Tuesday, November 11, 2014

Natural Remedy : Chicken pop

chicken pop atau campak atau cacar air......
bila dia menjelma 
waduhhhhhhhhh.........tgk jer dah gatal lagi lah org yg merasa...
awal tahun aritu abang2 dia dua org tu yg kene.....
turn baby nie lewat pulak kene jangkitnya.....hai ya batch hujung tahun pulak hehehe...

disebbkan ader pengalaman lama tentang nak handle benda nie aku tak der lah kalut sgt....just follow the flow jer.....yg pasti aku kurang menggunakan ubat dari doc. nak2 calamine tu kalo selalu sapu keringkan kulit wow........ kalo virelesss (acidlovir) tu memg ok kalo nak sapu cepat kering n tak merebak sgt nak2 bila chicken pop tu pecah ....time tulah elok disapu vireleess tu.

cam biasalah ubat2 doc ubat demam, antivirus, virless, & calamine losyen

nampk tak penuh giler nie kat kaki....tu baru kaki belum badan hehehe.......


muka pun sedih jer...nie gambar masa hari pertama belum nak keluar sgt kat badan2 dia
I CHOOSE NATURAL REMEDY: DAUN SEMAMBU
daun nie jadi pelakon utama sepanjang minggu nie.......alhamdulilah aku punya jiran ader tanam pokok nie...so senang nak cari daun nie ...kalo tak mau kene panjat pokok dekat taman warisan putrajaya hahah..


petua pertama: tumbuk daun semambu dengan kunyit hidup........*rujuk gamba atas ...


sapukan kat seluruh badan nie.......biarkan rumh bersepah kerana taburan daun...biarkan tangan kuning2 akibat kunyit.......janji si baby selesa tak terasa gatal di badan......itu dah cukup hahahah

petua kedua : ikat daun atau tabur2 di kawasan tempat tidur


ikat daun cam nie.....pastu kitai2 kat kaki dia.......utk mengelakkan dia mengaru dengan sedap nyer hehehe..........boleh jugak di tabur2 di tempat tidur dia.......

petua ketiga: mandikan dengan air rebusan daun nie.atau just lumat2 dalam air....... tapi sekarang dah dikomersilkan ....senang pakai jer PINETRSOL *boleh dapt kat mana2 farmasi harga range RM 27 rgt hehe

nasib bby pandai cover kemaluan tau hahahahahhaha........nampka tak muka paksa rela tu


bau sabun nie sebiji macam daun semambu + kunyi bila dikisar

petua ke empat: AIR KELAPA

petua nie memg wajib tayang untuk mana2 yg kene chicken pop!

selamat lah mencuba yer!


Belaan Baru

Salam semua...
sekarang hidup aku dh kurang tenang dah 
nak bila berjalan jauh.....
terfikir2 belaan belaan aku tu....
makan ker tak.....hai ya...
*pening tau nak jalan lama2 skrg nie 

Belaan belaan yang menenangkan mata dan akal fikiran....
bila di pandang jer mood anda akan berapa diparas normal!

jangan lah fikir bukan2 belaan nie halal di bela....


tara.......ini lah belaan kami sekeluarga yg baru....
selain diamanah kan menjaga 3 orang bujang saya.....*tak termasuk papa dia...
papa dia pandai2 lah jaga diri hahahahah

belaan ini lah yg aku maksud kan........
sgt tenang bila memandangnya....
beli full set dekat kedai ikan bangi sebelah warta bangi.....
hehehehe........

Wednesday, November 5, 2014

10 tips kebahagian anak!



Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

 3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

 4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

 5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

 6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

 8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

 9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

BEDAK 3 IN 1 : CHRISZEN HARGA RUNTUH

BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’
Tidak perlu lagi menggunakan camera 360 mahupun 365 ....! jom sama2 cantik dengan BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’

KOD 1 : CERAH (MERAH JAMBU CERAH)
KOD 2 : NATURAL (MERAH JAMBU)
KOD 3 : KUNING LANGSAT

13 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKI
‘CHRISZEN MOIST CAKE’

