pun tetap rasa durian hahah

seee the filling... aku guna whiping cream coz tu jer yg ader kat umh hahahahah

p/S: tapi aku yakin n pasti satu hal disini.......bahawa DURIAN LEBIH ENAK DIMAKAN BEGITU SAHAJA!!NOKTAH........


Tuesday, November 6, 2012

Ah!caner Nak buat tu?

AH........Caner nak buat tu? 

Tulis semua kecik2.......

ader 10 page  including depan belakang....

due date dah dekat dah?

mood: sgt mls nak buat...buka n baca jer dah mengantuk

Dear Lec......kami amik degree jer (PJJ lak tu) bukan amik master.....hahah

bahasa power......baca tak fhm2......cam ner nak buat tu!

INTERNATIONAL BUSINESS sgt lah....

arghhhhhhhh...........arghhhhhhh

Monday, November 5, 2012

PePlum vs Pelam

santik kan baju nie?

 yar yar yar yar 

sekrg memg tengah musim baju2 cam nie

 kembali ke zaman2 kegemilangan MAK aku dulo2......... 

time MAK vogue the vase dulu.pinggang ala2 23-26 

bontot tonggek 145 darjah..........yehaa mengiurkan sungguh.....

skrg sudah kembali ke zaman tu 

PEPLUM/SALOMA DRESS

memg santik........santik bg org yg kurus n tinggi?

cam aku?tak confident lagi nak pakai hahahhaa.......tahu2 jerlah badan mak nie buka cam dulo2 dah lari size dah semuanyer hahahaa..........*nak berdiet tapi mulut kunyah jer ......

 kalo badan mcm aku,  "pelam/plum" mimpi lah nak pakai .... !! hahah<( ̄︶ ̄)> []~( ̄▽ ̄)~

banyk sgt HANDLE2 / SPARE TAYAR kat badan2 nie hahah

 




Monday, October 29, 2012

Dah cukup bujang dah......


perghh baru 2 tahun
tapi aku rasa anak aku mcm dah bujang hbis lah......
naik tergelak2 bila tgk aksi dia......

-pantang nampk dahi licin-

sampai terpusing dipandang nyer......anak-anak... 


first day dia lahir kat dunia......bersyukur tak terhingga lah .........

nie second day baru lah nampk muka dia yg bolat tu hahaha *nie jugak lah kesygn atok salikah nye....bila balik kpg..semua benda yg dibeli hanya tok dia...*stress n jeles aku tgk hahah





dulu lahir kecik mcm nie...yerlah 2.8 kg jer lah....muka totaly COPY N PASTE aku......hahaha dari mata, mulut, hidung tang rambut jer ayah dia hahaha 

tup tup........aku dah rasa dia semakin membujangkan diri dengan aksi2 dia.....naik confius aku tgk perangai dia..ntah ikut saper ntah haha



tahu tak mamat nie usha aper?
 -USHA AWEK TU...-

tak beragak tau mamat nie....tahu lah awek sebelh tu cun jugak lah.......kot yer nak usha pun jgn lah sampai baring atas meja cam nie............hahahah sengal jer rasanya........ikut perangai saper ntah......

tu belum lagi nampk MINAH SALEH ......sampai terpusing2 kepala nak tgk lah.......*choiiii


aper yg difikirkan agaknya hahaha...


zareef, zareef............ nasib lah kecik lah.....tak perlah anak usha lah time kecik2....dah besar kalo ko buat cam nie......memg *pang makan dia hahahaha

Ceritera Korban-Selamat Hari Raya Aidiladha

saya selaku wakil kepada keluarga suhaimi mengucapkan selamat hari raya kepada semua BF, GF, dan segala FFF yg ader...*time nie odw blik kpg

selamat pagie semua.....aku rasa mcm tak lewat lagi nak wish "selamat Hari Raya AidilAdha" buat semua org islam seluruh dunia........ 

tahun nie sepatutnya tahun hari raya korban aku kat belah mak mertua aku (batu gajah) tapi disebbkan mak aku buat korban..so terpaksa lah skip balik kampung mak mertua heheeh *maaf yer....tahun depan 2 2 raya belah perak hahahah.........

sepanjang aku 26 tahun nie nie lah first time mak aku buat korban......semua rasa ader *sedih, takut, jakun, suka, gembira* semua ader.......



