Tuesday, October 28, 2014

Kehilangan yang di Rindui


bila sebut kematian
pasti ada hati-hati yang merindui kesemua tentang dia

ada sahaja ingatan, kenangan yg muncul secara tiba-tiba
bersedia atau tidak kematian pasti akan menjemput
oleh itu bersedialah untuk kematian hari nie mungkin kita masih diberikan nafas
tetapi esok dan kemudian semua ketentu-Nya.

oleh itu bersedia lah kerana setiap hari kemungkinan untuk dijemput 
Hati-hati yang masih berdarah merindui hati yang kian tenang 
dan kian dimamah tanah......kerana dari tanah kita datang kepada tanah juga
kita kembali...

kematian yg meruntuhkan jiwa, dan melorek hati ku ialah bila ayah ku dijemput oleh- Nya
Ketika aku sedang bersuka ria dengan kehidupan yang hitam.
Abah.......adik sgt sgt merindui abah dan sehingga kini Abah tetap di hati tanpa noktah.
Alfatihah abah ( 2005)
Haji Jamal bin Kasiman
--------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2009
Allah maha adil....dia memberikan aku penganti Abah iaitu Ayah Mertuaku.....gurauwan dia....sama sehinggakan adakalanya aku lupa batas2 antara Aku dan Ayah mertua kerana anggapan aku dia seperti Abah aku sendiri ...

Allah meminjamkan Abah....
Selama 5 tahun aku mengenali abah ini dari usia perkahwinan ku hinggalah dia Jemput juga pada  ogos 2014- Al Fatihah
Saad bin Mat

27.10.2014 
Genap Hari Lahir Almarhum Ayahandaku.. Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku...Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikkannya, hapuskanlah kesalahannya, dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

Amin Ya Rabbal Alamin
dua lelaki terhebat yang pernah muncul dalam diari kamus hidupku 
semoga tenang dan diberikan syurga tertinggi abah-abahku!

Kampung Sgt : Asam Pedas Batang keladi

Salam again.......

Heloo hari nie mood aku nak cerita pasal masakkan jer....hahahah dunia nie penuh dengan makanan yang sangat meronta jiwa dan raga tu....sehinggakan pertambahan size M ke L ke XL hahahah aku persetankan itu semua kerana aku bahagia dengan aper jua size ku! yang penting aku tetap aku sehingga ke hujung nya........

nampk tak dah melalut sangat dah tu........hari nei aq selaku anak kampung yg begitu bangga dengan kekampungan aku kerana org kampung jer yg reti makan makanan yg rare aka pelik *janji di membahayakan nyawa..........
 
pokok keladi *kot2 sape tak pernh tgk heheheha


batang keladi yg siap disiang 
 Peringatan sila siang batang keladi dengan bersih sebersih bersihnya....untuk mengelakkan gatal ditekak ........karang payah nak garu kalo gatal kat tekak hahaha....

hebatkan org kampung......dari pokok, buah, batang dan daun ader jer kegunaan dia! *sangat salute dengan orang dulu yg mengola makanan2 sehingga boleh di makan.

yar yar yar .....nie lah asam pedas air tangan n kaki ku!! tgk dah owesome rasa...sumpah sedap ok hahahah *nampk tak miang sgt puji masakan sendiri hahahaha
Resepi Asam Pedas Batang Keladi Wer Wer

bahan A

4 ekor Ikan *aku guna ikan kembung (boleh ganti ikan merah, ikan kerisi dan ikan yg anda suka)
Asam keping
Daun kesum
2 batang serai
minyak masak
Batang keladi *yg siap disiang 
garam, gula dan perasa
Air

Bahan B
 
20 tangkai cili kering
5 ulas bawah besar
5 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3cm belacan 
(bahang-bahan kisar)
cara- cara : -

1- Panaskan minyak secukupnya. Masukkan serai yang dititk.....goreng seketika. Masukkan bahan B yang siap dikisar. tumis sehingga naik minyak dan bau......

2- dikuali sebelah..masukkan minyak sedikit sahaja *goreng kan batang keladi tu.....sehingga layu (goreng ini utk mengelakan gatal batang keladi tu) ader setengah orang rebus dulu.......dan ader yg terus masukkan jer.......tapi nie aku ikut petua mak den....goreng dulu batang keladi tu.

3- setelah naik minyak bahan2 tumis. Masukkan air secukupnya (ikut kepada selera kepekatan asam pedas tu ). Masukkan daun kesum, asam keping, garam, gula & perasa secukupnya. Biarkan mendidih seketika....masukkan ikan dan batang keladi yang siap di goreng.

4- biarkan mendidih seketika. siap untuk di makan

Jawa Sgt : Ayam Kampung Ungkep

salam selasa semua......
hari nie mak mak nak story pasal makanan pulak....maklumlah blog ibu beranak 3 nie memg cam nie.....tu tak tgk IG lagi.....penuh pasal makanan jer.........hahaha

hari nie mak nak kongsi resepi ayam masa ungkep!jawa sgt ok..
i memg keturunan jawa tulen coz mak ayah memg org jawa (johor kan banyak jawa) 
i do love my jawanes!

resepi :
A
1 ekor ayam kampung *ayam bandar pun boleh (potong ikut suka)
2 batang serai
secawan santan pekat 
 asam keping 
Minyak masak
*garam, gula, perasa *secukupnya
Air

B
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15-20 cili api (bergantung kepada kepedasan anda)
3cm halia
3cm kunyit hidup
ketumbar
jintan manis
 
(kisar semua bahan-bahan B)


bahan-bahan kisar

Cara masak :-
 
1- panaskan sedikit minyak. masukkan serai yg dititik kan.....tumis seketika........ bila dah wangi sikit .masukkan bahan2 B.....tumis sehingga naik bau, warna dan rasa.
 
2- lepas bahan2 tumiskan dah naik minyak masukkan ayam yg sudah di potong2 (selalunya ayam kampung memerlukan masa yang lama untuk melembutkan dia.......  Masukkan air. rebus sehingga lembut. (kalo guna ayam bandar tak perlu direbus dengan air banyk agak2 air dia janji ayam tu masak)

3- bila dah agak2 nak kering....masukkan  1atau 2 asam keping, 1 cawan santan, garam, gula & perasa secukupnya. biarkan sehingga kering (seperti rendang).

4- siap untuk dimakan! *dan rasanya sgt sgt nyumiees........nak2 bila digabungkan dengan lauk2 utk nasi ambeng!

*cth masak ungkep........masa aku nak snap tu tak terfikir sebb terus jer makan tanpa pandag kiri kanan!! so gamba nie ehsan pak google

ehsan pak google! (rasa nie guna ayam bandar nie kalo ayam kampung lain sikit betul dia)


Monday, October 27, 2014

Bila YB melawat kawasan

salam semua....
rasanya lama giler aku tak jenguk sini......terlampau besar M tu rasanya
pagi keje....petang keje..malam pun keje hahahaha

berbalik pada tajuk asal yg kekonon aku nak cerita padahal tak der cerita pun!
heheh korang layan gambar jerlah......
 
*nampk tak bila blur tetiba nak tulis tu.......tapi sibuk nak tulis jugak so nie lah jadinya.........haha
 

nie lah mak den...semoga diberikan kesihatan dan senyuman berpanjangan di wajahnyer.........
 hebat mak den cucu beli fair lady........hutong lah hehehe.......