 
✔ Wajah lebih licin, gebu , glowing & cerah semulajadi.
✔ Jimat masa - tak sampai 3 minit wajah tampil berseri2.
✔ Sesuai utk ibu2 yg sibuk & bekerjaya kerana sangat senang disapu dan mudah untuk diratakan ke seluruh wajah.
✔ Menutupi bintik2 hitam & ton kulit yg tak sekata. Dapat menutupi parut, serta lingkaran hitam sekeliling mata.
✔ Mengecilkan pori2 yg terbuka dan Noncomodogenic – tidak menyumbat pori-pori.
✔ Anti aging - melambatkan proses penuaan kulit..kelihatan jauh lebih muda dr usia sebenar.
✔ Perlindungan sinar matahari – spf 50++, kulit yg lemah akibat terdedah pd cahaya matahari akan menyebabkan kulit anda cepat berkedut, berjeragat & kusam.
✔ Tidak berminyak & sesuai untuk semua jenis kulit (normal, kering & berminyak). Warnanya dicipta untuk orang Asia serta tekstur yg ringan sesuai untuk cuaca panas/tropika.
✔ Nampak sangat natural tak seperti memakai mekap tebal, tidak “comot & bercapuk2”.
✔ Sapuan sedikit sudah memberi hasil maksima seperti dimekap oleh jurusolek professional!
✔ Tahan lama sehingga 10 -12 jam.
✔ Mudah di bawa ke mana shj.
✔ Yang penting MURAH, JIMAT & SENANG utk digunakan.

.TAK PERLU PM HARGA KASIH SYG PLUS HARGA RUNTUH DAH NIE....

   

RM 45.00 (BEDAK + AMPOULE).


 
CARA PEMAKAIAN!!

Tuesday, October 28, 2014

Kehilangan yang di Rindui


bila sebut kematian
pasti ada hati-hati yang merindui kesemua tentang dia

ada sahaja ingatan, kenangan yg muncul secara tiba-tiba
bersedia atau tidak kematian pasti akan menjemput
oleh itu bersedialah untuk kematian hari nie mungkin kita masih diberikan nafas
tetapi esok dan kemudian semua ketentu-Nya.

oleh itu bersedia lah kerana setiap hari kemungkinan untuk dijemput 
Hati-hati yang masih berdarah merindui hati yang kian tenang 
dan kian dimamah tanah......kerana dari tanah kita datang kepada tanah juga
kita kembali...

kematian yg meruntuhkan jiwa, dan melorek hati ku ialah bila ayah ku dijemput oleh- Nya
Ketika aku sedang bersuka ria dengan kehidupan yang hitam.
Abah.......adik sgt sgt merindui abah dan sehingga kini Abah tetap di hati tanpa noktah.
Alfatihah abah ( 2005)
Haji Jamal bin Kasiman
--------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2009
Allah maha adil....dia memberikan aku penganti Abah iaitu Ayah Mertuaku.....gurauwan dia....sama sehinggakan adakalanya aku lupa batas2 antara Aku dan Ayah mertua kerana anggapan aku dia seperti Abah aku sendiri ...

Allah meminjamkan Abah....
Selama 5 tahun aku mengenali abah ini dari usia perkahwinan ku hinggalah dia Jemput juga pada  ogos 2014- Al Fatihah
Saad bin Mat

27.10.2014 
Genap Hari Lahir Almarhum Ayahandaku.. Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku...Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikkannya, hapuskanlah kesalahannya, dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

Amin Ya Rabbal Alamin
dua lelaki terhebat yang pernah muncul dalam diari kamus hidupku 
semoga tenang dan diberikan syurga tertinggi abah-abahku!

Kampung Sgt : Asam Pedas Batang keladi

Salam again.......

Heloo hari nie mood aku nak cerita pasal masakkan jer....hahahah dunia nie penuh dengan makanan yang sangat meronta jiwa dan raga tu....sehinggakan pertambahan size M ke L ke XL hahahah aku persetankan itu semua kerana aku bahagia dengan aper jua size ku! yang penting aku tetap aku sehingga ke hujung nya........

nampk tak dah melalut sangat dah tu........hari nei aq selaku anak kampung yg begitu bangga dengan kekampungan aku kerana org kampung jer yg reti makan makanan yg rare aka pelik *janji di membahayakan nyawa..........
 
pokok keladi *kot2 sape tak pernh tgk heheheha


batang keladi yg siap disiang 
 Peringatan sila siang batang keladi dengan bersih sebersih bersihnya....untuk mengelakkan gatal ditekak ........karang payah nak garu kalo gatal kat tekak hahaha....