*semoga syurga tempat nyer......*

nie lah lembu yang akan menjadi mangsa korban....sgt ganas lembu nie......
sgt susah nak turunkan lembu nie
seee lembu nie pun tahu akan nasib dia.........

aku rasa lembu nie mcm hensem lah hahaha

 “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)



alhamdulillah.....terima kasih dan syukur ke - atas Mu...


yg paling paling rasa seronok coz semua abg2 n akak2 aku balik........rasa happening giler.......nak2 time berborak..mengumpat..memg awesome hahaha  


yang paling awesome malam2 haruslah mkn sup segala gear...........hahahah 


-terima kasih-terima kasih-terima kasih-





Tuesday, October 23, 2012

Nak Salahkan Anak ker Mak...?


walaupun hpn nie tak UP TO DATE.....

tapi aku sayang....

hpn nie 2 minggu boleh tahan tau bateri dia berbanding note yg hari2 kene cas tu....
 
TAMPAL PUN TAMPAL lah janji boleh ON.....

dalam hal nie aku confius 

Nak salah Mak dia ker?coz bg anak2 campak hpn merata2....

atau 

Nak salahkan anak-anak? bertapa ganas nyer dirog hpn mcm dia bdk2 sekarang pandang sebelh mata jer....

p/s: pa karang balik beli housing baru...nsb lah housing ko murah ........

Monday, October 22, 2012

Aku terima Nikahnya ........*tak Best kan?


Aku Terima Nikahnya

Nora danish
Ady Putra

dia punya promotion punya lah gempak tapi aku rasa cerita nie mcm cerita CEREKARAMA yang kat TV tu hari Sabtu jam 10 mlm tu...........nsb lah tiket RM 8.00 jer tak derlah terasa sgt........... (tengok hari jumaat uollssssss rehat kan panjang)

confius aku nak cari kesedihan cerita tu kat mana?puas dah nak menangis tapi tak jumpa babak yang boleh buat aku menangis.................(eh aku kan cengeng) tapi cerita nie?buat aku tergelak jer........

tapi aku pasti satu

Nora nampk sgt sweet, cantik, comel, gebu n awesome!!

lagi satu kepastian tanpa ragu2

Eh ?EH?EH ! Nora cium betul2 siut...............*huntong lah ko ady putra dapt ciuman dari Hot JAN!!!


seee jgn salahkan camera kalo nampk aku gemuk.....slh kan badan sendiri tak reti jaga hahahah *choiiiiiiiii.....

budak2 nie first time amik gambar kat pintu alamanda hahahahahah
kak lai u kelihatan sgt sgt sgt hot n daring........ i like the where u are...


Sunday, October 21, 2012

Kad Siswa 1 Malaysia..Boleh guna Di?

 ok lah banyk jugak kegunaan kad siswa nie.....erm yg pasti aku belum gigih lagi nak amik kad nie kat shah alam.......huhuhu dah lah kene pg time office hours.kan best kalo dia buka sabtu or ahad..tak derlah terkejar2 masa.....igt shah alam tu dekat ker? hahah jauh jugak wowo.....(terima kasih nisa coz tolong amikkan kad siswa sy.....syang ko lebih2...nak aym penyet kan?heheheheh tunggu gaji nyek)

tapi rasa rugi jugak kalo aku tak amik heheh banyk tempat boleh guna......isk rugi2 ....

nie lah antara tempat2 yg boleh digunakan kad siswa nie...........

