Tuesday, November 11, 2014

Natural Remedy : Chicken pop

chicken pop atau campak atau cacar air......
bila dia menjelma 
waduhhhhhhhhh.........tgk jer dah gatal lagi lah org yg merasa...
awal tahun aritu abang2 dia dua org tu yg kene.....
turn baby nie lewat pulak kene jangkitnya.....hai ya batch hujung tahun pulak hehehe...

disebbkan ader pengalaman lama tentang nak handle benda nie aku tak der lah kalut sgt....just follow the flow jer.....yg pasti aku kurang menggunakan ubat dari doc. nak2 calamine tu kalo selalu sapu keringkan kulit wow........ kalo virelesss (acidlovir) tu memg ok kalo nak sapu cepat kering n tak merebak sgt nak2 bila chicken pop tu pecah ....time tulah elok disapu vireleess tu.

cam biasalah ubat2 doc ubat demam, antivirus, virless, & calamine losyen

nampk tak penuh giler nie kat kaki....tu baru kaki belum badan hehehe.......


muka pun sedih jer...nie gambar masa hari pertama belum nak keluar sgt kat badan2 dia
I CHOOSE NATURAL REMEDY: DAUN SEMAMBU
daun nie jadi pelakon utama sepanjang minggu nie.......alhamdulilah aku punya jiran ader tanam pokok nie...so senang nak cari daun nie ...kalo tak mau kene panjat pokok dekat taman warisan putrajaya hahah..


petua pertama: tumbuk daun semambu dengan kunyit hidup........*rujuk gamba atas ...


sapukan kat seluruh badan nie.......biarkan rumh bersepah kerana taburan daun...biarkan tangan kuning2 akibat kunyit.......janji si baby selesa tak terasa gatal di badan......itu dah cukup hahahah

petua kedua : ikat daun atau tabur2 di kawasan tempat tidur


ikat daun cam nie.....pastu kitai2 kat kaki dia.......utk mengelakkan dia mengaru dengan sedap nyer hehehe..........boleh jugak di tabur2 di tempat tidur dia.......

petua ketiga: mandikan dengan air rebusan daun nie.atau just lumat2 dalam air....... tapi sekarang dah dikomersilkan ....senang pakai jer PINETRSOL *boleh dapt kat mana2 farmasi harga range RM 27 rgt hehe

nasib bby pandai cover kemaluan tau hahahahahhaha........nampka tak muka paksa rela tu


bau sabun nie sebiji macam daun semambu + kunyi bila dikisar

petua ke empat: AIR KELAPA

petua nie memg wajib tayang untuk mana2 yg kene chicken pop!

selamat lah mencuba yer!


Belaan Baru

Salam semua...
sekarang hidup aku dh kurang tenang dah 
nak bila berjalan jauh.....
terfikir2 belaan belaan aku tu....
makan ker tak.....hai ya...
*pening tau nak jalan lama2 skrg nie 

Belaan belaan yang menenangkan mata dan akal fikiran....
bila di pandang jer mood anda akan berapa diparas normal!

jangan lah fikir bukan2 belaan nie halal di bela....


tara.......ini lah belaan kami sekeluarga yg baru....
selain diamanah kan menjaga 3 orang bujang saya.....*tak termasuk papa dia...
papa dia pandai2 lah jaga diri hahahahah

belaan ini lah yg aku maksud kan........
sgt tenang bila memandangnya....
beli full set dekat kedai ikan bangi sebelah warta bangi.....
hehehehe........

Wednesday, November 5, 2014

10 tips kebahagian anak!



Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

 3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

 4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

 5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

 6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

 8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

 9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

BEDAK 3 IN 1 : CHRISZEN HARGA RUNTUH

BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’
Tidak perlu lagi menggunakan camera 360 mahupun 365 ....! jom sama2 cantik dengan BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’

KOD 1 : CERAH (MERAH JAMBU CERAH)
KOD 2 : NATURAL (MERAH JAMBU)
KOD 3 : KUNING LANGSAT

13 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKI
‘CHRISZEN MOIST CAKE’

 
✔ Wajah lebih licin, gebu , glowing & cerah semulajadi.
✔ Jimat masa - tak sampai 3 minit wajah tampil berseri2.
✔ Sesuai utk ibu2 yg sibuk & bekerjaya kerana sangat senang disapu dan mudah untuk diratakan ke seluruh wajah.
✔ Menutupi bintik2 hitam & ton kulit yg tak sekata. Dapat menutupi parut, serta lingkaran hitam sekeliling mata.
✔ Mengecilkan pori2 yg terbuka dan Noncomodogenic – tidak menyumbat pori-pori.
✔ Anti aging - melambatkan proses penuaan kulit..kelihatan jauh lebih muda dr usia sebenar.
✔ Perlindungan sinar matahari – spf 50++, kulit yg lemah akibat terdedah pd cahaya matahari akan menyebabkan kulit anda cepat berkedut, berjeragat & kusam.
✔ Tidak berminyak & sesuai untuk semua jenis kulit (normal, kering & berminyak). Warnanya dicipta untuk orang Asia serta tekstur yg ringan sesuai untuk cuaca panas/tropika.
✔ Nampak sangat natural tak seperti memakai mekap tebal, tidak “comot & bercapuk2”.
✔ Sapuan sedikit sudah memberi hasil maksima seperti dimekap oleh jurusolek professional!
✔ Tahan lama sehingga 10 -12 jam.
✔ Mudah di bawa ke mana shj.
✔ Yang penting MURAH, JIMAT & SENANG utk digunakan.

.TAK PERLU PM HARGA KASIH SYG PLUS HARGA RUNTUH DAH NIE....

   

RM 45.00 (BEDAK + AMPOULE).


 
CARA PEMAKAIAN!!