hebatkan org kampung......dari pokok, buah, batang dan daun ader jer kegunaan dia! *sangat salute dengan orang dulu yg mengola makanan2 sehingga boleh di makan.

yar yar yar .....nie lah asam pedas air tangan n kaki ku!! tgk dah owesome rasa...sumpah sedap ok hahahah *nampk tak miang sgt puji masakan sendiri hahahaha
Resepi Asam Pedas Batang Keladi Wer Wer

bahan A

4 ekor Ikan *aku guna ikan kembung (boleh ganti ikan merah, ikan kerisi dan ikan yg anda suka)
Asam keping
Daun kesum
2 batang serai
minyak masak
Batang keladi *yg siap disiang 
garam, gula dan perasa
Air

Bahan B
 
20 tangkai cili kering
5 ulas bawah besar
5 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3cm belacan 
(bahang-bahan kisar)
cara- cara : -

1- Panaskan minyak secukupnya. Masukkan serai yang dititk.....goreng seketika. Masukkan bahan B yang siap dikisar. tumis sehingga naik minyak dan bau......

2- dikuali sebelah..masukkan minyak sedikit sahaja *goreng kan batang keladi tu.....sehingga layu (goreng ini utk mengelakan gatal batang keladi tu) ader setengah orang rebus dulu.......dan ader yg terus masukkan jer.......tapi nie aku ikut petua mak den....goreng dulu batang keladi tu.

3- setelah naik minyak bahan2 tumis. Masukkan air secukupnya (ikut kepada selera kepekatan asam pedas tu ). Masukkan daun kesum, asam keping, garam, gula & perasa secukupnya. Biarkan mendidih seketika....masukkan ikan dan batang keladi yang siap di goreng.

4- biarkan mendidih seketika. siap untuk di makan

Jawa Sgt : Ayam Kampung Ungkep

salam selasa semua......
hari nie mak mak nak story pasal makanan pulak....maklumlah blog ibu beranak 3 nie memg cam nie.....tu tak tgk IG lagi.....penuh pasal makanan jer.........hahaha

hari nie mak nak kongsi resepi ayam masa ungkep!jawa sgt ok..
i memg keturunan jawa tulen coz mak ayah memg org jawa (johor kan banyak jawa) 
i do love my jawanes!

resepi :
A
1 ekor ayam kampung *ayam bandar pun boleh (potong ikut suka)
2 batang serai
secawan santan pekat 
 asam keping 
Minyak masak
*garam, gula, perasa *secukupnya
Air

B
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15-20 cili api (bergantung kepada kepedasan anda)
3cm halia
3cm kunyit hidup
ketumbar
jintan manis
 
(kisar semua bahan-bahan B)


bahan-bahan kisar

Cara masak :-
 
1- panaskan sedikit minyak. masukkan serai yg dititik kan.....tumis seketika........ bila dah wangi sikit .masukkan bahan2 B.....tumis sehingga naik bau, warna dan rasa.
 
2- lepas bahan2 tumiskan dah naik minyak masukkan ayam yg sudah di potong2 (selalunya ayam kampung memerlukan masa yang lama untuk melembutkan dia.......  Masukkan air. rebus sehingga lembut. (kalo guna ayam bandar tak perlu direbus dengan air banyk agak2 air dia janji ayam tu masak)

3- bila dah agak2 nak kering....masukkan  1atau 2 asam keping, 1 cawan santan, garam, gula & perasa secukupnya. biarkan sehingga kering (seperti rendang).

4- siap untuk dimakan! *dan rasanya sgt sgt nyumiees........nak2 bila digabungkan dengan lauk2 utk nasi ambeng!

*cth masak ungkep........masa aku nak snap tu tak terfikir sebb terus jer makan tanpa pandag kiri kanan!! so gamba nie ehsan pak google

ehsan pak google! (rasa nie guna ayam bandar nie kalo ayam kampung lain sikit betul dia)


Monday, October 27, 2014

Bila YB melawat kawasan

salam semua....
rasanya lama giler aku tak jenguk sini......terlampau besar M tu rasanya
pagi keje....petang keje..malam pun keje hahahaha

berbalik pada tajuk asal yg kekonon aku nak cerita padahal tak der cerita pun!
heheh korang layan gambar jerlah......
 
