Thursday, November 29, 2012

chicken pop 2....semambu + virless

hari nie hari ke 4  zareef kene chicken pop...nsib lah mamat nie tak banyk meragam .tak der merengek..tak dpat ku bayangkan betapa gatalnyer kene chicken pop nie.....last post aku aku ader ckp pasal petua org lama yg mengunakan daun semambu tok menghilangkan rasa2 miang tu....yer haa akhirnya aku dpt kenal pokok semambu tu cam ner......





see ini lah rupanya pokok semambu.....aku ingtkan pokok nyer renek rupanya tinggi mengalah...memg aku pandag jerlah pokok tu..coz kebetulan aku pergi dengan zareef jer...........hahahah aper lagi call lah papa dia bgthu pokok tu tinggi..........(nampk sgt memasing tak kenal pkok semambu) hahahha ...........so papa dia amik lepas otw dari KLIA ........pg amik dengan kawan2 dia........



sweet kan siap panjat lagi.......hahah nie yg org ckp kerana anak sanggup buat aper sahaja...........!!





daun ni siyusly sgtsgt lah elok tok chicken pop..........slah satu nyer mengurangkan kegatalan dan kemiangan semasa chicken pop tu nak naik..........................

1- Daun dia boleh dikisar n lumur kat badan dia ala2 mcm calamine jugak
2-Daun dia boleh buat mandi (mula ramas2 dlm tab mandi pastu mandikan......tak pun direbus sementra pun ok jugak)
3- Alas tempat tido- yg nie siyusly membantu.....tempat tido dia tu alas dengan daun tu.....so selesa lah dia tdo coz mengurangkan kegatalan.comfom mlm tak merengek.......

tadi ubat secara tradisonal....nie secara doktoran pulak hahaha............so cam biasa pg klinik biasanya dia akan bg ubt2 mcm nie lah


1- calamine nak kurangkan gatal
2- ubat demam comfom budak akan demam nak2 bila mlm tu siap2 bg yer ibu-ibu
3- antiviral - zaroxin suspension *lebih kurng lah ejanyer yg nie sgt membantu tok ceptkan kering chicken pop tu.........n membantu badan melawan segala2 virus tu.......siyus bagus coz dia mengandung acyclovir
4-virless - nie pun memg sgt sgt sgt berkesan tip top coz dia sgt membantu mengeringkan chicken pop tu....yg nie ubat sapu.....








setakat nie..........zareef beransur baik n tunggu nak kering sepenuhnya jer........heheh coz hari nie turun papa pulak jaga..........hahah *gud luck yer lari2 dlm rumh time nak sapu calamine!! haha


Sunday, November 25, 2012

anak aku kene Campak oiii

kain busuk tetap disisi..............

sian ank mummy kene campak jangkit kat taska.nsb lah syg......
mother of chicken poxxx...................




campak atau nama english dia chicken pox..semua org pernah kene.erm anak aku pun baru kene nie....nsb lah fiza oo anta taska kalo jangkit berjangkit itu biasa hahahha sabtu tu cam biasa lah zareef start demam..pastu nampk lah ader tumbuh bintik mcm berair ..........time tu dah agak dah kene campak coz teacher dia bgthu ader budak kene campak..hahah nasib lah labu.tabah jerlah hahaha.......nasib lah zareef tak meragam sgt kene campak nie..ok lah ...

 antara ubat2 yg kene makan......

 1- air kelapa coz nak bg semua campak itu keluar dengan jayanya tanpa segan silu....

2- losyen calamine sentiasa disapu untuk mengelakkan gatal...

3- daun semambu - daun nie ader mcm2 cara yang boleh buat frist ( mandi, sapu, n buat alas tido..........))**esok baru aku nak pg taman warisan kwn aku kata kat taman warisan ader daun nie.....boleh mtk guard tu amik kan daun.......

Wednesday, November 7, 2012

NURSING AT PUBLIC KIM VS GALAKSI

aku rasa ramai yg sedia maklum galaksi episod lepas episod 42 minit ker 20 kalo lihat dari tonton........*maaf aku tak tgk cerita tu sebb pada aku GELAK TAWA KIAH MENYERAM KAN AKU SGT2...........KURANG CIRI KETIMURAN SEBAGAI SEORANG WANITA .....(mls nak coment lebih disitu) isu dlm galaksi lepas memperlekehkan seorang artis NIP(nursing at public) hingga menampakkan asetnya........ nie jujur aku katakan 

TAK KAN ADER IBU/MAMA/MUMMY/BONDA/UMI or etc yang sengaja menayanagkan aset ketika menyusu............ini dikatakan mentality masyarakat malaysia masih rendah mengenai kebaikan susu ibu....i'm the one who support BF of course.....bukan nak angkuh aku riak seperti yg ramai org perkatakan.......bukan jugak tak mampu membeli susu formula...namun aku sedar kebesaran susu ibu yg dikurniakan dari sejak azali lagi....... 

dari GALAKSI ker MIX  ke BLOGGER.......semuanyer (-) negatif minded pasal NIP....

