Wednesday, November 7, 2012

NURSING AT PUBLIC KIM VS GALAKSI

aku rasa ramai yg sedia maklum galaksi episod lepas episod 42 minit ker 20 kalo lihat dari tonton........*maaf aku tak tgk cerita tu sebb pada aku GELAK TAWA KIAH MENYERAM KAN AKU SGT2...........KURANG CIRI KETIMURAN SEBAGAI SEORANG WANITA .....(mls nak coment lebih disitu) isu dlm galaksi lepas memperlekehkan seorang artis NIP(nursing at public) hingga menampakkan asetnya........ nie jujur aku katakan 

TAK KAN ADER IBU/MAMA/MUMMY/BONDA/UMI or etc yang sengaja menayanagkan aset ketika menyusu............ini dikatakan mentality masyarakat malaysia masih rendah mengenai kebaikan susu ibu....i'm the one who support BF of course.....bukan nak angkuh aku riak seperti yg ramai org perkatakan.......bukan jugak tak mampu membeli susu formula...namun aku sedar kebesaran susu ibu yg dikurniakan dari sejak azali lagi....... 

dari GALAKSI ker MIX  ke BLOGGER.......semuanyer (-) negatif minded pasal NIP....

 Give “Breast” To Your Child  
There is no freedom of choice for humans if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice, but an obligation to the choice,
Give your child the freedom of choice

ini jujur mentality masyarakat dimalaysia skrg.....

ekoran dari itu...salah seorang ahli KIM yang mewakili seramai 32K lantang mengutarakan pendapat/komen bernas ke LAMAN RASMI GALAKSI.....tahniah!!



mudah bukan dunia skrg........... komen hingga mendapt hit sebanyk 1434 like and comment sebanyk 236 komen yang menyokong pernyataan di atas...........*GEGAR GALAKSI SEKETIKA HINGGA MENG"HIDE" KAN POST INI...........hits like hampir sama dengan like ke page galaksi

 namun jawapan dari ABG NAS (penerbit GALAKSI) masih kurang memuaskan hati semua pihak......terlajak perahu boleh diundur....terlajak kata buruk padahnyer.........

nie lah jawapan dia..................*mcm tak memenuhi soalan yg di taya kan?

 ----------------------------------------------
Salam semua.

Terima kasih atas maklumbalas anda terhadap Galaksi siaran Jumaat 2hb Nov '12 lepas. Setelah saya meneliti komen tersebut serta mengkaji secara terperinci kandungan siaran tersebut, saya dapati berlaku sedikit salah persepsi dari satu pihak terhadap laporan berkaitan penyusuan anak oleh seorang artis berkenaan (demi utk menjaga aib artis berkenaan tak perlulah kami sebut nama beliau).

Untuk maklumat semua, kami menerima satu aduan dari seorang orang awam yang mengadu kepada kami melahirkan rasa kesal dengan sikap seorang artis yang sedang menyusukan anaknya 'sehingga menampakkan asetnya'. Aduan itu disampaikan kepada co-host Galaksi iaitu Rock Kiah Propa, lalu Rock Kiah melaporkan menerusi panggilan telefon kepada host Galaksi iaitu Ikhwan & wartawan Sya di studio ketika itu.

Perlu difahami bahawa laporan tersebut sama sekali BUKAN menyindir, menghina, atau apa sahaja tindakan negatif mengenai perlakuan menyusukan anak, tapi menegur sikap orang tersebut yang seolah sengaja 'menampakkan aset'nya kepada orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan itu. Bukankah itu kurang manis?.

Moral dari aduan / paparan itu ialah menyusukan anak walau di mana sahaja bukan suatu perbuatan tak bermoral malah ianya suatu perbuatan mulia. Tapi seeloknya biarlah dilakukan dalam keadaan yang agak terlindung. Kalau pun terpaksa di kawasan ada orang lain, eloknya tutuplah dengan baju atau kain tudung atau seumpamanya agar tidak mengganggu penglihatan orang lain. Itu lebih sopan bukan?. Maklumlah moden macam mana pun kita tetap orang timur.