__________________________

info: credit to google

Bahan rujukan
• Mph Bookstores (10% Off)
• Imlaq Book Centre (10% Off)
• Borders (10% Off)
• Rona (5% – 20% Off)
• Kiang Trading (10% Off)
• Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad (5% – 15% Off)
• Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (3% Off)
• Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad (2% – 10% Off)
• K.L Commercial Book Co. (M) Sdn Bhd (10% Off)
• Kmk Resources Sdn. Bhd. (10% Off)
_______________________________________
Kelengkapan sukan
• Bata (10% Off)
• Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad (10% – 45% Off)
• Texline Lino (5% – 10% Off)
• Prominent Million Sdn Bhd (Mizi Sports) (10% Off)
______________________________________
Klinik kesihatan dan cermin mata
• Poliklinik An-Nisa’ (20% Off)
• Qualitas Health (10% Off)
• Focus Point (20% – 50% Off)
• Menara Optometry (10% – 60% Off)
______________________________________
Makanan dan Minuman
• Kfc (5% Off)
• Daily Fresh (10%)
• A&W (50% Off)
• Coffee Berry (20% Off)
• The Chicken Rice Shop (Student Meal At Rm9.90nett)
• Restoran Kenny Crab (10% Off)
• Sweet Chat (Rm12.90nett Meals)
• Legend’s Claypot Briyani House (5% Off)
• Dubu Dubu Seoul Food (Rm16.90nett Meals)
• My Java Coffee (10% Off)
• Pancake House International (Rm5.++ @ 2pcs Classic Pancake)
• Station One Product (5% Off)
• Gloria Jean’s Coffees (10% Off)
• Bangi Kopitiam (10% Off)
______________________________________
Penginapan dan Pengakutan
• Ancasa Hotels & Resorts (10% Off)
• Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd (25% Off)
• Leo Express Hotel (20% Off)
• Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad (2% – 15% Off)
• Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (15% Off)
• Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad (5% Off)
• Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad (15% Off)
• Rakyat Travel Sdn. Bhd. (Special Rate)
• Rapid Kl (50% Off)
• Mas (25% Off)
• Firefly (50% Off)
_______________________________________
Salun & Pusat Kecantikan
• Foot Master (30% Off)
• Paris Hill (30% Off)
• Proactiv (5% Off)
• Clara (10% Off)
• Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (5% – 20% Off)
______________________________________
Produk IT
• Koperasi Celcom Berhad (2% – 5% Off)
• Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad (10% Off)
• Ifamily (15% Off)
_______________________________________
Lain-lain
• Bkz Bikerz (Special Rate)
• Roller Star Arena (10% Off)
• Double Site (10% – 15% Off)
• Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad (2% – 5% Off)
• Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad (4% Off)
• Mydin (Special Rate)A


ader saper2 rasa nak pinjam ..........*just give a call......* hahah sama2 lah guna hahaha


Thursday, October 18, 2012

Sepah itu perlu


sepah itu perlu?
kenpa?itu biasa bagi aku.....nak nak bila ader anak2 yg dlm proses membesar.......

rumah kemas tolak tepi......rumah bersepah sentiasa.

kekdang stress jugak pg umh org2 bersih jer kemas jer....tiba rumh aku haru biru haah

malas nak kemas *yes it me * 
aku bkan lah suka mengemas2 rumah nie.....dari kecik aku dah terbiasa bila bersepah lagi senang aku nak cari barang.......kalo tersusun aku lagi susah nak igt barang tu kat mana?pelik kan?



now u seee..........zareef nie ikut perangai saper?
ibu yang mengandungkan dia perlu disalahkan.........hahahah 
dia sebiji ikut perangai aku......
bila nampk bersepah dia lagi puas.....
selagi benda2 tersusun semua dia nak sepahkan......

salah aku ker?
(comfom lah mak dia pun mls kemas hahah)
 

kalo org dtg rumh aku tetiba.....aku rasa org tu sampai pintu dia patah balik hahahah
 

nie mamat lagi sorang nie.........sedang meningkat naik jugak nie...kekedg sama naik dengan abg dia..yerlah dah ader org yg tukang ajar........

ok-bye.tak.tahu.nak.tulis.aper.lagi.n.terus.merepek.tak.tentu.pasal.!

Wednesday, October 17, 2012

Saya Rasa itu Cute

(◠‿◠) Saya pernah SETIA..
Tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah PERCAYA..
Tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MENCINTAI..
Tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MEMILIKI..
Tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah JUJUR..
Tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah BERHARAP..
Tapi harapan itu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

Lalu aku pesan pada diri —> Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah ツ
 
----------------------------
mood: copy paste
----------------------
 
semua kat atas tu aku rasa semua org pernh laluinya........itu fakta dalam kehidupan ibarat roda untuk setiap manusia......
 
aper2 semua kene lalui dengan tenang dan redha.....so chill!!
 