*nampk tak bila blur tetiba nak tulis tu.......tapi sibuk nak tulis jugak so nie lah jadinya.........haha
 

nie lah mak den...semoga diberikan kesihatan dan senyuman berpanjangan di wajahnyer.........
 hebat mak den cucu beli fair lady........hutong lah hehehe.......

Monday, September 29, 2014

I'm not racist............Benar itu Pahit.

 ----------------
dengan kos sara hidup yg meruncing sekarang nie.......ke mana lah hala tuju kaum kiter sendiri sekarang nie......takut bila fikir........semoga semuanya baik-baik sahaja
------------------------

Copy & Paste.....

Ni msg frm my neighbourhood grp (Teknik syarikat developer cina manipulasi harga rumah diskaun unit Melayu Bumiputera.

1.Went to i Property Fair @ Subang Parade today. Interested with with one development overseeing the sea @ Tanjung Puteri developed by one chinese owned developer. They offer Bumi discount for bumi unit @ 15% and for non bumi discount @ 6%. Bunyi interesting tapi see the catch. Utk bumi discount, bumi buyer kena bayar 10% deposit upon signing SPA and bayr sendiri all cost (SPA legal fee, MOT stamp duty, Loan legal fee, Loan stamp duty etc) which sy calculate total to about $42k. Utk non bumi, buyer cuma perlu bayar 4% upon signing SPA and all cost absorb by the developer (i.e. the $42k cost will be absorbed by the developer). The unit is priced slightly above $1m for a unit sized approx. 700 sq ft.

2.They don't expect I do my own calculation... i.e. utk bumi to buy bumi unit, the entry cost would be 10% of the Bumi price (after discounted 15%) i.e. dalam $90k. Campur dgn kos2 yg developer tak cover dlm $42k, total entry cost for bumi to buy this development is about $135k.

3.Banding dgn non bumi, tjeir entry cost is just 4% of purchase price, i.e. approximate dlm $45k sahaja. All other cost absorbed by the developer.

4.Kalau dikira beza discount antara bumi price (15% discount) dgn non bumi price (6% discount) is around $104k. Tapi kalau bumi has to pay own cost & non bumicost absorbed, tu bermakna non bumi will enjoy additional benefit of $42k. Bermakna walau harga bumi murah by $104k, the real diffrence is only about $60k je. Utk discount sebanyak $60k, bumi buyer will have to pay aboun $135k sedangkan non bumi only have to pay dlm $45k sahaja.

5.Then this developer will apply to uplift bumi quota... alasan bumi unit takde buyer. Mcmana nak ada buyer kalau entry cost 3 kali lebih tinggi dari non bumi.

6.They look like they offer benefit to bumi, follow NEP, but in reality, they bypass it and make it less competitive for bumi to buy. Also bear in mind bumi unit usually less appreciate compared to non bumi unit.

7.Free2 jer dorang kene free lecture dari saya pasal entry cost, how to calculate costing, NEP, economy, current social and political scenario in Malaysia, etc. Told them to bring the matter up to their higher management before I bring it up to higher attention.

8.You know what they replied "Every chinese developer companies are doing this just to make sure every Melayu Bumiputera wont have any new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"

9.Please please please share and kongsi this article so it will spread among the Malays for the sake of our future.

this is true case jadi kat kawan kerjaya lawyer.

Tuesday, September 23, 2014

Chewyyy Potato

salam semua!!!

ok malam tadi aku macam terlebih rajin n terover eksited nak buat chewy potato tu...musim katanya share2 dekat FB..let take a look.........

Bahan2 dia:

resepi asal : Kak chaq

BAHAN-BAHAN :
5 biji KENTANG (saiz sederhana)
1 1/2 cawan TEPUNG GANDUM
(ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit GARAM
LADA PUTIH secukupnya
1/2 KEJU CHEDDAR (dipotong kecil-kecil)
SERBUK ROTI
2 biji TELUR


CARA-CARANYA :
1. Rebus kentang bersama garam. Garam tu agak-agak je. Jangan banyak sangat, kang termasin sangat. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Ketepikan. Tapi lepas ni, aku rasa lebih baik goreng kentang tu daripada rebus, sebab kentang tuu lembik sangat bila direbus. hukhuk
2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum. Jangan terlebih letak tepung gandum, nanti terkenyal dah jadi macam cucur ikan bilis aka jemput-jemput. Tu yang berlaku kat aku, terlebih letak tepung. kihkih agak-agak je tepung tuu.
3. Masukkan bersama lada putih sebab tak ada lada sula. hehee Gaulkan hingga sebati.
4. Bentukkan adunan kentang--tepung gandum--lada putih tadi menjagi bebola kecil.
5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi. Caranya lebih kurang macam buat kuih buah melaka tuu.
6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti. Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul. Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti. |serbuk roti--> telur --> serbuk roti |
7. Sedia untuk digoreng.


