Friday, March 22, 2013

JJCM: Warung Bunian

ok let begin the story......

disebbkan semua kwn2 aku kaki mkn...pantang org ckp tempat makn sedp.dan dan nak pg......heheh disebbkan hari nie rehat panjang.........*mau tak panjang 12.15 cmp 2.45........*tido pun sempat mimpi sampai paris tau hahah...........

actually aku tgk akak nie post tempt mkn.....siyus warung dia mcm buruk giler kot......setakat level 2 star gitu......saper yg biasa makan kat 5 star tu...maaf lah tempt nie rasanyer kurang sesuai tok anda hahah.........(boleh cam tu)


LOKASI: WARUNG BUNIAN


pilihan JJCM memg terbaik.............hahahah ........

cara nak pg dia senang jer.......kalo tahu jalan nak ke desa pinggiran or coffee village tu...korang dah dekat lah tu.... kalo korang nampk coffee village belah kanan ok lah tu...tahniah anda di jalan yang benar haha........terus ke depan ala2 jalan kampung slow2 sikit jer......korang akan nampk padang futsal belah kiri ....pastu ader simpang depan tu masuk kiri...lebih kurang 100 meter nampk lah kedai tu.......(agak mencabar sikit jalan masuk kedai tu....mcm tresure hunt...maklumlah nama pun dah horror kan BUNIAN......hahah ) 

nampk tak kedai tu........nak turun curam nak naik SERAM hahaha........
 menu dia berbeza setiap hari.........*tukang masak yang akan tentukan menu aper setiap hari.......harga average dalam RM 13 hingga RM 14 seorang........termasuk air (kordial yer........* tak pyh demand nak air buah hahah) .........siyus makanan dia terasa mcm masak kat umh....n puas mkn.....siap meratah2 lah......


utk menu hari : GULAI UDANG GALAH, SAMBAL AYAM, IKAN BAKAR

gulai udang .......galah sederhana.....hahah

ikan bakar.......sorang dpt seekor....


sambal ayam..... atau aku panggil ayam goreng tuang sambal cili api hahah

sesiapa nak pg SILA BOOK dulu yer......takut karang penuh kempunan lak nak mkn heheh...........

-------------

sila lah tgk makanan yer........tak lupa jugak di akhiri dengan kwn2 aku yg kuat makan......!!!
***
***
***
***
***
***
***
santik & hensem kawan-kwan aku ....terutama yang tudung merah tu hahahha..
p/s: esok nak paksa rela laki aku pg bfst kat sini lak.........katanya roti canai n nasi lemak dirog terbaik......!!!makan selagi boleh ........GEMUK ITU INDAH.....hahah

Tuesday, March 19, 2013

Ini Ker Dinamakan Mengidam?

mengidam atau teringin selalu dikaitkan dengan ibu mengandung....haruslah bila reason mengandung jer comfom lah dpt makan apa yang dihajati. aku bukan jenis yg selalu mengidam. dan aku bukan jenis yg mengidam yg meminta2 ....sebb aku tak biasa dengan perkataan minta....selagi aku rasa aku boleh buat or dapatkan sendiri aku akan cuba dapatkan...... (mak aku yg ajar) melainkan bila dah betul2 aku tak boleh dapatkan aku akan mintak bantuan org lain........

sepanjang aku mengandung dari anak pertama hingga lah nak masuk anak ketiga (insyallah bulan 9) nielah kali pertamanyer samapi aku termimpi-mimpi nak makn benda ala nie.....dari hari jumaat.....sampai lah ke isnin baru tekak aku rasa puas.......heheh ini rupanya rasa nikmat mengidam.....hahahah Jumaat sampai Ahad tak dpt makan coz agak bizi kat kampung .......tu yg berlarutan sampai ke isnin heheh nasib lah dpt jugak .....

untuk pertama kalinya aku mengidam 

****
***
****
***
****
***
***

KARI KEPALA IKAN




fresh from kuali hitam hahahah 

meh meh aku nak share resepi 

KARI KEPALA IKAN WITH LOVE


bahan asasnya

kepala ikan ( i letak isi sepotong n ekor)
kari ikan (i use babas)
4 bawang putih
5 bawang merah
10 tangkai cili kering
asam jawa/asam keping (secukup rasa)
daun kari setangkai
halba campur
rempah 3 serangkai ( kayu manis, bunga lawang, yg lagi satu lupa nama hehe)
daun kari
bendi/ terung (penghias jer )
garam secukup rasa...
minyak sebagai penumis
Air secukup nyer

cara-cara dia:-

1. Kisarkan cili kering, bawang putih 2 ulas, bawang merah 2 ulas. bawang selebihnya potong-potong.

2. panaskan kuali. masukkan minyak secukup mata memandang . tumiskan bawang potong, halba campr n rempah 3 serangkai . (tumis sehingga wangi). kemudian masukkan bahan2 yang dikisar. Tumis lagi sehingga naik minyak 

3. Bancuh kari bersama air sedikit. Selepas itu masukkan kari yg dibancuh dengan bahan tumisan tadi.....tumis sehingga naik minyak.....agak2 dah mcm wangi2 tu. masukkan daun kari (petua masukkan dengan tangkai2 sekali katanya menyedapkan lagi hahah ).....

