Friday, August 22, 2014

welcome home MH17




salam takziah buat semua keluarga mangsa MH17
semoga roh MH17 ditempatkan dalam golongan orang2 beriman....

Semoga dipermudahkan segala urusan..
semoga diberikan ketabahan dan kesabaran buat semua waris mangsa MH17

_tafakur _
 

Thursday, August 21, 2014

Happy turning 1 sayang!

selamat ulang tahun kelahiran buat baby pow mummy muhammad harraz iman bin suhaimi.... 15.8.2014 ...sepantas kilat masa berlalu tanpa mummy sedar anak mummy dah semakin membesar dengan jayanya....

1- Alhamdulillah harraz membesar dengan susu ibu......jauh lagi perjalanan mummy another 12 month to go...*jimat duit susu hokey hehe
2- gigi ader 4 batang
3- semakin manja dan mengada asyik nak dukung jer.........huhu letih mummy syg *berat awk 12kg hokey..
4- setakat nie belum pandai jalan lagi tapi yg paling rare jer.....dah pandai ajak gado abg2 dia....
5- pandai rampas mainan .....gerun kalo tgk muka dia bersungguh2 nak rampas mainan tu hahaha

muhamad harraz iman

my baby

my sweetheart

my everthing!


pengalaman aku dengan 3 3 hero nie memasing perangai dia lain2.....muka harus dah lain langsung tak der persamaan...perangai lagi lah ........boleh buat kiter gelak sendiri dan adakalanya bolh buat kiter menangis dengan sendrinyer....nak di marah diorg tak tahu aper lagi...hahahahah

ini pulak my mummy yg poyo..........*pliz dun use camera360 coz ur pic will be so fake......flawless gitu......... mak pakai camera biasa jer.........hehehe




Lah Ahmad : Ya Allah

pertama kali aku dgr lagu nie....betul2 aku jatuh cinta dengan lirik lagu nie......terasa dekat di hati....harap sgt2 lagu2 mcm nie yg kerap berkumandang di radio...semakin hari semakin aku rasa usia meningkat.......satu jer harapan aku semoga peningkatan usia dan setiap nafas aku tidak menjadi sia-sia...

Bantu aku Ya Allah

---------------------------

Ampun aku Ya Allah
Kerna telah jauh dari mu
Himpun aku Ya Allah
Bersama dikasih oleh mu

Namun ku tak upaya
Berada didalam Nerakamu
Namun ku tak upaya
Untuk syurga firdaus mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Bantu aku Ya Allah
Permudahkan setiap langkahku
Bimbinglah aku tak mampu
Berdiri dan bernafas tanpamu

Cinta hanya untukmu
Cinta hanya milikmu
Ku ingin dan ku memohon
Rahmat mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Tanpamu Siapalah Aku
Jatuhnya aku Bangunnya Aku

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Wednesday, August 20, 2014

Keinginan seorang yang bergelar isteri



Setelah membaca lebih 1500 mesej di fb ini masalah isteri dalam masa 2 minggu ini. Saya mengambil pengajaran di dalamnya keluhan dan keinginan seorang yang bergelar Isteri.

Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagai masalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.

Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.

Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....

Contoh jika isteri tanya abang nak langsir tahun ni warna apa? Jangan jawab mudah sangat. Sebab bagi wanita masalah itu besar. Mereka dah kaji lama dah. Setahun mereka dah survey. Kita kena tunjukkan muka ambil berat walaupun sebenarnya tak faham sangat.

tu lah sayang, abang dah fikir juga..emmm....entah warna apa yer sesuai sayang rasa..

Isteri akan jawab tulah saya dah pergi banyak kedai dan survey sebenarnya warna pink atau purple saya pilih..abang rasa warna mana?

kita kena kata erm dua-dua cantik..yang pink cantik,,,yang purple cantik....mana satu yer sayang?

Tulah saya berkenan sangat warna pink ni.....jawab isteri..

Abang pun suka sangat.lawakan pink ni..