nampk tak nie bahan2 yg aku guna.........terover rajin ....buat dia senang jer tapi remeh......sebb kene bulat kecik2..pastu masukkan cheese.......celup telur.....letak bread crumbs hahahaha........tepung tu aku rasa tak payah letak 1 1/2 cawan....agak2 jer....asal kentang tak melekat kat tangan ok dah tu......karang terlebih tepung jadi cekodok pulak.............

tapi rasa dia!!!

sedap giler......nampk tak puji makan sendiri


 so ini lah hasilnya...........cheese meleleh keluar......heheheheh ................so korang pun boleh lah mencuba !!!

Friday, September 19, 2014

Nada tu.........!


sekarang baru terfikir ..aper aku yang aku fikirkan dari semalam lagi.....
tetiba teringat nak menulis kat sini.....kekadang aku susah nak share dengan org lain...so blog nie lah jadi diari aku.....

sekarang aku nak pertikaikan tentang NADA....bukan NADA CINTA...bukan jugak NADA NAD NAD NADI......ok nampk tak dah melalut...

aku seorang yg sangat simple n tak suka benda yg tak rumit dirumitkan.....pantang aku satu benda yg aku tak buat tapi kene tuduh buat .....aku berangin seluruh anggota aku yg gebu nie........pada aku nak bertaya boleh tapi biar kene dengan caranya....

BERTANYA * NADA BIASA

 

DENGAN 

BERTANYA *NADA MARAH 

 


motif asal hanya lah ingin bertanya ,kedua2 tujuan dia sama........BERTANYA ......tapi dengan penggunaan nada atau intonasi suara yang berbeza bertaya itu boleh menyebabkan sakit hati dan makan hati dan menyebabkan pengaduhan (peninggian suara)...

dengan cara orang tu bertanya pun kiter dah tahu ...nada bertanya apa yang ditayakan kepada kiter (samada nada yang tenang atau nada yang dipengaruhi emosi)........benda simple jer kot....tanya elok2 tak boleh ker......harta bukan bawak mati pun.....tanya biasa2 sudah........(tu kalo aku lah)....

ini tanya  dengan marah lebih kurang.....tu baru tanya ..kalo marah tu memg betul2 marah lah......stress jugak aku aku kekadang....bila mals nak fikir aku diam jer......sebb diam nie boleh baikkan hati sendiri....karang aku ckp lebih2 lain pulak cerita dia.....so aku diam......

coz 

SILENT IS THE BEST MEDICINE


Nasi Tumpeng

Assalamualaikum semua!Salam Jumaat dan Salam Salam semua 

hari nie terover excited coz FRIDAY yaw......last day keje !!!pastu cutilah aper lagi..tapi tak berapa nak cuti sangat coz Ahad dah bermula operasi buka semester semula.....hahhaha 

nak cerita pasal nasi tumpang hari nie.....punyalah jakun aku masa first tgk benda alah nie...ku fikirkan aper........my first impression *aper hal bos aku bagi lemang kat aku pepagi buta nie......tapi bentuk lemang tu lain..........(nie ckp dlam hati jerlah)...pastu barulah aku tahu nama benda alah nie NASI TUMPENG .makanan rugi orang kelantan....... hahahah seumur aku 28 tahun nie ..tak pernah aku makan benda alah nie....punyalah jakun sampai gerun nak makan hahahahah.

nampk tak rupa dia aku sekali pandang mcm lemang atau ketupat nasi yg dibungkus guna daun pisang...bentuk dia unik dan kreatif sgt sgt dan sgt!
dapat2 nie jer aku letak tepi dulu....tak terasa nak makan lagi .sebb kepelikkan aku tak hbs lagi.........pelik dengan nama dia.......terfikir camnerkah rasa dia hahahah.........(nampak tak pemikiran aku hahah)


haaaaaaaaaaaaaaaaa.cam nie lah rupanyer nasi dia tu...now i realize why they call nasi tumpang coz hampir semua lauk tumpang dlm satu bekas...........