Mengenai reaksi wajah host yang dikatakan seolah geli atau beraksi jengkel terhadap aduan / laporan itu, reaksi itu sebenarnya tidak ujud. Apa yang terpapar dari reaksi wajah spontan Sya & Ikhwan bila mendengar laporan menerusi panggilan telefon dari Rock Kiah ketika itu ialah reaksi mereka juga kurang bersetuju dan terasa malu dengan perlakuan kurang manis itu. Sekali lagi diingatkan, bukan kurang setuju perbuatan orang itu menyusukan bayinya (breast feeding) tapi kurang setuju bila dia seolah sengaja mendedahkan asetnya sampaikan boleh terlihat oleh si pengadu. Memanglah si pengadu itu juga perempuan, tapi bukankah lebih elok atau manis jika berlindung dari penglihatan walau oleh kaum sejenis?.

Kekeliruan berlaku bila paparan yang membawa mesej 'jangan menyusukan anak sampaikan terdedah aset kepada orang ramai', telah disalah tafsirkan sebagai 'jangan menyusukan anak (breast feeding) kerana perbuatan itu seolah jijik' atau seumpamanya. Kekeliruan ini jadi tambah hangat bila dipaparkan di sini lalu disambut oleh beberapa pihak lain yang sebenarnya tidak menonton, tidak tahu terperinci, cuma tahu samaada dari mulut ke mulut atau cuma menerusi membaca komen ini di sini lalu terus turut bersuara. Sudah tentu ini mengundang kekalutan bukan?. Kekalutan inilah yang perlu kita jernihkan semula.

Jika diteliti semula pada tiap bait ayat oleh samaada Kak Rock Kiah, Ikhwan atau pun Sya ketika paparan itu, langsung tidak ada walau sebaris ayat atau perkataan yang berunsur penghinaan pada breast feeding atau seumpamanya, malah laporan itu disudahi dengan nasihat / teguran supaya perkara 'mendedahkan aset' ini tidak berlaku lagi atau dilakukan oleh orang lain. Tak salahkan kalau kita saling menegur atau mengingati?.

Sebagai penerbit Galaksi utk tahun 2011, 2012 dan seterusnya 2013, saya mahukan Galaksi muncul sebagai sebuah program yang walau sensasi (untuk kepentingan 'rating' program serta memenuhi citarasa penonton) tapi sentiasa menyalurkan teguran & pandangan baik secara tidak langsung, malah sentiasa memberi ruang dan peluang pada kalangan penggiat seni utk meluahkan apa yang kurang selesa dalam karier mereka & persada seni tempatan. Semua ini dilakukan dalam keadaan yang tidak begitu ketara, cuma boleh disedari bagi mereka yang benar teliti sahaja. Itulah apa di sebalik kesensasian Galaksi.

Mengenai saranan satu pihak agar kami meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini, saya pula merasakan jika sekiranya benar berlaku kami menghina penyusuan bayi (seperti yang dikatakan), atau ada ayat atau perkataan atau perlakuan dari kami yang sahih ke arah itu umpamanya, memang sudah sewajarnyalah kami memohon maaf secara terbuka. Kami sedia berbuat demikian jika benar ini berlaku. Tapi hakikatnya kami langsung tiada nawaitu atau niat ke arah itu, langsung tidak menghina (seperti yg dikatakan), tidak mengejek atau menyebut ayat atau perkataan atau membuat sebarang perlakuan yang menggambarkan demikian. Apa yang berlaku cuma salah tafsiran atau salah persepsi satu pihak terhadap apa yang dia fahami mengikut pemikiran dia.

Apa pun, saya tetap merasakan bersalaman untuk merapatkan silaturahim sesama kita adalah sesuatu yang baik. Semoga kekliruan atau kesilapan tafsiran ini tidak berulang demi kebaikan kita bersama.

Terima kasih kerana menonton dan memberikan maklumbalas kepada Galaksi. Jadikan Galaksi sebuah program infotaimen tempatan yang walau sensasi & kontroversi tapi menjana persada seni kita.

Yang ikhlas :
NAS AHMAD
Penerbit / Wartawan Galaksi.
---------------------------------------------------------
 

1 comments:

-Sara- said...

im a full bf mummy too! mmg mentaliti rendah betol dorg ni!

Post a Comment