Thursday, July 17, 2014

Tuntutan dan Kewajiban antara Suami dan Anak Lelaki

salam ramadhan dan salam khamis semua.....

diri aku pun selalu keliru atau  lupa tentang hal nie....adakalanya aku igt hal ini tapi selalu 'Ter"buat2 lupa......motif?? hahah tak der motif aper sgt pun.........

secara ringkasnya gambar nie jelas menunjukan maksudnyer......... (hilangkan sekejap kes CDM 25 kerana manusia memang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan......) ok nampk tak dah lari dari tajuk asal yg aku nak cerita nie.........

back to the story : see thiss........1 pic give a full means what responsibility means and so deeply 
http://dirihamba.blogspot.com/2013/02/turutan-kewajipan-anak-lelaki-suami.html
nampk tak aku bg extra large gambar nie....supaya terang dan jelas bacaan dia hehehe

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)
Lelaki
  1. Ibu Bapa Kandung 
  2. Isteri 
  3. Anak-anak 
  4. Ibu Bapa Mertua 
  5. Adik beradik Kandung / Tiri 
  6. Adik Beradik Isteri 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran Tetangga 
Perempuan
  1. Suami 
  2. Anak-anak 
  3. Ibu bapa kandung 
  4. Ibu bapa mertua 
  5. Adik beradik kandung / tiri 
  6. Adik beradik suami 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran tetangga

begitulah turutan kewajiban dan tanggungjawab suami, isteri dan anak lelaki....... Allah anugerah aku 3 orang anak lelaki kerana dia tahu....aku sentiasa lalai dan anak2 lelaki aku akan menjadi tonggak kehidupan aku masa akan datang........betapa sayangnya Allah kepadaku...

Betapa mudahnya perempuan untuk masuk syurga atau neraka......Kita yang memilih jalan yang terbaik......Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami. 

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.

0 comments:

Post a Comment