1- nasi (nasi dia lembik2 sikit seakan2 bubur pun ader)
2- ader serunding daging
3-ader  udang masak sambal
4- ayam seakan-akan masak kari
5- ikan seakan-akan masak kari

nampk tak ....semua lauk ader dlm corong yg kecik nie...........complete pakej....tapi semua dlm potion yg kecik2 lah.......ikan separuh , daging 2 ketul, ayam kecik.udang 2 ekor hahahh ......

n comment aku tentang rasa dia.......

'''
'''
'''
'''
'''
''''
AWESOME!!!

#sayabanggamenjadirakyatmalaysia
#kayadenganmakanan
#terimakasihYaAllah

Wednesday, September 17, 2014

Proud to be Johorean! Ini Johor Style lah


last week aku ader terbaca adalah mamat mana ntah...*nak cari pasal dengan orang johor lah tu.....?
salah org ok.....orang2 johor semua hebat2 belaka.....n tak payah nak jakun sgt lah..
 
setiap negeri or negara ader keunikan masing2...
masing-masing ader Fav food n Fav way to eat the Food.....
 
aku rasa org tu tak pernah cuba kot.....betapa feeellllllllnya makan goreng pisang dengan sambal kicap......boleh mengigau malam2 tahu tak.....
 
nikmat dia tu tak boleh nk cakap kene sendiri rasa
 
 
nampak tak keunikan sambal kicap tu......tu baru unik belum rasa lagi..
mahu sekali cuba pasnie berkali-kali...

buat dia senang jer.......semudah abc........ (bawang putih, cili api, gula *tumbuk sampai halu .....pastu tuang kicap) pergh sumpah sedap......

#iskkkkkktaipniepunsampaibolehterliurlah
#proudtobejohorean
#themostpowerfulremedy

JJCM: Mee Udang terbaik.




bila datang penyakit M nie mulalah 
blog bersawang
kain tak basuh
rumah tak sapu......
nampk tak besar betul M dia tu hahahha

ok back to the story ..meh nak cerita kisah Mee Udang.....kalah Mee Udang Mak Jah kat kuala sepetang hokey ...udang dia kau cam gini cam gini *nampk tangan aku buat thumps up hahahahah (tak nampk pendek umur lah tu hahahah)



ha tu dia......mee udang/ketam sempoiiiii di raja.........

memg raja sgt ok coz semua udang2 n ketam dia besar2......puas makan
sambil mengigit jari hingga ke tulang hahah
 

nie antara menu2 yg wajib tayang or wajib diorder!!
 




pergh nampk tak kurang berseni aku dalam mengambil gambar hahahah 
abaikan disitu hanya mahu di tayang adalah ketam...udang.......ketam lagi dan udang lagi ahhaa
 



masa nie aku pergi bawak akak n anak sedara aku jejalan cari makan sekitar perak.mana tak nyer dari kuala kangsar sampai lah ke ipoh..........tu pun sebb nak anta anak sedara aku masuk KUISAS, Kuala Kangsar........*sumpah sgt jauh..


 yang nie..........menu pilihan aku ........key tiau udang + ketam......amik kau nampk tak tembolok kat situ hahahaha................rasaa dia thumps up....manis yg datang tu manis dari udang n ketam!!!



nie pulak mee ketam......makanan yg lain tak sempat snap coz masing2 dah kelaparan hahahahah
price dia pun reasonable ok ok lah......rasa sedap..sedaplah jugak harga dia hahaha

#PAPAJOMREPEAT!

Thursday, September 11, 2014

Back to School

21.9.2014





wah wah rasa mcm baru jer cuti sem....
tetiba dah nak masuk sem baru dah........huhu
hopefully this sem menjadi sem terakhir buat aku.....rasa dah lama sgt aku belaja tak hbs2...

alhamdulillah jumpa lagi sem nie.....
another 3 subjek utk aku tempoh
doa aku agar aku dapat menghabiskan pengajian dengan jayanya!!
(target grad with first class.....amin)*semoga doa2 dari yang tersayang dan dengan IZINYA aku dapat aper yang dihajati.........

21.9.2014 
alhmadulilah sem nie tak se-pack sem lepas hampir setiap minggu aku ader kelas......now 3 subjek yang tinggal........rest sikit minda dan akal aku ......

