Wednesday, June 13, 2012

kasih di hujung usia

gambar ihsan dari pak cik google


BALING: “Biarpun diri kami dimamah usia, tetapi tetap bahagia meskipun kesihatan tidak mengizinkan keluar bersiar-siar seperti pasangan lain. “Dalam keadaan ini, memadai menghabiskan usia ini dengan berkasih sayang di dalam rumah,” kata Samsudin Desa, 72. Samsudin, dari Kampung Jenalik Siput, Mukim Siong, di sini, yang sakit lutut dan darah tinggi, terpaksa menghabiskan usia bersama isterinya, Putih Chendra, 83, kerana kedua-duanya semakin uzur dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah. Malah,

Putih hanya terbaring dan duduk di tempat tidur sepanjang masa akibat usia yang semakin lanjut. Samsudin berkata, dia hanya mengengsot di dalam rumah dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana isterinya tidak boleh lagi melakukan kerja rumah dan duduk di tempat tidur sepanjang waktu.

“Dia (Putih) tidak boleh melihat kerana kedua-dua matanya rabun, malah mata kirinya dibedah empat tahun lalu. Isteri saya juga tidak boleh mendengar dengan jelas selain menghidap sakit jantung. “Sayalah yang menguruskan semua di dalam rumah walaupun dengan mengengsot termasuk memandikan isteri kerana kasih sayang saya tidak pernah berbelah bagi meskipun usia kami semakin uzur dan menjaganya selagi hayat masih ada,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam. 

 Menurutnya, mereka dikurniakan tiga anak dan seorang daripadanya tinggal berhampiran yang membantu menjaga makan minum seharian selain menjaga mereka apabila sakit. “Saya tahu kehidupan mereka juga susah, tetapi mereka tidak pernah jemu menjenguk apabila musim cuti sekolah kerana saya faham anak mereka membesar dan bersekolah. “Biarpun kami hidup berdua di rumah yang sederhana, tetapi bahagia kerana ada jiran yang menjenguk dan bertanya khabar,” katanya. Samsudin berkata, dia mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.


 http://www.hmetro.com.my/articles/Kasihdihujungusia/Article

p/s: hopefully kehidupan aku akan bahagia hingga ke akhirat hayat..biarlah jika dia bukan yang pertama atau kedua atau ke tiga atau ke tiga belas.............. yang pastinya dia yang terakhir untuk-ku........amin

0 comments:

Post a Comment