Tuesday, March 19, 2013

Ini Ker Dinamakan Mengidam?

mengidam atau teringin selalu dikaitkan dengan ibu mengandung....haruslah bila reason mengandung jer comfom lah dpt makan apa yang dihajati. aku bukan jenis yg selalu mengidam. dan aku bukan jenis yg mengidam yg meminta2 ....sebb aku tak biasa dengan perkataan minta....selagi aku rasa aku boleh buat or dapatkan sendiri aku akan cuba dapatkan...... (mak aku yg ajar) melainkan bila dah betul2 aku tak boleh dapatkan aku akan mintak bantuan org lain........

sepanjang aku mengandung dari anak pertama hingga lah nak masuk anak ketiga (insyallah bulan 9) nielah kali pertamanyer samapi aku termimpi-mimpi nak makn benda ala nie.....dari hari jumaat.....sampai lah ke isnin baru tekak aku rasa puas.......heheh ini rupanya rasa nikmat mengidam.....hahahah Jumaat sampai Ahad tak dpt makan coz agak bizi kat kampung .......tu yg berlarutan sampai ke isnin heheh nasib lah dpt jugak .....

untuk pertama kalinya aku mengidam 

****
***
****
***
****
***
***

KARI KEPALA IKAN




fresh from kuali hitam hahahah 

meh meh aku nak share resepi 

KARI KEPALA IKAN WITH LOVE


bahan asasnya

kepala ikan ( i letak isi sepotong n ekor)
kari ikan (i use babas)
4 bawang putih
5 bawang merah
10 tangkai cili kering
asam jawa/asam keping (secukup rasa)
daun kari setangkai
halba campur
rempah 3 serangkai ( kayu manis, bunga lawang, yg lagi satu lupa nama hehe)
daun kari
bendi/ terung (penghias jer )
garam secukup rasa...
minyak sebagai penumis
Air secukup nyer

cara-cara dia:-

1. Kisarkan cili kering, bawang putih 2 ulas, bawang merah 2 ulas. bawang selebihnya potong-potong.

2. panaskan kuali. masukkan minyak secukup mata memandang . tumiskan bawang potong, halba campr n rempah 3 serangkai . (tumis sehingga wangi). kemudian masukkan bahan2 yang dikisar. Tumis lagi sehingga naik minyak 

3. Bancuh kari bersama air sedikit. Selepas itu masukkan kari yg dibancuh dengan bahan tumisan tadi.....tumis sehingga naik minyak.....agak2 dah mcm wangi2 tu. masukkan daun kari (petua masukkan dengan tangkai2 sekali katanya menyedapkan lagi hahah ).....

4. kemudian masukkan ikan ... Tumis ala kadar.....kemudian masukkan air secukup mata memandang. Masukkan asam jawa, garam n perasa secukupnya. Biarkan seketika agak2 ikan dah nak masak masukkan bendi  atau terung... masak lagi sehingga ikan betul2 masak.... kemudian tutup api n siap di makan.

--------- rasa dia awesome----
jgn lupa baca bismillah n selawat yer sebelum masak heheh 

1 comments:

adda syuhada said...

Assalamualaikum...
Nampak sedappppp...

Post a Comment