Tuesday, October 28, 2014

Jawa Sgt : Ayam Kampung Ungkep

salam selasa semua......
hari nie mak mak nak story pasal makanan pulak....maklumlah blog ibu beranak 3 nie memg cam nie.....tu tak tgk IG lagi.....penuh pasal makanan jer.........hahaha

hari nie mak nak kongsi resepi ayam masa ungkep!jawa sgt ok..
i memg keturunan jawa tulen coz mak ayah memg org jawa (johor kan banyak jawa) 
i do love my jawanes!

resepi :
A
1 ekor ayam kampung *ayam bandar pun boleh (potong ikut suka)
2 batang serai
secawan santan pekat 
 asam keping 
Minyak masak
*garam, gula, perasa *secukupnya
Air

B
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15-20 cili api (bergantung kepada kepedasan anda)
3cm halia
3cm kunyit hidup
ketumbar
jintan manis
 
(kisar semua bahan-bahan B)


bahan-bahan kisar

Cara masak :-
 
1- panaskan sedikit minyak. masukkan serai yg dititik kan.....tumis seketika........ bila dah wangi sikit .masukkan bahan2 B.....tumis sehingga naik bau, warna dan rasa.
 
2- lepas bahan2 tumiskan dah naik minyak masukkan ayam yg sudah di potong2 (selalunya ayam kampung memerlukan masa yang lama untuk melembutkan dia.......  Masukkan air. rebus sehingga lembut. (kalo guna ayam bandar tak perlu direbus dengan air banyk agak2 air dia janji ayam tu masak)

3- bila dah agak2 nak kering....masukkan  1atau 2 asam keping, 1 cawan santan, garam, gula & perasa secukupnya. biarkan sehingga kering (seperti rendang).

4- siap untuk dimakan! *dan rasanya sgt sgt nyumiees........nak2 bila digabungkan dengan lauk2 utk nasi ambeng!

*cth masak ungkep........masa aku nak snap tu tak terfikir sebb terus jer makan tanpa pandag kiri kanan!! so gamba nie ehsan pak google

ehsan pak google! (rasa nie guna ayam bandar nie kalo ayam kampung lain sikit betul dia)


1 comments:

Post a Comment