Tuesday, October 16, 2012

Kenapa tetiba taska?


kenapa budak2 tetiba anta kat taska?

mengejut aku anta dirog kat taska?

why?
why?
why?

anak2 aku pun terkejut kenapa taska?

dia buat kami mcm nie?

salah kami ker?

jawapan itu semua ader pada dia.......... i have no answer for all this question.

selamat 2 thun .pada aku 2 tahun bukan tempoh yg sekejap...2 thun dia jaga anak2 aku dari zareef umur 2 bulan (time tu tak mula cuti 90 hari) n harris 9 bulan....... 

terkilan?terharu?sedih?sentap ? semua ader?

Yes dia Baik....Sgt Baik dengan kami Sekeluarga......hinggakan gambar Zareef ader kat dinding rumah dia?lovely kan? aku pun dah percaya dia 100% eh bukan 200%.......

1 Oktober 2012 - tarikh pedih buat aku.....coz i trust her

PINDAH UMH TAK CKP.....AKU GIGIH NAK MENGHANTAR TETIBA RUMAH DAH KOSONG..BAYANGKAN???

tak ker terduduk aku......rasa nak pecah jantung aku...knp dia buat kiterog macm nie...at least bgthu tu jer.tak mampu bgthu call msg pun ok..kiterog bukan nak halang dia nak pindah rumah pun....

mulut mana yang tidak mencerca/mencaci *begitu khilaf nyer aku sehingga boleh mengeluarkan kata-kata kesat.........
hati mana tak meronta 


aper2 pun hinggakn sekarang aku tak tahu aper reason dia pindah rumh tanpa bgthu........malas nak buat andaian sendiri hingga boleh menyebabkan fitnah.........*cukuplah dosa aku ....tidak mahu ku tambah dosa yg sedia ada sekarang......

aper2 pun aku doakan dia bahagia bersama keluarga dia

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH SEBB BUAT KAMI SEKELUARGA MCM NIE N TERIMA KASIH JUGAK SEBB JAGAKAN ZAREEF N HARRIS SELAMA 2 TAHUN (ZAREEF) DAN 9BULAN (HARRIS)..........

SAYA SGT MENGHARGAI NYER.......

nota: dulu setiap kali anta ank hati tak risau........skrg setiap hari anta anak-anak  hati setiap saat risau.........(^_^) 

nota - hati -ku : dont put 100% trust to anyone




Monday, October 15, 2012

Taska *zareef & Harris


genap 2 minggu dah budak2 tu duduk kat taska......


hopefully ok lah semuanyer coz 2 minggu dirog dah bertahan...

tapi yg tak tahan tu setiap kali anta harris ke taska comfom harris menangis bila nak tukar tangan......

dia tak suka ker taska tu?
ker dia yg kuat menangis ?

*Hati kecil aku comfom lah menangis jugak...tapi buat cool sajer lepas anta dirog langsung tak berpaling ........!!sentap kalo tgk diorg menangis

erm kalo fikirkan budak2 tu tak keje aku jawapnyer cuti jer sepanjang tahun...tapi aperkan daya aku masih belum mampu nak beli cincin berharga 24 juta lagi so aku kene berkerja keras untuk menampung aper yg patut........

zareef

harris
 nie jerlah harta kesayang aku kat dunia nie.........so aku tak mengharapkan lebih dari taska nie....cukup sekadar anak aku bila balik 

tidak kelaparan
tiada lembam
tiada kudis2
tiada calar balar
tiada tangisan 
tiada patah riuk
dan tiada dan tiada 

**mak yg banyk kerenah .........setiap hari anta anak kat taska setiap saat jugak aku fikir keadaan diorg coz nie first time dirog duduk taska............



Ya Allah engkau lindugilah dua permata hati ku nie..sesungguhnya engkau mengetahui setiap isi hatiku.....engkau lembutkan hati pengasuh(taska) supaya menjaga kedua-dua kurniaan mu ini dengan baik...lebarkan kasih sayang dihati-hati mereka............ amin..... :(

Friday, October 12, 2012

i'm bad



Suddenly i smile *crazy? nope ..just think & remember about my past......?

