Monday, July 22, 2013

FAKE rupanya puisi Dayana tu hehee..........

Puisi keluhan isteri kononnya dari Dayana Lokman isteri Ashraf Muslim tu adalah FAKE.

NAUZUBILLAH!!!

Bukan tulisan si isteri. Tapi, orang lain.

So, pleaselah STOP SEBAR BERITA PALSU. (Subahat Sebat Fitnah Tu Tau)

Si isteri masih lagi menjaga tugas dia dengan baik menjaga maruah si suami.

Jangan kita pula mengambil tugas mencerai-beraikan rumahtangga orang dengan memberikan pandangan emosi dan komen bukan-bukan. Toksah kisahlah dia nak kahwin dua ke tiga ke empat ke. Rumahtangga mereka. Kekesalan dari pihak keluarga sebab tak maklumkan dah berkahwin tu pun boleh diselesaikan dalam keluarga mereka sendiri.

Kita buat peringatan pada diri sendiri sahaja dah. Jaga rumahtangga kita.
Si suami jika nak kahwin lagi, inform pada isteri dan keluarga. Isteri pula tidak boleh luah kesedihan pada tempat yang salah seperti di public, media massa, bukan keluarga dan sesuka hati. Rujuk pada wakil keluarga masing-masing, pegawai syariah, pejabat kadi dan akhirnya mahkamah syariah.

Janganlah kita sibuk nak menjadi peguambela dan pendakwaraya untuk kes rumahtangga mereka.

Tanyalah diri sendiri,

"Hei, sejak bila aku jadi wartawan or paparazi gosip rumahtangga orang?"

"Ini kan bulan Ramadhan, seronok tak mengumpat hal laki bini orang? Kritik isteri orang, kritik laki orang. Why tak kritik diri sendiri yang kurang iman?"

Kalau minat gosip2 artis sangat, buat blog, buat page. Senang dan pantas sikit menabung dosa. Penuh tabung, boleh masuk neraka.

NAUZUBILLAH.

Mari kembali ke trek asal.
Jalan lurus.
Ihdinassirootholmustaqim.

Sumber : Muhamamad Rusydi



0 comments:

Post a Comment