 Give “Breast” To Your Child  
There is no freedom of choice for humans if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice, but an obligation to the choice,
Give your child the freedom of choice

ini jujur mentality masyarakat dimalaysia skrg.....

ekoran dari itu...salah seorang ahli KIM yang mewakili seramai 32K lantang mengutarakan pendapat/komen bernas ke LAMAN RASMI GALAKSI.....tahniah!!



mudah bukan dunia skrg........... komen hingga mendapt hit sebanyk 1434 like and comment sebanyk 236 komen yang menyokong pernyataan di atas...........*GEGAR GALAKSI SEKETIKA HINGGA MENG"HIDE" KAN POST INI...........hits like hampir sama dengan like ke page galaksi

 namun jawapan dari ABG NAS (penerbit GALAKSI) masih kurang memuaskan hati semua pihak......terlajak perahu boleh diundur....terlajak kata buruk padahnyer.........

nie lah jawapan dia..................*mcm tak memenuhi soalan yg di taya kan?

 ----------------------------------------------
Salam semua.

Terima kasih atas maklumbalas anda terhadap Galaksi siaran Jumaat 2hb Nov '12 lepas. Setelah saya meneliti komen tersebut serta mengkaji secara terperinci kandungan siaran tersebut, saya dapati berlaku sedikit salah persepsi dari satu pihak terhadap laporan berkaitan penyusuan anak oleh seorang artis berkenaan (demi utk menjaga aib artis berkenaan tak perlulah kami sebut nama beliau).

Untuk maklumat semua, kami menerima satu aduan dari seorang orang awam yang mengadu kepada kami melahirkan rasa kesal dengan sikap seorang artis yang sedang menyusukan anaknya 'sehingga menampakkan asetnya'. Aduan itu disampaikan kepada co-host Galaksi iaitu Rock Kiah Propa, lalu Rock Kiah melaporkan menerusi panggilan telefon kepada host Galaksi iaitu Ikhwan & wartawan Sya di studio ketika itu.

Perlu difahami bahawa laporan tersebut sama sekali BUKAN menyindir, menghina, atau apa sahaja tindakan negatif mengenai perlakuan menyusukan anak, tapi menegur sikap orang tersebut yang seolah sengaja 'menampakkan aset'nya kepada orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan itu. Bukankah itu kurang manis?.

Moral dari aduan / paparan itu ialah menyusukan anak walau di mana sahaja bukan suatu perbuatan tak bermoral malah ianya suatu perbuatan mulia. Tapi seeloknya biarlah dilakukan dalam keadaan yang agak terlindung. Kalau pun terpaksa di kawasan ada orang lain, eloknya tutuplah dengan baju atau kain tudung atau seumpamanya agar tidak mengganggu penglihatan orang lain. Itu lebih sopan bukan?. Maklumlah moden macam mana pun kita tetap orang timur.

Mengenai reaksi wajah host yang dikatakan seolah geli atau beraksi jengkel terhadap aduan / laporan itu, reaksi itu sebenarnya tidak ujud. Apa yang terpapar dari reaksi wajah spontan Sya & Ikhwan bila mendengar laporan menerusi panggilan telefon dari Rock Kiah ketika itu ialah reaksi mereka juga kurang bersetuju dan terasa malu dengan perlakuan kurang manis itu. Sekali lagi diingatkan, bukan kurang setuju perbuatan orang itu menyusukan bayinya (breast feeding) tapi kurang setuju bila dia seolah sengaja mendedahkan asetnya sampaikan boleh terlihat oleh si pengadu. Memanglah si pengadu itu juga perempuan, tapi bukankah lebih elok atau manis jika berlindung dari penglihatan walau oleh kaum sejenis?.

Kekeliruan berlaku bila paparan yang membawa mesej 'jangan menyusukan anak sampaikan terdedah aset kepada orang ramai', telah disalah tafsirkan sebagai 'jangan menyusukan anak (breast feeding) kerana perbuatan itu seolah jijik' atau seumpamanya. Kekeliruan ini jadi tambah hangat bila dipaparkan di sini lalu disambut oleh beberapa pihak lain yang sebenarnya tidak menonton, tidak tahu terperinci, cuma tahu samaada dari mulut ke mulut atau cuma menerusi membaca komen ini di sini lalu terus turut bersuara. Sudah tentu ini mengundang kekalutan bukan?. Kekalutan inilah yang perlu kita jernihkan semula.

Jika diteliti semula pada tiap bait ayat oleh samaada Kak Rock Kiah, Ikhwan atau pun Sya ketika paparan itu, langsung tidak ada walau sebaris ayat atau perkataan yang berunsur penghinaan pada breast feeding atau seumpamanya, malah laporan itu disudahi dengan nasihat / teguran supaya perkara 'mendedahkan aset' ini tidak berlaku lagi atau dilakukan oleh orang lain. Tak salahkan kalau kita saling menegur atau mengingati?.