Jadi jika isteri kita cakap, abang kita nak makan kat luar ke? ke kat rumah jer...jika dia tanya 2 kali..maknanya dia nak sangat dah tu.sepanjang malam dia boleh bersedih dan tak lena tidur hanya kerana hajat dia nak makan kat luar atau makan sesuatu itu tak dapat..

..tapi dia tetap tunjuk macam tak nak...cuma dia lebih suka bab makan, berjalan, hadiah dia...macam dia tak tahu..wanita suka 'surprise' ni...dia sanggup bagi semua termasuk kehidupannya boleh berubah jika suaminya suka ambil hatinya...senang nak didik dan dia pun akan faham kesukaan kita..

Sampai rumah terus tukar pampers anak-anak jika kotor atau mandikan anak-anak kecil. Terus tolong buang sampah...

Jika rumah bersepah atau tengok isteri tak buat apa-apa. Jangan marah...cuba buat semua kerja yang biasa mereka buat setakat kita larat. lelaki boleh buat kerja laju-laju... biasalah kadang-kadang kita ditempat kerja bila banyak sangat kerja, kita buat kerja tapi tak tahu mana nak mula dan kepala jadi beban. tapi bila ada kawan bantu, kita boleh sambung semula kerja kita...tak boleh kerja sorang-sorang. kIta rasa kita penat, tapi rupanya banyak kerja tertangguh...kita jadi kawan buat isteri kita...

Jika anak menangis cepat-cepat bantu dukung ataupun buatkan susu atau apa yang boleh dibantu...

Kumpul ahli keluarga sekejap hidupkan amalan baca Al-Quran sekali dan baca hadis sekali. InsyaAllah rumah jadi bahagia dan tenang sangat. Dia akan sayang suaminya..Allah yang letakkan sayang itu..

Bangun awal solat tahajud dan berdoa kepada Allah.. kejut isteri perlahan-lahan. Paling tidak kejut isteri sebelum Subuh...atau jika isteri kejut cepat-cepat bangun tahajud...

Jika marah isteri , segera ke masjid atau masuk bilik lain ambil wuduk dan solat.Doa menangis pada Allah. Bila marah jangan bercakap. Ramai orang di dunia di kenali di kalangan orang baik-baik tapi di akhirat bersama orang berdosa. Kerana bila dia marah dia bercakap yang menyebabkan dia telah menceraikannya banyak kali. Rupa-rupanya bukan isterinya lagi. Bila marah diam atau tidur atau ke masjid atau berdoa.

Rajin bekerja dan jadi ketua keluarga bimbing isteri dengan agama. Dahulukan Allah dan Rasul saw lebih dari segalanya termasuk isteri, ibubapa, dan diri sendiri. Maksudnya jika perkara yang diinginkan diri, atau isteri atau ibubapa berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul saw kita dahulukan dan mengikut Allah dan Rasul.
Allah akan jaga keluarga kita. Hanya Allah yang boleh beri bahagia..hanya Allah.

Buat isteri pula bersyukur pada Allah atas suami yang diberikan...bila syukur Allah tambahkan nikmatnya. Bila kufur apa yang ada pun hilang..-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September 2014 di UPM Serdang. Semua dijemput mendaftar. Terbuka kepada semua jenis golongan. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah

Monday, August 11, 2014

Kehidupan di teruskan di sini P15H



new key for new beginning of our life....
hopefully this will be the best for my small familia
assalmualaikum semua
kehidupan baru aku bermula disini
setelah menunggu giliran untuk berpindah kuarters dari tahun 2010 hinggalah tahun 2014
fuh sgt panjang masa menunggu giliran utk dpt kuarters teres nie. Tiada kabel digunakan. Tiada rayuan yg di layan..hanya menanti dengan sabar insyallah giliran anda akan sampai.

tak per tak per Allah dah aturkan untuk aku......Alhamdulillah.
Akhirnya hajat kami nak duduk rumah atas tanah tercapai
even bukan rumah sendri hokey rumah Kerajaan Malaysia.

alhamdullilah corner lot rezeki kali nie boleh lah bercucuk tanam lepas nie....
dapur dia lebih luas bebanding kuarters apartment ......yang penting tempt sidai baju dia aku suka heheh


New life begin now.......
Hello P15H...nice meeting U.memang aku idam2kan rumah area P15 nie coz dia mcm pertengahan kawasan untuk pergi mana2 around puchong, bangi and putrajaya ...alamanda pun dekat Alahmdullilah........

sekrang dlm proses pemindahan barang2.......IM TO TO TO TIRED!!I NEED ASSISTANT OR BIBIK NOW.......utk kemas those thing....