Sweet

Sour
Bad
ignorant
rubbish
Awesome
Gorgeous
Annoying

**All in one.......Complete
** And Now i try to be better than my past..........

Monday, October 8, 2012

lama rasanyer.......

TERASA LAMANYER TAK POST KAT SINI............TERASA KEBIZIAN YG AMAT... DENGAN PEGASUH WAT HAL? BOS BARU LAGI? KELAS DAH START BALIK? BLA./././././././BLAA.........DLL nt lah kalo ader masa aku tulis kat sini okey.agak kebizian lol

Thursday, September 13, 2012

Saper Yasmin Johan?

Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang2 beriman.....amin......ok find.....secara jujurnya aku memg tak kenal saper Yasmin Johan(lambatkan aku) ......selalu blogger2 yg hot org kenal hanis zalikha,fatin, cik epal , redmummy n dll yg tu aku biasa lah dengar........tetiba hari nie banyk pulak share pasal dia........huhhuhu....... arwah seorang yg sanggat cantik......kalo tak salah aku dia meninggal dlm bulan Julai....sekali lagi al-fatihah...... yang membuatkan aku nak menulis pasal dia.....terasa ngeri bila baca mimpi ngeri dia......seram pulak rasanya aku......tetiba terasa diri ku belum cukup membuat amal.......bak kata org "Mati tu Anytime" tak kira usia...........


http://www.misschronicz.blogspot.com
 ini blog dia............n ini mimpi ngeri dia.............Al-Fatihah


aku memang benci Ulat
semua spesis aku benci.
Benci benci benci
nak aku listkan apa ulat ulat yang paling dibenci ?

1. Ulat gonggok
2. Ulat bulu
3. Ulat Beluncas
4. Ulat daun
5. Ulat buah buahan
6. ulat sampah
7. Ulat buku
8. Ulat Laut

okay okay , Ulat buku tu taklah
aku kan ulat buku*tiputipu

tadi , 27 Mac 2012 , 3.29pagi

percaya atau tak aku mimpi buruk sebanyak 3 kali
dalam situasi yang berbeza
fuhh , menangis nangis aku

Fakta : aku mimpi first first aku makan daging kala jengking
Fakta : dalam isi Kala Jengking tu ada 2 Ulat beluncas dan aku TER makan
Fakta : lepas rasa ada benda bergerak gerak dalam mulut, aku muntah kan
Fakta : Terkejut bila tengok itu Ulat beluncas warna merah dan hijau sedang liat liat
Fakta : tapi ada satu lagi Ulat beluncas yang tersekat atas Lidah aku dan takmau turun
Fakta : '' BAB* ! Keluarlahhhhh ! ''
Fakta : Sangat elastik.
Fakta : '' PAPAAA ! THHOLONG YATHHMINNN ! ULHAT THAKMAUHH THHURUNN !''
Fakta : papa ; '' GIGIT LA BAGI DIA MATI ! ''
Fakta : '' AAAAAA THHAMAUU NANTHI ADHHA AHER(air) HUSS (jus) SQUIRT SQUIRT!!!!''

Dalam gambaran mimpi tu, Ulat beluncas tu tonggek2 atas lidah aku.
Omaiigoodddddddddddd sangat meloyakan hanya Tuhan je tahu.

Apa petanda semua ni ?
Aku taknak tidur ah malam ni. Nak stay up late,
Tudia sanggup kot takmau mimpi benda alah aku makan kunyah chew chew ulat beluncas dan kala jengking.

Aku banyak dosa wehh :'(
Bila teringat ada kala jengking, terus aku bayang suasana di Neraka kelak.

p/s Bila ingat mimpi tu, aku rasa nak gelak pun ada, cara aku cakap pelat -__-

phaaphaaa, hulaattt thhaakkmau thhurunnnn. ( papa, ulat takmau turun )
Gila rempit tulisan ==

--------------------------------------------

nie totaly aku copy dari mimpi ngeri dia...........seram aku rasakan huhuhu.........Al-Fatihah