Sebagai penerbit Galaksi utk tahun 2011, 2012 dan seterusnya 2013, saya mahukan Galaksi muncul sebagai sebuah program yang walau sensasi (untuk kepentingan 'rating' program serta memenuhi citarasa penonton) tapi sentiasa menyalurkan teguran & pandangan baik secara tidak langsung, malah sentiasa memberi ruang dan peluang pada kalangan penggiat seni utk meluahkan apa yang kurang selesa dalam karier mereka & persada seni tempatan. Semua ini dilakukan dalam keadaan yang tidak begitu ketara, cuma boleh disedari bagi mereka yang benar teliti sahaja. Itulah apa di sebalik kesensasian Galaksi.

Mengenai saranan satu pihak agar kami meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini, saya pula merasakan jika sekiranya benar berlaku kami menghina penyusuan bayi (seperti yang dikatakan), atau ada ayat atau perkataan atau perlakuan dari kami yang sahih ke arah itu umpamanya, memang sudah sewajarnyalah kami memohon maaf secara terbuka. Kami sedia berbuat demikian jika benar ini berlaku. Tapi hakikatnya kami langsung tiada nawaitu atau niat ke arah itu, langsung tidak menghina (seperti yg dikatakan), tidak mengejek atau menyebut ayat atau perkataan atau membuat sebarang perlakuan yang menggambarkan demikian. Apa yang berlaku cuma salah tafsiran atau salah persepsi satu pihak terhadap apa yang dia fahami mengikut pemikiran dia.

Apa pun, saya tetap merasakan bersalaman untuk merapatkan silaturahim sesama kita adalah sesuatu yang baik. Semoga kekliruan atau kesilapan tafsiran ini tidak berulang demi kebaikan kita bersama.

Terima kasih kerana menonton dan memberikan maklumbalas kepada Galaksi. Jadikan Galaksi sebuah program infotaimen tempatan yang walau sensasi & kontroversi tapi menjana persada seni kita.

Yang ikhlas :
NAS AHMAD
Penerbit / Wartawan Galaksi.
---------------------------------------------------------
 

Musim Lempeng Durian Katanya!!

lempeng durian atau nama up to date nyer CREPE durian.......sekarang kan org tengh mengila crepe durian...crepe durian...... mhl harganya 5 cinonet tu jer dah RM 10.00 ....tapi bila difikirkan boleh jadi mhl coz barang2 dia mhl jugak especially durian n whiping cream tu..........buat dia senang tapi leceh*cam ner tu hahaha 

 yang pasti benda wajib yang ader harus lah durian...
dah nama crepe durian..haruslah ader durian 

FIRST TRIAL ok lah......80% ok cuma durian sikit sgt coz zareef dah sapu hbs durian..selamat sempt sorokkan sikit huhuhu......

resepi aku curi dari : MASAM MANIS 

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

agak comot coz aku tiada seni punya orang...sekadar ingin merasa sajer......bungkus cam ner pun tetap rasa durian hahah

seee the filling... aku guna whiping cream coz tu jer yg ader kat umh hahahahah

p/S: tapi aku yakin n pasti satu hal disini.......bahawa DURIAN LEBIH ENAK DIMAKAN BEGITU SAHAJA!!NOKTAH........


Tuesday, November 6, 2012

Ah!caner Nak buat tu?

AH........Caner nak buat tu? 

Tulis semua kecik2.......

ader 10 page  including depan belakang....

due date dah dekat dah?

mood: sgt mls nak buat...buka n baca jer dah mengantuk

Dear Lec......kami amik degree jer (PJJ lak tu) bukan amik master.....hahah

bahasa power......baca tak fhm2......cam ner nak buat tu!

INTERNATIONAL BUSINESS sgt lah....

arghhhhhhhh...........arghhhhhhh

Monday, November 5, 2012

PePlum vs Pelam

santik kan baju nie?

 yar yar yar yar 

sekrg memg tengah musim baju2 cam nie

 kembali ke zaman2 kegemilangan MAK aku dulo2......... 

time MAK vogue the vase dulu.pinggang ala2 23-26 

bontot tonggek 145 darjah..........yehaa mengiurkan sungguh.....

skrg sudah kembali ke zaman tu 

PEPLUM/SALOMA DRESS

memg santik........santik bg org yg kurus n tinggi?

cam aku?tak confident lagi nak pakai hahahhaa.......tahu2 jerlah badan mak nie buka cam dulo2 dah lari size dah semuanyer hahahaa..........*nak berdiet tapi mulut kunyah jer ......

 kalo badan mcm aku,  "pelam/plum" mimpi lah nak pakai .... !! hahah<( ̄︶ ̄)> []~( ̄▽ ̄)~

banyk sgt HANDLE2 / SPARE TAYAR kat badan2 nie hahah