4. kemudian masukkan ikan ... Tumis ala kadar.....kemudian masukkan air secukup mata memandang. Masukkan asam jawa, garam n perasa secukupnya. Biarkan seketika agak2 ikan dah nak masak masukkan bendi  atau terung... masak lagi sehingga ikan betul2 masak.... kemudian tutup api n siap di makan.

--------- rasa dia awesome----
jgn lupa baca bismillah n selawat yer sebelum masak heheh 

Friday, March 15, 2013

Rezeki Tekak ...Patchi Choc

such a wonderful friday.....

orang memberi kita merasa....

hari nie lebih seronok dari hari2 biasa....

coz rezeki tok hari nie.melimpah limpah....

alhamdulillah........syukur & terima kasih kepada yang memberi....

thats was so awesome !!! 


so rezeki pagi dimulakan dengan makanan melayu aka makanan rugi harian.....

PULUT KUNING WITH RENDANG AYAM

KARIPAP SARDIN SUPERBB

NASI TOMATO

--------------- kenyang sampai ke petang----------------

dan yang buat lagi awesome hye I GOT PATCHI CHOC TODAY......

secara jujurnya aku tak pernh merasa langsung coklat nie....coz i know choc nie just for VVIP OR VIP choc...kira high2 class choc lah nie....... org biasa mcm aku biasa mkn cadbury jer hahahah .........




----- taraaa----- u see how jakun i'm

nak mkn pun sayang......hahah 

--nikmat yg ader dikongsi bersama suami & anak-anak lagi awesome!!!---

Thursday, March 14, 2013

Doa dan Amalan Untuk Ibu Mengandung

Antara surah dan doa yang boleh di amalkan
(hopefully girl for this time)

Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).


Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran);
 supaya kamu bersyukur.

Surah Kursi


Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Surah Al-Araaf ayat 189


Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.


Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.



Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.



Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.



Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;


Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;


Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.



Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Monday, March 4, 2013

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU...



------------------------

Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..


Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..


Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..


Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..


-----------------------



**siyusly secara jujurnyer aku tetiba mengalir air mata......huhu tak dpt bayangkan kalo aku dpt sms tu ...sedih n sayu jer rasanya....


* tenang lah kamu dengan aman...sesungguhnya jasa kamu tak terbalas dengan wang ringgit


** Dear PM, hantar lah Jet2 pejuang dan Kapal Selam yg Engkau beli dengan harga juta2 ringgit......takutkan kamu dengan hanya 150 penceroboh......** sudah cukup banyak nyawa terkorban ....8 nyawa sudah terkorban tapi banyk hati yang TERASA .........!!

Friday, March 1, 2013

Al-Fatihah



Al-Fatihah buat Insp. Zulkifli..

Terkorban di Lahad Datu dalam misi mepertahankan negara..Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..Sedih melihat anak-anak beliau yg masih kecil..mari kita sama-sama sedekahkan Fatihah buat pejuang kita yg telah terkorban & mendoakan keamanan dan kejayaan buat para pejuang negara di Lahad Datu..Amin.

Al-Fatihah ..........


----------------

Ya Allah ku titipkan doa semoga semua sedara-sedara seislam ku selamat semua nyer.......sesungguhnya mereka mempunyai keluarga yg harus di tanggung dan masih ramai yang menanti kepulangan semua pejuang2 ........amin.......

Entah Kenapa......

Entah Kenapa

Hati aku tak der Kat sini....

Entah kenapa

Dari semalam fikiran dan hati aku tak tenang.

Barangkali aku terlalu rindukan dia


Entah Kenapa

aku terlalu rindukan Kampung

Barangkali disitulah aku mendapat ketenangan kerana sesungguhnya DI SITU TEMPAT KELAHIRAN KU



aku bertekad

Malam nie jugak Kampung-ku Tuju!!

Even Hanya dengan Anak-Anak!!Fullstop!!

Coret-Coret APC!





a big applause for myself...
 
 28 February 2013

APC for 2012 for 5 years service ....

Thank You Allah.........