Aku pasti akan merindui Presint 5r4


Presint 5, Plot 5r4




bermula pada 1 Januari 2010

tarikh tu genap 1 bulan aku berkahwin.......

sekarang hampir mencecah 5 thun
dari berdua...hingglah sekrg berlima

Alhamdulillah ....Allah melancarkan semua urusan aku
Syukur Ya Allah...


Yang pasti aku akan merindui presint 5 nie.....
banyak kenangan pahit dan manis


dari permulaan hidup berkeluarga
hingga lah sekarang.......

Wednesday, August 6, 2014

Di Luar Kotak

 
Muhammad Zareef Isyraf
Muhammad Harris Azeem
 
Si adik...sgt berjiwa rakyat...setiap gambr dia mesti tunjuk jari 1...1 malaysia sgt adik....semoga menjadi pertama dlm semua hal yer adik

Si abg..paling gemar bersihkan hidung aka korek hidung..feel agaknya...bila di taya....

-situasi korek hidung-

Mummy: abg buat aper tu?
Abg:abg buang SYAITAN NIROJIM
Mummy:???? Hahahhaha

*jwapan2 dia selalu diluar kotak pemikiran hahaha adakalanya boleh buat kiterg tergelak besar dengan jawapan yg jujur ........
*dalam tak sedar cepat betul kamu membesar anak!

ceritera raya

selamat hari raya maaf zahir dan batin
aku rasa tak lewat lagi nak wish adilfitri..raya kan sebulan ....
ntah kenpa raya thun nie aku rasa kehangatan dia biasa2 jer......
salah satu sebb maybe pasal mak aku sakit n tak boleh bergerak sepantas raya2 dulu
so raya tahun nie jejalan or ziarah dekat2 jer....... 

-masa berlalu dengan pantas dahulunya dpatlah merasa makanan air tangan mak aku....sekarang nie nak dpt rasa air tangan raya mak aku dah tak der........coz pergerakan mak aku terbatas.semakin dimamah usia ibuku.....semoga Engkau berikan kesihatan dan kegembiraan kepada Ibuku Ya Allah -

tahun nie raya pertama aku di johor diikuti raya ke 3 berpindah ke perak pulak.....Alhamdulillah perjalanan kami ke dua2 tempat di permudahkan dan tiada langsung kesesakan lalu lintas seperti sahabat- sahabat saya yang lain....

nielah wajah ibuku yang semakin di mamah usia..semoga panjang umur dan murahkan rezeki dan ampunkan salah silap adik.........!!..
semoga senyuman itu terus kekal di wajah!!
raya tahun ini........tak complete harraz tak der tido.....tetiba aku ader anak besar kat belakang tu hahahah *ayis anak sedara* kebetulan baju raya kami seakan-akan warnanya...
yehaaa raya pertama  bagi muhammad harraz iman

cam biasa lauk2 raya kami rendang, ketupat, lodeh, sambal kacang, sambal goren,g lepat loi, burasak  dan lain-lain cuma tiada lemang hahah

raya kedua kami......kak lyen kak cum kak oza n erna sister2

my sweet and always loving bro abang jurai n abg ain & my gorgeous sister kak roza

my always handsome boy in the earth hahahahaha *tak gitu mak sendri puji anak hahahah harris

nie pulak the coolest day...............PERAK time.....!!!
-semoga dipertemukan di ramadhan n syawal akan dtg-
salam kosong-kosong
salam kemenangan
salam keampunan
salam zahir dan batin