Semoga kali nie semuanya baik-baik sahaja.......



Friday, August 22, 2014

welcome home MH17




salam takziah buat semua keluarga mangsa MH17
semoga roh MH17 ditempatkan dalam golongan orang2 beriman....

Semoga dipermudahkan segala urusan..
semoga diberikan ketabahan dan kesabaran buat semua waris mangsa MH17

_tafakur _
 

Thursday, August 21, 2014

Happy turning 1 sayang!

selamat ulang tahun kelahiran buat baby pow mummy muhammad harraz iman bin suhaimi.... 15.8.2014 ...sepantas kilat masa berlalu tanpa mummy sedar anak mummy dah semakin membesar dengan jayanya....

1- Alhamdulillah harraz membesar dengan susu ibu......jauh lagi perjalanan mummy another 12 month to go...*jimat duit susu hokey hehe
2- gigi ader 4 batang
3- semakin manja dan mengada asyik nak dukung jer.........huhu letih mummy syg *berat awk 12kg hokey..
4- setakat nie belum pandai jalan lagi tapi yg paling rare jer.....dah pandai ajak gado abg2 dia....
5- pandai rampas mainan .....gerun kalo tgk muka dia bersungguh2 nak rampas mainan tu hahaha

muhamad harraz iman

my baby

my sweetheart

my everthing!


pengalaman aku dengan 3 3 hero nie memasing perangai dia lain2.....muka harus dah lain langsung tak der persamaan...perangai lagi lah ........boleh buat kiter gelak sendiri dan adakalanya bolh buat kiter menangis dengan sendrinyer....nak di marah diorg tak tahu aper lagi...hahahahah

ini pulak my mummy yg poyo..........*pliz dun use camera360 coz ur pic will be so fake......flawless gitu......... mak pakai camera biasa jer.........hehehe




Lah Ahmad : Ya Allah

pertama kali aku dgr lagu nie....betul2 aku jatuh cinta dengan lirik lagu nie......terasa dekat di hati....harap sgt2 lagu2 mcm nie yg kerap berkumandang di radio...semakin hari semakin aku rasa usia meningkat.......satu jer harapan aku semoga peningkatan usia dan setiap nafas aku tidak menjadi sia-sia...

Bantu aku Ya Allah

---------------------------

Ampun aku Ya Allah
Kerna telah jauh dari mu
Himpun aku Ya Allah
Bersama dikasih oleh mu

Namun ku tak upaya
Berada didalam Nerakamu
Namun ku tak upaya
Untuk syurga firdaus mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Bantu aku Ya Allah
Permudahkan setiap langkahku
Bimbinglah aku tak mampu
Berdiri dan bernafas tanpamu

Cinta hanya untukmu
Cinta hanya milikmu
Ku ingin dan ku memohon
Rahmat mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Tanpamu Siapalah Aku
Jatuhnya aku Bangunnya Aku

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Wednesday, August 20, 2014

Keinginan seorang yang bergelar isteri



Setelah membaca lebih 1500 mesej di fb ini masalah isteri dalam masa 2 minggu ini. Saya mengambil pengajaran di dalamnya keluhan dan keinginan seorang yang bergelar Isteri.

Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagai masalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.

Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.

Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....

Contoh jika isteri tanya abang nak langsir tahun ni warna apa? Jangan jawab mudah sangat. Sebab bagi wanita masalah itu besar. Mereka dah kaji lama dah. Setahun mereka dah survey. Kita kena tunjukkan muka ambil berat walaupun sebenarnya tak faham sangat.

tu lah sayang, abang dah fikir juga..emmm....entah warna apa yer sesuai sayang rasa..

Isteri akan jawab tulah saya dah pergi banyak kedai dan survey sebenarnya warna pink atau purple saya pilih..abang rasa warna mana?

kita kena kata erm dua-dua cantik..yang pink cantik,,,yang purple cantik....mana satu yer sayang?

Tulah saya berkenan sangat warna pink ni.....jawab isteri..

Abang pun suka sangat.lawakan pink ni..

Jadi jika isteri kita cakap, abang kita nak makan kat luar ke? ke kat rumah jer...jika dia tanya 2 kali..maknanya dia nak sangat dah tu.sepanjang malam dia boleh bersedih dan tak lena tidur hanya kerana hajat dia nak makan kat luar atau makan sesuatu itu tak dapat..

