Tuesday, October 28, 2014

Kehilangan yang di Rindui


bila sebut kematian
pasti ada hati-hati yang merindui kesemua tentang dia

ada sahaja ingatan, kenangan yg muncul secara tiba-tiba
bersedia atau tidak kematian pasti akan menjemput
oleh itu bersedialah untuk kematian hari nie mungkin kita masih diberikan nafas
tetapi esok dan kemudian semua ketentu-Nya.

oleh itu bersedia lah kerana setiap hari kemungkinan untuk dijemput 
Hati-hati yang masih berdarah merindui hati yang kian tenang 
dan kian dimamah tanah......kerana dari tanah kita datang kepada tanah juga
kita kembali...

kematian yg meruntuhkan jiwa, dan melorek hati ku ialah bila ayah ku dijemput oleh- Nya
Ketika aku sedang bersuka ria dengan kehidupan yang hitam.
Abah.......adik sgt sgt merindui abah dan sehingga kini Abah tetap di hati tanpa noktah.
Alfatihah abah ( 2005)
Haji Jamal bin Kasiman
--------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2009
Allah maha adil....dia memberikan aku penganti Abah iaitu Ayah Mertuaku.....gurauwan dia....sama sehinggakan adakalanya aku lupa batas2 antara Aku dan Ayah mertua kerana anggapan aku dia seperti Abah aku sendiri ...

Allah meminjamkan Abah....
Selama 5 tahun aku mengenali abah ini dari usia perkahwinan ku hinggalah dia Jemput juga pada  ogos 2014- Al Fatihah
Saad bin Mat

27.10.2014 
Genap Hari Lahir Almarhum Ayahandaku.. Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku...Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikkannya, hapuskanlah kesalahannya, dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

Amin Ya Rabbal Alamin
dua lelaki terhebat yang pernah muncul dalam diari kamus hidupku 
semoga tenang dan diberikan syurga tertinggi abah-abahku!

0 comments:

Post a Comment