..tapi dia tetap tunjuk macam tak nak...cuma dia lebih suka bab makan, berjalan, hadiah dia...macam dia tak tahu..wanita suka 'surprise' ni...dia sanggup bagi semua termasuk kehidupannya boleh berubah jika suaminya suka ambil hatinya...senang nak didik dan dia pun akan faham kesukaan kita..

Sampai rumah terus tukar pampers anak-anak jika kotor atau mandikan anak-anak kecil. Terus tolong buang sampah...

Jika rumah bersepah atau tengok isteri tak buat apa-apa. Jangan marah...cuba buat semua kerja yang biasa mereka buat setakat kita larat. lelaki boleh buat kerja laju-laju... biasalah kadang-kadang kita ditempat kerja bila banyak sangat kerja, kita buat kerja tapi tak tahu mana nak mula dan kepala jadi beban. tapi bila ada kawan bantu, kita boleh sambung semula kerja kita...tak boleh kerja sorang-sorang. kIta rasa kita penat, tapi rupanya banyak kerja tertangguh...kita jadi kawan buat isteri kita...

Jika anak menangis cepat-cepat bantu dukung ataupun buatkan susu atau apa yang boleh dibantu...

Kumpul ahli keluarga sekejap hidupkan amalan baca Al-Quran sekali dan baca hadis sekali. InsyaAllah rumah jadi bahagia dan tenang sangat. Dia akan sayang suaminya..Allah yang letakkan sayang itu..

Bangun awal solat tahajud dan berdoa kepada Allah.. kejut isteri perlahan-lahan. Paling tidak kejut isteri sebelum Subuh...atau jika isteri kejut cepat-cepat bangun tahajud...

Jika marah isteri , segera ke masjid atau masuk bilik lain ambil wuduk dan solat.Doa menangis pada Allah. Bila marah jangan bercakap. Ramai orang di dunia di kenali di kalangan orang baik-baik tapi di akhirat bersama orang berdosa. Kerana bila dia marah dia bercakap yang menyebabkan dia telah menceraikannya banyak kali. Rupa-rupanya bukan isterinya lagi. Bila marah diam atau tidur atau ke masjid atau berdoa.

Rajin bekerja dan jadi ketua keluarga bimbing isteri dengan agama. Dahulukan Allah dan Rasul saw lebih dari segalanya termasuk isteri, ibubapa, dan diri sendiri. Maksudnya jika perkara yang diinginkan diri, atau isteri atau ibubapa berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul saw kita dahulukan dan mengikut Allah dan Rasul.
Allah akan jaga keluarga kita. Hanya Allah yang boleh beri bahagia..hanya Allah.

Buat isteri pula bersyukur pada Allah atas suami yang diberikan...bila syukur Allah tambahkan nikmatnya. Bila kufur apa yang ada pun hilang..-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September 2014 di UPM Serdang. Semua dijemput mendaftar. Terbuka kepada semua jenis golongan. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah

Monday, August 11, 2014

Kehidupan di teruskan di sini P15H



new key for new beginning of our life....
hopefully this will be the best for my small familia
assalmualaikum semua
kehidupan baru aku bermula disini
setelah menunggu giliran untuk berpindah kuarters dari tahun 2010 hinggalah tahun 2014
fuh sgt panjang masa menunggu giliran utk dpt kuarters teres nie. Tiada kabel digunakan. Tiada rayuan yg di layan..hanya menanti dengan sabar insyallah giliran anda akan sampai.

tak per tak per Allah dah aturkan untuk aku......Alhamdulillah.
Akhirnya hajat kami nak duduk rumah atas tanah tercapai
even bukan rumah sendri hokey rumah Kerajaan Malaysia.

alhamdullilah corner lot rezeki kali nie boleh lah bercucuk tanam lepas nie....
dapur dia lebih luas bebanding kuarters apartment ......yang penting tempt sidai baju dia aku suka heheh


New life begin now.......
Hello P15H...nice meeting U.memang aku idam2kan rumah area P15 nie coz dia mcm pertengahan kawasan untuk pergi mana2 around puchong, bangi and putrajaya ...alamanda pun dekat Alahmdullilah........

sekrang dlm proses pemindahan barang2.......IM TO TO TO TIRED!!I NEED ASSISTANT OR BIBIK NOW.......utk kemas those thing....